Iklan Penaja 1

Picture

Sabtu, November 29, 2014

MP PAS : Perjuangan Islam tidak akan mati

 
 Ustaz Idris, Nga Kor Ming dan Razman hadir pada perasmian Sambutan Ulang Tahun PAS Kali 63 Peringkat Negeri Perak di Kuala Kangsar, pagi ini. 
http://biz-55.webs.com/ 
KUALA LUMPUR: Pada hari ini Sambutan Ulang Tahun PAS Kali 63 peringkat Negeri Perak berlangsung di Kompleks PAS Kuala Kangsar berhampiran Istana Bukit Chandan.

Di negeri Perak bermula sejarah penubuhan Parti Islam pertama Hizbul Muslimin pada 1948 yang hanya sempat bergerak selama tiga bulan sahaja.
Justeru, tegas Ahli Parlimen Bukit Gantang, Ustaz Idris Ahmad bahawa benarlah perjuangan Islam tidak akan mati.

Katanya, itulah janji Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sentiasa akan ada umatku yang menegakkan kebenaran sehingga tidak boleh dimusnahkan, sehingga Allah memberi kemenangan kepada mereka".

Menulis menerusi facebook, beliau menyatakan bahawa mereka yang berilmu sentiasa segar dengan maklumat dan pantas menjawab segala tuduhan musuh.
Menurutnya, mereka mampu membalas serangan musuh berdasarkan ilmu, terutama yang dilontarkan oleh ulama su' (ulama jahat) dan mereka hendak merosakkan perjuangan.

"Dengan ilmu, kita mampu menangkis serangan mereka. Zaman sekarang siapa yang menguasai maklumat maka ia menguasai dunia," tulisnya.

hd

TERBONGKAR!! : PEMIMPIN UMNO JUAL TANAH ORANG MELAYU

http://biz-55.webs.com/Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberitahu hadirin Melayu di satu majlis di Bayan Baru semalam bahawa pemimpin Umno Pulau Pinang yang membeli dan menjual tanah mereka.

Lim berkata Umno telah memfitnah DAP dan kerajaan Pulau Pinang, dengan berkata parti itu telah membeli tanah di Balik Pulau, pada apa harga sekalipun, untuk "menghalau orang Melayu".

Katanya, pemimpin dari Umno yang mengkhianati orang Melayu dengan menjual tanah mereka untuk mendapat keuntungan.

Lim menegaskan demikian ketika berucap kepada hadirin di majlis itu untuk meraikan penjaja Melayu Bukit Gedung yang memenangi anugerah peringkat kebangsaan tahun ini bagi kebersihan, keselamatan dan kesihatan.

Lim menuduh Umno berbohong kerana DAP tidak pernah membeli walau seinci pun tanah di Balik Pulau.

DAP hanya membeli sebuah bangunan di Rangoon Road di George Town untuk dijadikan ibupejabat parti itu di Pulau Pinang, katanya.

Lim berkata demikian sebagai menjawab perwakilan Wanita Umno, Rohaya Abu Ismail yang mengecam DAP dan kerajaan Pulau Pinang kerana didakwa "menindas orang Melayu" di negeri ini, terutama dalam soal tanah dan rumah.

Rohaya mendakwa DAP mempunyai "agenda tersembunyi" untuk menghalau orang Melayu dari Balik Pulau.

Lim kemudian memberikan satu contoh kes di Kampung Terang, Balik Pulau, di mana 10 ekar tanah telah dibeli pada 31 Januari 2012 pada harga RM8.6 juta.
 

Jumaat, November 28, 2014

Khalid Jawab : 'Pampasan kepada pegawai MB amalan biasa'


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

http://biz-55.webs.com/ SHAH ALAM - Sebuah firma perundangan hari ini berkata, pembayaran pampasan dan ex-gratia kepada sekumpulan pembantu politik dan kakitangan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah amalan pekerjaan yang biasa.

Bon Advocates, yang bertindak bagi pihak Abdul Khalid berkata, apabila persetujuan dicapai untuk penamatan awal kontrak bersama seorang pekerja, sejumlah wang yang dipersetujui dibayar sebagai pampasan.

"Jumlah yang dibayar biasanya ialah baki terma kontrak yang belum tamat dan jumlah ex-gratia atas budi bicara bagi perkhidmatan yang diberikan.

"Dalam hal ini, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri adalah sebahagian daripada proses membuat keputusan," kata firma guaman itu dalam kenyataan di sini, hari ini.

Lapan pegawai kontrak bekas menteri besar yang dilantik oleh Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Selangor dilaporkan menerima pampasan berjumlah sehingga RM2.3 juta, yang disifatkan oleh beberapa pihak termasuk Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad sebagai tidak munasabah.

Pembayaran itu dibuat pada akhir tempoh perkhidmatan Abdul Khalid sebelum Mohamed Azmin Ali mengambil alih jawatan menteri besar pada 23 September.


BERITA GEMBIRA : DEMO BESAR-BESARAN TUNTUT TURUN HARGA PETROL

http://biz-55.webs.com/

minyak
KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihak mereka akan menganjurkan demonstrasi sekiranya harga minyak RON95 tidak diturunkan kepada RM1.90 seliter menjelang 1 Disember 2014.

Menurut Pengerusi Gerakan Turun Harga Minyak, Dr Hatta Ramli, mekanisme menentukan harga petrol dan diesel secara apungan terkawal tanpa subsidi seperti yang diguna pakai sekarang adalah tidak adil kepada rakyat.

"Sementara rakyat terdedah kepada risiko turun naik harga minyak mentah dunia yang diterjemahkan menjadi harga petrol dan diesel yang lebih mahal, kerajaan pula menjamin bahawa kos dan keuntungan syarikat minyak yang menjual petrol dan diesel ditanggung oleh rakyat.

"Mengikut formula sekarang, kerajaan menjamin untuk menanggung kos operasi dan keuntungan syarikat minyak sebanyak 30 sen seliter bagi petrol RON95.

"Oleh yang demikian, PR menuntut supaya subsidi yang sama iaitu 30 sen setiap liter RON95 dan diesel diberikan kepada rakyat supaya berlaku adil kepada rakyat.

"Oleh itu jika harga minyak tidak turun juga, kita akan anjurkan demonstrasi pada 31 Disember ini,"  katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Khamis, November 27, 2014

Najib kekal Akta Hasutan, kita lawan tetap lawan..

http://biz-55.webs.com/ KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai pendirian apabila menegaskan Akta Hasutan 1948 dikekalkan dengan cadangan pindaan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, Perdana Menteri itu tidak mempunyai kekuatan untuk memberi dan melakukan perubahan walaupun beliau telah berjanji dengan rakyat untuk memansuhkan akta tersebut.

"Janji dia sebelum ini hanya untuk melunakkan sahaja, Najib tidak kuat. Tidak ada pendirian. Macam isu ISIS dulu pada awalnya dia sokong, sekarang buat auta, tidak ada pendirian!" tegas Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu.

Beliau juga percaya Akta Hasutan itu gagal dimansuhkan kerana ia satu-satunya akta yang menjadi senjata untuk menyelamatkan Umno.

"Akta untuk Umno semata-mata, bukan untuk rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun beliau yang juga Pengerusi Lajnah Demokrasi dan Mobilisasi PAS tidak sekali mengalah dan akan tetap melawan akta itu yang sering disalahgunakan oleh Umno BN.

"Kita tetap akan lawan. Kita akan buat gerakan seperti kita gerakan rakyat menentang ISA dan juga Akta Polis sehingga kerajaan beralah dan memansuhkan Akta Hasutan," katanya.

Berita Pagi : Najib Ejen Amerika.??

http://biz-55.webs.com/
Kenyataan Umum
25 November 2014

Kertas Putih IS Dibentang Bukti Rejim Najib Razak Adalah Budak Amerika

SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA (SAMM) kecewa dengan tindak tanduk Perdana Menteri yang terus tunduk dan takut dengan Amerika Syarikat. Esok, 26 November 2014, Najib Razak akan menggunakan Parlimen Malaysia untuk membuktikan negara ini akan terus kekal mampu menjadi budak Amerika yang baik.

SAMM mendapat maklumat bahawa pada jam 11.30 pagi esok, Najib Razak sendiri akan membentangkan Kertas Putih mengenai IS (Islamic State). Desakan pembentangan kertas putih ini langsung tidak kedengaran tuntutannya dalam negara bagi menuntut penjelasan mengenainya selain daripada desakan Amerika Syarikat dan salakan 2-3 kerat pemimpin yang disusun bagi menunjukkan Malaysia adalah alat kepada Amerika Syarikat.

Kertas putih adalah satu cara berdasarkan sistem demokrasi berparlimen bagi memberikan penjelasan dan mencari kebenaran bagi sesuatu persoalan besar dalam negara. Mengapa Najib memilih IS?
Mengapa tidak ada kertas putih berhubung MH 370? Kenapa tidak ada kertas putih untuk MH17 dan insiden serangan di Lahad Datu? Atau mengapakah tidak dibentangkan laporan RCI berhubung isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah yang telah tertangguh lama dan juga telah dijanjikan oleh Menteri untuk dibentangkan pada sesi mesyuarat kali ini?

Jawapannya adalah mudah. Rejim yang ada hari ini tidak pernah mempedulikan rakyat sendiri. Isu MH17 dan MH370, kita tersepit dalam pertembungan politik dunia dan sangat ketakutan apabila diugut. Rejim Pemerintah langsung tidak mempunyai keberanian untuk bangkit mempersoalkan apa jua yang berlaku walaupun ia telah mengakibatkan nyawa ramai manusia melayang, harta benda dan kedaulatan negara sendiri.

Rabu, November 26, 2014

Berita Penting : Malaysia jangan ikut telunjuk Amerika

http://biz-55.webs.com/
 KUALA LUMPUR: PAS menggesa Kerajaan Malayisa tidak mengikut telunjuk kuasa besar khususnya Amerika Syarikat dalam memperkenalkan apa sahaja undang-undang baharu di negara ini.

Sebaliknya Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) berkata, kerajaan perlulah melihat kepada kepentingan dan kerangka negara kita sendiri sebelum satu-satu akta baharu diwujudkan.

"Kita mesti bertindak mengikut kepentingan negara kita sendiri bukan mengikut apa diarahkan oleh pihak lain seperti kuasa besar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Kertas Putih berhubung menangani ancaman kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) di Dewan Rakyat hari ini.

Kertas Putih yang dibentang Perdana Menteri itu antara lain mencadangkan agar satu undang-undang baharu berhubung ancaman kumpulan militan diwujudkan.

Kamaruddin yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat berkata, PAS sejak awal menyatakan penolakan terhadap pendekatan yang digunakan ISIS itu termasuk penegasan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam Ucapan Dasar ketika Muktamar PAS di Batu Pahat, Johor baru-baru ini.

Berita Pagi : Cadangan Baik untuk Kerajaan dan Umat Islam Malaysia..

http://biz-55.webs.com/
KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mempunyai unit khas polis syariah khasnya untuk orang Islam, demikian menurut Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Takiyuddin Hassan.

Bercakap dalam soalan tambahannya, Takiyuddin berkata cadangan ini sangat bersesuaian dengan perlembagaan yang memperuntukan agama Islam sebagai agama persekutuan.

"Kalau di negara kita ada unit polis seperti polis marin, FRU, PGA dan polis pelancongan. Kita juga boleh tubuh polis syariah," katanya.

Beliau juga meminta kerajaan mencontohi beberapa negara Islam seperti Arab Saudi yang mempunyai 3,500 unit khas polis syariah.

Manakala di Nigeria, lima daripada negerinya juga melaksanakan undang-undang syariah bahkan turut mempunyai unit polis khas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata cadangan itu satu permulaan yang baik untuk perubahan melalui pendakwaan yang lebih telus dan terbuka.

"Perkara ini di bawah KDN. Polis sudah ada kor agama macam tentera iaitu Baka, yang khusus kepada anggota polis sahaja.

"Sudah sampai masa kita lebarkannya melalui mahkamah syariah sehingga cadangan yang kukuh untuk perkasakan mahkamah syariah," katanya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin meminta Perdana Menteri menyatakan bilakah pelaksanaan polis syariah akan dimulakan bagi memastikan proses sokongan pelaksanaan perundangan syariah negara ini dapat dipertingkatkan selari dengan hasrat rakyat dan komitmen Kerajaan Persekutuan.

hd

Selasa, November 25, 2014

BERITA BAIK!! : UNTUK RAKYAT KELANTAN

http://biz-55.webs.com/KOTA BHARU: Jumlah keluasan keseluruhan tanah yang terbabit dengan jajaran Lebuh Raya Rakyat Machang-Kuala Krai seluas 719.6 ekar, kata Datuk Hanifa Ahmad.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat itu berkata, tanah tersebut termasuk milik kerajaan, hutan simpan, dan milik persendirian.

Katanya, jajaran membabitkan kawasan Hutan Simpan Ulu Sat, Bukit Bakar sejauh 3 km.

“Selain itu Tanah Rancangan Felda Berangan Mek Nab sejauh 1 km, tanah pajakan Ladang Kuala Pertang 3.6 km dan selebihnya tanah milik kerajaan. Ia melibatkan kawasan seluas 116.8 ekar.

“Manakala tanah persendirian yang terbabit pula iaitu di Ulu Sat sebanyak 7 lot, Bukit Bakar (111 lot), Kampung Raja (47 lot) dan Kampung Pek (17 lot),” katanya di sini.

Kesemua lot-lot tersebut terletak di jajahan Machang. Manakala tanah yang terbabit di jajahan Kuala Krai pula iaitu di Kampung Telekong (56 lot), Kampung Enggong (52 lot), Kenor (119 lot) dan Batu Mengkebang (41 lot). Hanifa berkata, jumlah keseluruhan tanah milik yang terbabit sebanyak 450 lot melibatkan keluasan 430.9 ekar.

Menurutnya juga semenjak masuk tapak Kelkon Sdn Bhd telah memulakan kerja meratakan tanah. Fasa pertama sepanjang 10 km dan fasa kedua serta ketiga sebanyak 20 km lagi.

BERITA HOT!! RUPANYA MENTERI UMNO TAKUT MATI..HE HE HE..


http://biz-55.webs.com/
 
Menegaskan Sabah tidak selamat, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dilapor berkata beliau tidak akan pergi ke negeri di bawah bayu itu tanpa pengawal peribadi.

“Tanpa pengawal peribadi, saya tak akan pergi ke timur Sabah,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinchew Daily, edisi atas talian.

Malah, walaupun bawah perlindungan pengawal peribadi, beliau berkata tidak akan dapat tidur nyenyak ketika melawat negeri di Pulau Borneo itu.

Katanya, kewujudan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menunjukkan bahawa tempat itu tidak selamat.

Beliau juga dilaporkan berkata lebih baik bersikap jujur terhadap perkara itu daripada menyembunyikannya.

Katanya, selain mempromosikan pelancongan, beliau juga bertanggungjawab memastikan keselamatan pelancong di Malaysia.

“Saya hanya akan bercakap benar, walaupun di parlimen. Sesetengah orang tidak gembira tetapi itu utusan mereka,” beliau dipetik sebagai berkata.
 
mk

Isnin, November 24, 2014

Berita N.Selangor : Adun PAS dipilih Timbalan Speaker DN Selangor

http://biz-55.webs.com/

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi daripada PAS Mohd Shafie Ngah dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negeri Selangor (DNS).

Pemilihan itu dibuat pada persidangan DNS pagi ini.

Nama Shafie dicadangkan oleh Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad.
Adun Sekinchan, Ng Sue Lim juga dicadangkan untuk jawatan itu oleh Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah.

Sementara itu, Ketua Pembangkang DNS iaitu Adun Sungai Burong, Datuk Mohd Shamsuddin Lias yang mencelah selepas Yang Dipertua DNS, Hannah Yeoh memaklumkan pengundian dijalankan sulit bahawa Adun BN berkecuali.

Shafie mendapat 28 undi sementara Ng 14 undi dan satu undi rosak.

Jawatan berkenaan kosong berikutan penyandangnya iaitu Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dilantik sebagai exco kerajaan negeri pada 26 September lalu.

hd

Berita Panas!! Orang Kaya Umno VS Kroni Umno.. kah kah kah kah...


http://biz-55.webs.com/Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia berhubung tulisan “Hebat Sangatkah Adnan?’ yang disiarkan pada 9 November lalu.

Utusan menerima surat 18 November daripada syarikat guaman Manjeet Singh Dhillon dengan nilai tuntutan saman sebanyak RM15 juta, lapor akbar Umno itu.

Utusan tidak akan mengeluarkan sebarang komen mengenai saman tersebut memandangkan ia bakal menjadi kes mahkamah.

Perkara itu dinyatakan oleh Awang Selamat, yang dianggap sebagai suara Utusan, dalam kolumnya hari ini.

Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan Adnan baru menghantar pernyataan tuntutan kepada Utusan.

Ahad, November 23, 2014

Teguran : Dewan Ulama Pas hari ini menegur pemimpin Pakatan Rakyat.


http://biz-55.webs.com/ Ahmad Yakob

KOTA BHARU - Dewan Ulama Pas hari ini menegur pemimpin pembangkang daripada PKR dan DAP yang "menyerang" Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana didakwa gagal menghadiri mesyuarat majlis pimpinan pusat pakatan parti pembangkang itu.

Pemangku ketua dewan ulama Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, jika benar mereka mahu membangkitkan isu berkenaan, rakan strategik Pas itu boleh menyalurkannya melalui forum dalaman pakatan berkenaan.

"Tidak comel kita bangkitkan perkara yang boleh menimbulkan keraguan di kalangan ahli dalam PR.

"Kita boleh selesai secara peringkat dalaman kerana kita ada forum di dalamnya (untuk meluahkan pendapat)," kata Ahmad, yang juga Menteri Besar Kelantan kepada pemberita selepas melawat Pameran Ular di Muzium Negeri di sini.

Berikutan serangan terhadap Abdul Hadi itu, seorang demi seorang pimpinan Pas tampil mempertahankan beliau.


BERITA HOT!! DARI NEGERI TERENGGANU...

http://biz-55.webs.com/

SAYA merujuk kepada berita yang disiarkan oleh New York Times (NYT) 19 November 2014 lalu yang secara khusus membincangkan perihal kepincangan yang berlaku dalam pengurusan kerajaan Negeri Terengganu dalam hal melombong bijih besi di Bukit Besi Terengganu yang telah diberikan hak kepada syarikat yang berasal dari China dan berpangkalan di Pahang CAA Resources.

Dalam laporan oleh Keith Bradsher itu, beliau menyentuh berkenaan isu industri ini bakal dipenuhi dengan pekerja warga asing, cara mengelak dari dikenakan pemeriksaan kesan ke atas alam sekitar dan dakwaan pembelian gelaran 'Datuk' bagi memudahkan dia mendapatkan sumber asli negeri Terengganu melalui orang politik dan istana.
Saya menggesa agar dilakukan siasatan segera ke atas mereka yang terlibat dengan kelulusan perlombongan ini.

Ketika siasatan berjalan, kerajaan juga perlu 'merehatkan' sementara orang yang disiasat agar tidak mengganggu siasatan.
Dakwaan ini sekiranya benar, maka ternyata hak rakyat dicabul dengan sebegitu rakus oleh golongan-golongan yang jahat dan busuk hati.

Sepatutnya hak rakyat Terengganu mendapat pekerjaan di sana dalam peratusan yang besar, wajib dijadikan syarat utama dalam pemberian kontrak ini kerana ianya adalah hasil negeri Terengganu.
Begitu juga dengan kesan kepada alam sekitar yang kita sedia maklum iaitu sebelum perlombongan ini dimulakan, balak-balak sudahpun ditebang. Hal alam sekitar ini juga mesti menjadi syarat utama pemberian hak kepada perlombongan ini.

Sabtu, November 22, 2014

Isu Caj Arak : Syarikat penerbangan MAS akan di boikot..

http://biz-55.webs.com/
Mohd Fared  & Nazri

KOTA BHARU - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Negeri Kelantan dan Selangor sokong cadangan boikot syarikat penerbangan MAS jika caj penjualan arak yang dikenakan dalam tiket pesawat masih diteruskan.

Ketua Aktivisnya, Datuk Dr Mohd Fared Abdul Ghani berkata, tindakan yang dicadangkan Pemuda Pas Kelantan patut dipandang serius.

Menurutnya, MAS perlu mengambil tindakan drastik setelah menerima desakan banyak pihak, terutama badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak pengguna Islam.

“Boikot itu wajib kerana dunia sedia maklum Malaysia adalah negara Islam.

“MAS perlu menyedari hakikat ini dan menghentikan caj itu," katanya.

Katanya, MAS perlu bawa imej negara Islam sebaik mungkin, di samping mencari keberkatan dalam perniagaannya.


Berita Minyak : Hapus subsidi diesel akan bunuh pengusaha bas sekolah

gengbassekolah_L

http://biz-55.webs.com/
 
KUALA LUMPUR, 21 November: Tindakan kerajaan memansuhkan pemberian subsidi petrol dan diesel, hanya akan membunuh pengusaha bas sekolah di negara ini.
 
Itulah luahan Presiden Persekutuan Pengusaha-pengusaha Bas Sekolah Malaysia (PPPBSM), Amali Munif Rahmat ketika dihubungi The Rakyat Post, pada Jumaat.
Beliau berkata, industri bas sekolah akan terjejas, dengan lebih ramai pengusaha bas sekolah akan gulung tikar, susulan keputusan kerajaan itu.
 
“Kami pengusaha bas yang berlesen. Sepatutnya kerajaan memberi kami lebih banyak subsidi, kerana kami penyedia perkhidmatan wajib.
 
“Pengusaha bas sekolah tidak boleh ambil cuti suka-suka, kerana jika mereka bercuti tanpa ada pengganti, ramai pelajar tidak akan ke sekolah.
“Jika kerajaan tidak lagi memberi subsidi kepada pengusaha bas sekolah, ramai pengusaha akan berhenti dan ia akan menimbulkan masalah lain, apabila wujud pengusaha bas sekolah haram,” katanya.
Beliau mendakwa, seramai 20 pengusaha bas sekolah akan menamatkan khidmat mereka pada tahun depan, kerana tidak tahan lagi dengan kenaikan harga bahan api ketika ini.
 

Jumaat, November 21, 2014

Berita Buruk : Minyak Petrol ron95 akan Naik pada 1 Disember ini..

http://biz-55.webs.com/
RON95

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, mengumumkan mulai 1 Disember, penetapan harga runcit RON95 dan diesel akan mengikut kaedah pengapungan terkawal.

Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata,  tiada lagi subsidi untuk RON95 dan diesel mulai 1 Disember kerana harga pasaran lebih rendah berbanding harga di pam minyak.

Untuk itu, Hasan berkata, penetapan terbaharu harga RON95 dan diesel pada 1 Disember akan bergantung pada harga pasaran minyak dunia sepanjang November.

sh

ISU BESAR : Hadis sudah jelas mengatakan sesiapa yang terlibat dengan arak walaupun sedikit, berdosa

http://biz-55.webs.com/Laporan Sinar Harian 19 November lalu.
 KOTA BHARU - Pemuda Pas Kelantan tidak teragak-agak merancang mengambil tindakan lebih tegas, termasuk kempen boikot sekiranya syarikat penerbangan MAS tidak menghentikan serta merta caj penjualan arak yang dikenakan dalam tiket pesawat.

Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, penjualan arak juga tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah syarikat penerbangan negara yang mengamalkan ajaran Islam sebenar.

Menurutnya, umum mengetahui MAS sudah lama menghidangkan arak, namun caj arak yang dikenakan terhadap pembeli tiket sesuatu yang mengejutkan masyarakat Islam.

“Kita mahu tindakan tegas diambil, sesuatu yang tidak dijangka apabila kita juga dikenakan caj arak, difahamkan ia sudah berlaku sejak arak diperkenalkan dalam MAS, ini amat malang.

“Hadis sudah jelas mengatakan sesiapa yang terlibat dalam arak walaupun sedikit berdosa lebih-lebih ia berlaku di  Malaysia yang  didakwa sebuah negara Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghantar memorandum kepada pihak pengurusan MAS Kelantan yang diwakili oleh Pengurus akaun MAS Wilayah Timur, Ruslan Yaman di pejabatnya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini.

“Ini bukan isu kecil, ia melibatkan maruah orang Islam, kerajaan perlu mengambil serius dengan menangani isu  yang mengganggu sensitiviti umat Islam,” kata Ahmad Fadhli.

sh

Khamis, November 20, 2014

GILA!! PUNYA KERAJAAN UMNO : RM37,375 untuk sebuah telefon awam?

http://biz-55.webs.com/ 
KUALA LUMPUR: PAS mempersoal mengapa belanja begitu besar diberikan untuk projek telefon awam sedangkan negara sudah menganjak kepada komunikasi tanpa wayar dan telefon mudah alih.

Persoalan itu dibangkitkan Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) ketika membahaskan Bajet 2015 peringkat jawatankuasa di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia semalam.

Beliau mempersoal kenapa pada 2013, sejumlah RM90 juta dibelanjakan untuk 2,408 telefon awam sedangkan untuk 835 projek Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia yang didakwa lebih diperlukan, hanya RM77.8 juta.

"Daripada maklumat tersebut, saya ingin mempersoalkan mengapa pembayaran bagi projek telefoni awam menjangkau sehingga RM 90 juta (2013)?

Naib Presiden Pas : DAP boleh undur jika tak setuju..

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

http://biz-55.webs.com/SHAH ALAM - Mana-mana parti dalam PR boleh mengundur diri jika tidak boleh menerima kelebihan dan kekurangan parti lain, kata Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata demikian apabila DAP masih tidak henti-henti mengeluarkan kenyataan mengenai Pas walaupun merasakan segala kemelut dalam PR sudah berakhir.

"Saya tidak faham mengapa masih ada kenyataan buruk mengenai Pas selepas selesai kemelut Menteri Besar Selangor.

"Jika DAP rasa tidak boleh sejalan lagi dengan kami, mereka boleh ambil langkah undur diri. Ini kerana dalam PR hanya ada borang masuk, tiada borang keluar. Jadi jika DAP rasa ada yang tidak kena pada Pas, mereka undurlah diri dan biarkan Pas bersama PKR meneruskan perjuangan politik kami," katanya, semalam.

Beliau berkata, apabila ada kenyataan yang dibuat, seolah-olah tuduhan atau berprasangka buruk, sudah tentu ia menjadi tanda tanya mengenai perkara yang dibangkitkan.

Berita Panas!! : MB Selangor Kena Serang..

http://biz-55.webs.com/
Kenyataan Terbuka

19 November 2014

AZMIN MENERUSKAN SEMUA ALASAN PEMECATAN KHALID BEZANYA DIA PANDAI BERGAMBAR DAN BERETORIKA

Saya MegatKhairul Anuar B.Razali merupakan anggota Parti Keadilan Rakyat Cabang Hulu Selangor. Sidang akhbar ini bagi menyatakan kekecewaan saya terhadap kerakusan YB Azmin Ali dalam mengenepikan keputusan parti dalam melobi diri sendiri menjadi Menteri Besar malah Parti Keadilan Rakyat sendiri nampaknya seperti ditertawakan apabila semua alasan penukaran Menteri Besar seolah hanya propaganda murahan apabila YB Azmin Ali didapati meneruskan semua yang disebut sebagai alasan penyingkiran Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sejak berjayamelobi diri sendiri menjadi Menteri Besar dan mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Azmin sebenarnya tidak langsung melakukan apa pun pembaharuan selain dari gimik media seperti gambar membersih longkang, menyembur racun. Punyalah begitu obsess hendak meniru gaya Presiden baru Indonesia ‘Jokowi’ ramai pasti tertawa melihat gambar Menteri Besar memegang tin racun serangga lengkap memakai penutup hidung menyembur ‘ubat nyamuk’ konon melancarkan kempen ‘Bas Sekolah Tanpa Aedes (BATAS)’. Kalau pun ia kempen yang perlu cukup peringkat Pegawai Kerajaan atau Exco melakukannya.

Hanya berbeza dengan Khalid ialah Azmin Ali berjaya mula mencairkan wang simpanan negeri bernilai RM3billion lebih dengan projek-projek segera.

Sebagai anak negeri Selangor, saya masih ingat isu-isu yang menjadi penyebab kegagalan Khalid Ibrahim yang mewajarkan beliau digantikan. Antaranya ialah Masalah sisa pepejal, keadaan Jalanraya tidak baik, lebuhraya KIDEX dan bekalan air terawat termasuklah pembinaan empangan Langat 2.

Rabu, November 19, 2014

Berita Minyak : Harga minyak RON97 sepatutnya RM1.80 -RM2.00

http://biz-55.webs.com/
KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan menyifatkan penurunan harga minyak RON97 sebanyak 20 sen malam tadi langsung tidak memadai berbanding kadar penurunan harga minyak dunia.

Hal ini kerana harga minyak dunia USD75.64/barrel pada 18 November lalu.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, harga minyak RON97 pernah diturunkan sebanyak 15 sen ke paras RM2.55 pada 22 Ogos 2008 ketika harga minyak dunia USD114.59/barrel.

Katanya, akal yang waras boleh membuat penilaian iaitu kelihatan kepincangan sikap kerajaan ketika menetapkan harga minyak selaras harga minyak dunia.

“Pada saat kerajaan menetapkan harga minyak RON97 di paras RM2.55 harga minyak dunia sedang menjunam ke paras yang sangat rendah.

“Kalau dilihat kepada rekod kenaikan dan penurunan harga minyak sebelum ini tidak sepatutnya sekadar turun sekadar 20 sen sahaja,” katanya di sini.

Malam tadi Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia mengesahkan harga petrol RON97 turun kepada RM2.55 seliter mulai tengah malam tadi. Penurunan sebanyak 20 sen.

Berdasar kepada harga petrol RON97 sekarang ia hanya lebih 25 sen daripada harga petrol RON95 yang mendapat subsidi kerajaan.

Ahmad Fadhli berkata, penurunan ini telah dijangka berasas fenomena penurunan mendadak harga minyak dunia.

Mereka suruh PAS tinggalkan Pakatan. Jangan jadi alat Anwar!

http://biz-55.webs.com/
APA untungnya Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP menyerang PAS dan Presidennya secara terbuka sambil memberi amaran DAP sedia bersendirian semula seperti sebelum kelahiran Pakatan Rakyat?
   
Tidak dinafikan dalam masa lebih 10 tahun lalu dan mungkin dalam beberapa tahun yang akan datang DAP adalah parti yang terus maju sama ada ia bersama Pakatan Rakyat ataupun tidak bersama Pakatan Rakyat. Sama ada PAS menyokongnya atau tidak, kuasanya di Pulau Pinang tidak tergugat. Sama ada ia dalam Pakatan atau kembali bersendirian, sekurang-kurangnya untuk dua kali PRU lagi kuasanya tidak tergugat.
   
Tidak mengapa jika ia merasa lebih selesa dan di hadapan lain-lain parti sekutunya dalam Pakatan. Tetapi tidak banyak dapat membantu Malaysia dan rakyatnya jika ia merasa sombong dengan kedudukannya yang ada.
  
Peranan semua parti kerabat Pakatan sama penting bagi membina politik baru di Malaysia, mencabar monopoli kuasa BN di Putrajaya, seterus bagi menggantikan kerajaan rasuah dan tidak bermaruah yang ada bagi digantikan dengan sebuah kerajaan tata urus yang baik, adil, bersih dan bermaruah.
   
Ini saja masa yang terbaik, dan dengan muafakat Pakatan yang ada saja, perubahan itu dapat dilakukan. Sepatutnya Putrajaya sudah boleh diambil setahun lalu, hanya tidak memihak kepada Pakatan. Pakatan sudah dikira menang dalam PRU lalu.
   
Biarlah saya katakan PAS adalah kelemahan dan mungkin banyak, tetapi tidaklah seburuk BN dan semua komponennya. Dan tidaklah sekutu-sekutunya dalam Pakatan tiada kelemahan langsung. PAS ada kebaikan dan kekurangan, demikian juga sekutunya.
   
Tetapi dengan mencerca PAS dan pimpinannya secara terbuka tidak mendatangkan apa-apa kebaikan kepada semua – setiap pihak dalam Pakatan, rakyat dan negara.
  

Selasa, November 18, 2014

Dunia Islam : Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi hairan UAE senarai Ulama Sedunia pengganas

http://biz-55.webs.com/h

KESATUAN Ulama Sedunia dengan ketuanya seorang ulama Mesir yang berpusat di Qatar, Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi, semalam menyatakan rasa terkejut kerana pertubuhan yang dipimpinnya itu dimasukkan dalam senarai pengganas oleh Emeriah Arab Bersatu (UAE), lapor Islampos.

Sabtu lalu, kerajaan UAE secara rasmi mengeluarkan lebih daripada 82 organisasi termasuk Ikhwan Muslimin Mesir dan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) sebagai kumpulan pengganas, selaras dengan undang-undang persekutuan tentang pembanterasan terorisme. Dan Kesatuan Ulama Sedunia juga termasuk dalam senarai pengganas versi UAE itu.

Dalam satu kenyataan semalam, Kesatuan Ulama Sedunia mendesak UAE untuk menggugurkan mereka dari senarai pengganas dengan berkata kesimpulan UAE tidak didasarkan pada analisis atau penyiasatan sama ada legal, logik atau rasional.

Berita Dunia : Kassig Warga AS tebusan kelima dipenggal kepala Oleh IS


peter-m


Kumpulan IS sekali lagi mencetuskan kemarahan banyak pihak dengan satu lagi dakwaan memenggal kepala tebusan seorang petugas bantuan kemanusiaan warga Amerika Syarikat.

Peter Kassig, 26, dipercayai dibunuh kumpulan terbabit yang menjadikannya tebusan warga barat kelima dibunuh IS.
Dalam rakaman yang dimuat naik ke laman sosial, mangsa yang tidak dapat dikenal pasti dirakamkan beberapa ketika selepas dipenggal.
                                                                                               Iklan Penaja
http://usahawanjutawan33.blogspot.com/p/siapa-di-antara-andayang-ingin.html
  
Kesahihan rakaman serta identiti mangsa tidak dapat dipastikan.

Bagaimanapun, menurut kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pada Ahad, mengesahkan Kassig dibunuh IS.

Isnin, November 17, 2014

Perhatian!! : PAS berbeza dengan kumpulan lain di Malaysia


                                                                             Iklan Penaja
http://usahawanjutawan33.blogspot.com/p/siapa-di-antara-andayang-ingin.html
 
KUALA LUMPUR: PAS berbeza dengan kumpulan lain yang berada di Malaysia, tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ini, jelasnya PAS merupakan salah satu gerakan islah dan tajdid yang menghadapi cabaran semasa di tanah air ini, lapor Buletin Online.

Katanya, PAS adaah gerakan Islam yang tersendiri mengikut waqi’ di negara Malaysia dan ia berbeza dengan Ikhwan al-Muslimin atau mana-mana gerakan Islam yang lain.

“PAS adalah PAS. Ikhwan adalah Ikhwan. PAS adalah gerakan yang tersendiri mengikut waqi’ di tempat kita dan kita berhubung dengan semua gerakan Islam seluruh dunia," ujarnya ketika berucap pada Majlis Hari Keluarga Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu di pantai Kelult, Marang kelmarin.

TGNA : Mengarut semua (desakan supaya Hadi berundur) ini. Ini semua disebabkan (ada pihak) dengki terhadap Pas,


Nik Abdul Aziz Nik Mat


BERBAIK!!! UNTUK KENDERAAN ANDA
       Penjimat Petrol anda!!

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan pimpinan PR tidak menghentam Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana tidak menghadiri mesyuarat gabungan itu beberapa kali.

Dalam mempertahankan Abdul Hadi, beliau berkata, kesihatan Presiden Pas itu yang masih belum pulih sepenuhnya menyebabkan beliau terpaksa membatasi aktiviti politiknya, termasuk menghadiri mesyuarat di peringkat pusat.

Menurutnya, Abdul Hadi mempunyai sebab tertentu berkaitan ketidakhadirannya, bukannya sengaja mahupun kerana malas.


Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive