TOLONG!! SILA KLIK BANNER INI..

Taip Tajuk Untuk Cari Di Blog Ini

Memuatkan ...

Isnin, Januari 31, 2011

Tahniah!!!!! Kepada Penyokong UmnoBN Minyak Naik Lagi Tengah malam Ni.

RON97 naik 10 sen lagi

Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut seorang sumber kerajaan.
Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya).
Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.
Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.
Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.MalaysiaKini

Beginilah Nasib Orang Cina Dan India Di malaysia Selagi Umno Perintah

Bantu Melayu, biarkan Cina dan India?
Zulkifli Sulong   
LABIS, 31 Jan: Penyumbang utama kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Tenang adalah kerana kejayaannya membawa keluar seramai mungkin para penyokong utamanya di Felda dan kampung Melayu walaupun kawasan mereka dilanda banjir.

Pada jam 11 pagi ketika para pelancong politik, petugas dan pengundi bersesak di jalan menuju ke kampung dan Felda Tenang kerana banjir, siren petugas kecemasan kerajaan bingit meminta laluan diberikan kepada mereka untuk membawa bot ke sana.

Antaranya bot polis, tentera, Pertahanan Awan dan juga Bomba dan Penyelamat bergegas di bawa ke sana.

Namun usaha ini tidak berlaku di kawasan pengundi Cina. Ini menyebabkan, kenaikan mendadak peratus mengundi di kawasan Felda dan kawasan tradisional Melayu berbanding kawasan Cina.

Hasilnya, BN berjaya menaikkan peratusan pengundi Melayu mereka kepada 83.3 peratus iaitu kenaikan 4 peratus berbanding pilihan raya umum 2008 lalu.

Ia berlaku apabila jumlah pengundi Melayu dinaikkan kepada 81 peratus iaitu kenaikan 2 peratus berbanding sebelum ini sedangkan jumlah pengundi Cina jatuh 18 peratus manakala India jatuh 23 peratus.

Kawasan undi Kampung Redong sahaja berjaya dinaikkan 11 peratus kepada 80 peratus berbanding sebelum ini hanya 69 peratus.

Felda Chemplak naik 6 peratus kepada 88 peratus manakala di Felda Tenang naik 6 peratus kepada 86 peratus.

Peratusan ini adalah berdasarkan analisa peratusan keluar mengundi yang dibuat oleh Tony Pua, anggota Parlimen Petaling Jaya Selatan.
Undi Cina dan India

Kerana sikap pilih kasih dan bias fokus alat kerajaan untuk kepentingan BN ini, peratusan pengundian di kawasan Cina jatuh teruk. Ia ditambah pula dengan suasana sambutan Tahun Baru Cina yang hampir tiba. Mereka bimbang untuk meredah banjir dan hujan kerana takut demam atau cedera menjelang sambutan itu.

Hasilnya, peratusan keluar mengundi Cina jatuh 18 peratus iaitu kepada 54 peratus sahaja. Namun begitu, peratus undi untuk PAS kekal iaitu 64 peratus.

Peratusan keluar mengundi untuk Labis hanya 50 peratus, Labis Tengah 72 peratus, Labis Timur 67 peratus manakala Tenang Station hanya 51 peratus.

Kawasan yang paling teruk terjejas akibat diskriminasi ini adalah pengundi India apabila hanya 39 peratus sahaja pengundi mereka turun iaitu turun sebanyak 23 peratus.

Pada jam 3 petang semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta SPR menangguhkan pilihan raya ini kerana ramai yang tidak boleh kelauar akibat banjir ini.

"Saya minta SPR menangguhkan proses pengundian hari ini kerana hujan lebat dan banjir.

"Pengundi kini sudah terputus hubungan kerana jalan sudah ditutup dan ada dikalangan mereka takut meninggalkan rumah untuk keluar mengundi ekoran banjir di kawasan mereka," katanya.

Namun begitu, selepas pengumuman dibuat, seorang lagi  naib presidennya yang juga pengarah pilihan raya ini, Salahuddin Ayub berkata mereka akan menerima keputusannya buat masa ini.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat terjejas teruk oleh banjir yang melanda beberapa pusat pengundian di Tenang hari ini.

Kataya, banjir telah menjejaskan peluang parti itu kerana ia melanda banyak kawasan di bandar itu seperti Ladang Labis Utara, Bandar Labis Tengah, Bandar Labis Timor.

Kejayaan PAS

Namun begitu, dengan kekalahan ini PAS masih berbangga dengan beberapa perkara termasuk menyelesaikan persepsi yang cuba dibina oleh Umno selama ini kononnya PAS berkawan dengan DAP yang anti Islam.

Pilihanraya ini membuktikan, MCA sebenarnya yang anti Islam bahkan tidak cuba langsung mendekati dan memahami Islam.

"What is so great about knowing Muslim values?" (Apa baiknya untuk (saya) mengetahui tatasusila orang Islam?)" kata Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek.

Sebelum itu, beliau menghina calon PAS, Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan bukan muhrimnya dan juga memakai sarung tangan untuk membolehkan beliau bersalama dengan mereka.

Ekoran itu pelbagai pihak telah mempertikaikan Soi Lek sehingga Mufti Perak sendiri meminta beliau memohon maaf kepada orang Islam kerana penghinaannya itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menyeru seluruh jentera parti PAS untuk menghilangkan tanggapan bahawa kawasan Felda dan kampung tradisional merupakan kubu Barisan Nasional.

“Untuk menganggap Felda kubu BN saya kira agak ekstrem kerana PAS pernah menang di kawasan Felda bahkan pada tahun 1999, bilamana PAS menang di kawasan majoriti melayu, ianya termasuk kawasan Felda,” kata Tuan Ibrahim yang diminta mengulas kegagalan PAS menembusi kawasan Felda di pilihanraya kecil Tenang.

Calon PAS, Normala Sudirman tewas kepada calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim dengan majoriti 3,707 undi. Normala memperolehi 2,992 undi manakalah Azahar memperolehi 6,699 undi dengan peratusan keluar mengundi hanya 66.7 peratus.

Jentera Pakatan Rakyat berjaya mengekang majoriti BN naik kepada melebihi 5000 undi sebagaimana yang disasarkan BN.HarakahDaily

Komen : Begini nasib orang cina dan india di malaysia selagi umno perintah anda akan di nafikan had anda... Kepada orang2 felda bukakan lah mata hati dan kembalilah kepada agama islam jika tidak kamu dan rakyat malaysia akan di tindak oleh kerajaan umno yang maha zalim... JOm berubah daripada zalim ke pada Adil....

Ahad, Januari 30, 2011

Maklumat Dan Analisis Kekalahan Pas, Yang Sangat Baik Di Kongsikan PRK Tenang Oleh TB.

Sunday, January 30, 2011


Tenang: Kita Jangan Lemah Semangat

Pada waktu posting ini ditulis, Tulang Besi mendapat maklumat PAS akan kalah di Tenang dengan majoriti sekitar 3500+. Tulang Besi ingin meminta para pendokong dan penyokong keadilan dan kebenaran supaya jangan patah hati.

Mesti diingat, kerusi Tenang ini adalah KUBU KUAT BN. Dengan segala wang dan sogokan yang dicurah sepanjang kempen, saya tak terkejut majoriti BN naik. Tak perlu isu lain, cukup dengan isu MENJAMIN SURVIVAL UMNO sudah boleh mengaut undi yang ramai dari orang Melayu

Yakni, faktor sentimental kepada UMNO itu adalah isu yang besar di Johor.

Malah, sedari awal lagi saya sudah agak majoriti BN akan naik lebih dari PRU2008. Tidak mungkin jentera kita mampu berhadapan dengan wang dan sogokan yang bertali arus dari BN dan UMNO.

Ditambah dengan kempen fitnah dan serangan pribadi yang tiada henti, tidak hairanlah pengundi2 Melayu ada yang kembali pada BN

Namun, harus diingat, pada 2008 terdapat pengundi Melayu yang mengundi protes pada Pak Lah. Pengundi2 ini telah kembali pada UMNO dan BN.

Keputusan ini tidak boleh diulang di negeri-negeri lain kerana orang2 Melayu di tempat lain bukan totok UMNO seperti di Johor.

Namun, ia juga mendedahkan kelemahan Pakatan Rakyat yang utama: "Program-program Melayu Pakatan Rakyat masih belum sampai maklumatnya kepada majoriti orang2 Melayu".

Persoalan seperti kedudukan Dasar Ekonomi Baru, MARA, ITM, kuota kemasukan universiti, biasiswa dsbnya MESTI DISELESAIKAN dari sekarang.

Dalama masa yang ada, kalau isu2 yang sensitif kepada Melayu dapat diselesaikan saya yakin UMNO akan kalah di merata-rata tempat.

Kepada saudara-saudara ku, jangan patah hati. Inshaalah, kita akan menang balik selepas ini.

Tulang Besi
Komen : Setuju 100% Dengan Maklumat Dan Analisis Dari TB...

Video Ceramah Isu Semasa @ Tmn Labis Indah 28.1.2011 - DS Anwar Ibrahim

Tentera Allah Datang Bersama PAS di Tenang??

Umno "Mengelabah"...Kini Tentera Bersama Pas di Tenang..??

Tentera Allah datang daripada pelbagai bentuk,maka salah satunya ialah air,iaitu hujan yang Allah turunkan mampu memusnahkan segala sesuatu yang ada dibumi ini hanya dengan sekelip mata sahaja.

Mungkinkah ini yang berlaku di DUN Tenang,apabila hujan lebat yang turun sejak dari awal pagi menghalang laluan keluar lantas menyukarkan para pengundi untuk keluar mengundi terutamanya dikawasan Ladang (Felda) dan kampung-kampung yang menjadi kubu kuat Umno semakin ditenggelami air.

Mungkin juga inilah amaran Allah kepada Umno dan BN yang melakukan kezaliman terhadap Parti Islam PAS apabila mereka secara terang-terangan menghalang para petugas PAS untuk memberikan penerangan dan bertemu dengan para pengundi di kawasan ladang ini,yang dianggarkan mempunyai hampir 350 pengundi.

Kita sedia maklum bahawa di sinilah kubu kuat Umno yang menjadi harapan mereka untuk memenangi PRK DUN Tenang dengan majoriti tinggi.Sekiranya keadaan ini berterusan dijangkakan hanya 60% keluar mengundi sedangkan Umno mengharapkan paling kurang 80% keluar mengundi untuk mengekalkan kecemerlangan mereka sebelum ini.

Jabatan Meteorologi pula meramalkan cuaca pagi ini mendung manakala hujan lebat pada sebelah petang yang menjadikan umno semakin senak perut,lantas jabatan bomba dikerah bersiap sedia dengan bot bagi membawa para pengundi yang terperangkap dan putus hubungan ketempat mengundi sebelum jam 5.00 petang.

Sumber : SINI

Sabtu, Januari 29, 2011

Rakyat Tenang , Tak Bodoh Bila Undi PAS

Tenang: PAS masih optimis, harapkan keajaiban esok

January 29, 2011

LABIS, 29 Jan — Walaupun ramai yakin Barisan Nasional (BN) dengan keseluruhan jenteranya hampir pasti mempertahankan kerusi DUN Tenang esok, namun PAS masih optimis akan berlaku “keajaiban” yang akan memihak kepada calon mereka Normala Sudirman.

Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Tenang Salahuddin Ayub berkata, jentera parti komponen Pakatan Rakyat telah bergerak ke tahap paling maksimum sepanjang kempen pilihan raya kecil kawasan itu.
Kempen berakhir tengah malam ini. Pengundian bermula 8 pagi esok.
Beliau juga mengakui menghadapi masalah untuk mendekati pengundi Melayu terutama di kawasan Felda yang merupakan kubu kuat BN.

“Kita dah bergerak ke tahap paling maksimum, kita dah kerahkan kekuatan untuk pastikan segala maklumat dapat disalurkan seperti yang diharapkan.
“Saya akui kita menghadapi saingan yang hebat di kawasan peti-peti undi Melayu tapi kita akan terus ke garisan penamat.

“Walaupun sekarang kita tumpu kepada pengundi Melayu, namun kita tak tinggalkan pengundi bukan Melayu yang kita serahkan kepada PKR dan DAP,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Dengan menyasarkan hanya 75 peratus pemilih yang akan keluar mengundi esok, Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS berkata, Pakatan Rakyat berharap pengundi Melayu akan memihak kepada Normala.
Kerusi DUN Tenang menjadi saingan Normala dan calon Umno-BN Mohd Azhar Ibrahim.

“Kita hanya sasarkan lima hingga tujuh peratus undi Melayu termasuk kawasan Felda. Kita realistik, dulu pada 2008 kita dapat 28 peratus undi Melayu dan sekarang kita sasarkan antara 35 peratus hingga 40 peratus sahaja.

“Bagi pengundi Cina, kita sasarkan antara 75 peratus hingga 80 peratus akan memihak kepada kita manakala pengundi India hanya 50 peratus sahaja.

“Kita boleh menang walaupun majoriti kecil, kita harap akan berlaku sentuhan dan keajaiban esok,” katanya.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu menambah, dengan kempen yang dilakukan Pakatan Rakyat, tidak mustahil sekiranya Normala akan memenangi pilihan raya kecil kawasan itu.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau mahu BN mempertahankan DUN Tenang dengan majoriti lebih 5,000 undi pada pilihan raya kecil itu.

Kerusi DUN Tenang mempunyai 14,735 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.
Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, 17 Disember lepas.

Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran, dengan majoriti 2,492 undi.TheMalaysiaInsider

Komen : Kalau rakyat tak bodoh, dia tidak akan undi umnoBN..... Rakyat perlu berubah!!!! undilah calon Pakatan Rakyat (PAS)

Jumaat, Januari 28, 2011

Umno Bakal Di humban Oleh Rakyat!!!!!

Tidak beretika: PAS kesal dokumen peribadi didedah
     
LABIS, 28 Jan: PAS kesal dengan tindakan sebuah sekolah menengah di Labis yg mendedahkan dokumen peribadi seorang gurunya berhubung laporan cuti sakit dan dijadikan bahan kempen Umno BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang.

Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Md Ramli berpendapat tindakan tersebut juga boleh menjejaskan imej guru berkenaan dan menghilangkan keyakinan pekerja terhadap majikannya.

Beliau yang juga seorang pengamal perubatan berkata, sijil cuti sakit adalah dokumen rasmi yang sepatutnya hanya di ketahui oleh pesakit (guru tersebut) dan majikannya.

Ini kerana dokumen tersebut mengandungi maklumat sulit antara doktor dan pesakitnya, termasuk diagnosis pesakit.

"Hanya pesakit atau doktor yang diizinkan oleh pesakit boleh mendedahkan maklumat itu kepada pihak ketiga," katanya.

Kekesalan itu dizahirkan ekoran Umno BN kini didakwa menggunakan sijil sakit, Maarof Abdul Mutalib iaitu suami kepada calon PAS bagi PRK Tenang, Normala Sudirman.

Sijil sakit berkenaan juga turut disiarkan di sebuah blog pro Umno dan laporannya membayangkan Maarof sedang berdepan masalah kesihatan yang serius.

Selain blog, laporan akhbar pro Umno, Utusan Malaysia hari ini juga turut memainkan isu sama dengan memaparkan tajuk 'Suami Normala sakit kritikal?'.

Laporan itu mempersoalkan status kesihatan Maarof kerana mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini.

Selain itu, Hatta turut membidas tindakan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr. Puad Zarkashi yang merestui tindakan sekolah berkenaan dan terus membuat kenyataan seolah-olah guru tersebut telah melakukan kesalahan tanpa usul periksa.

"Tindakan Timbalan Menteri ini sangatlah tidak profesional. Beliau wajar memohon maaf kepada guru berkenaan," katanya lagi.

Selain Puad, PAS juga katanya terkejut dengan tindakan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin yang mempertikaikan pegawai perubatan yang merawat dan mengeluarkan sijil cuti sakit kepada guru berkenaan.

Menurutnya, Rosnah tidak berhak campurtangan dalam urusan kerja profesional doktor berkenaan.

"Percubaan mencampuri dan mengganggu tugas seorang doktor utk tujuan mempengaruhi cara rawatan yang dilakukan oleh doktor sangat tidak bermoral dan amat terkutuk.

"Datuk Rosnah harus tahu batas kuasa beliau di Kementerian Kesihatan.

Timbalan Menteri atau sesiapa juga pegawai atasan ujarnya, harus memberi sokongan dan perlindungan kepada pegawai dan kakitangan dibawah tanggunjawab mereka manakala sebarang perlanggaran tatatertib harus disiasat di peringkat dalaman jabatan dan bukannya dengan mengeluarkan kenyataan yang melulu.

Sehubungan itu PAS tegasnya meminta pihak Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) mengambil tindakan terhadap pihak yang sengaja menjatuhkan maruah pengamal perubatan di bawah kawalan mereka.

"Semoga ini menjadi pengajaran kepada semua pihak agar tidak mengulangi kesilapan yg sama," katanya.HarakahDaily

TENANG: BN Menang Besar, Harga RON95 Naik Lagi!!!

NOTA EDITOR: Masih ingatkah kita Galas. Sebaik BN diisytihar menang dgn bertambah majoriti di Galas, Najib telah menaikkan harga minyak menyebabkan semua harga barang naik melambung sekarang ini.

Bagi Tulang Besi, kalau BN menang besar di Tenang, perkara yang sama akan berlaku sekali lagi. Tulang Besi bersetuju dengan artikel Wong Chin Huat di bawah.

Tenang penentu harga petrol RON95?
Jumaat, 28 Januari 2011 15:38 BlogMaster



Dua hari sebelum hari pengundian PRK Galas dan Batu Sapi, iaitu pada 2 November 2010, kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak RON97 sebanyak 5 sen perliter, kepada RM2.15. Menaikkan harga barang menjadi sesuatu yang pantang sebelum pilihan raya.

Ironinya, keputusan pilihan raya memperlihatkan bahawa bukan sahaja pengundi tidak rasa tersinggung, malah BN memperolehi undi majoriti yang lebih banyak di kedua-dua kawasan, sebahagian besarnya mungkin disebabkan faktor tempatan. Ia memberi lampu hijau kepada kerajaan BN untuk mendakwa bahawa rakyat merestui keputusan kerajaan untuk mengurangkan subsidi.

Selepas satu bulan, kerajaan BN yang mendapat galakan daripada rakyat menaikkan harga RON97 sebanyak 15 sen lagi, kemudian melanjutkan kenaikan harga kepada RON95, diesel, gas dan gula. Pada 5 Januari 2011, harga minyak RON97 dinaikkan kepada RM2.40, bersamaan kenaikan 30 sen perliter dalam tempoh dua bulan, atau kadar kenaikan 14%.

Maka, PRK Tenang bakal membawa dua kesan utama. Pertama, tarikh pilihan raya umum. Kedua, perubahan harga barang. Struktur pengundi Tenang mengikut kaum adalah Melayu (sedikit lebih kurang daripada 50%), Cina (38%), India dan lain-lain (12%), tidak jauh daripada nisbah populasi pengundi peringkat negara.

Jadi, meskipun Johor merupakan kubu BN, dan secara umumnya menganggap UMNO bakal menang dalam PRK Tenang, tetapi kedua-dua BN dan PRK masih berhempas pulas - kerana melihat ia sebagai pertarungan awal sebelum PRU ke-13. Seandainya BN menang, maka ia akan terus mendesak selangkah ke depan. Sebaliknya, jikalau BN menang tipis, maka PR akan mendakwa sentimen tsunami politik 8 Mac 2008 belum menyurut.

Kemenangan besar BN akan mengundang kenaikan harga

Sudah tentunya tarikh PRU bakal memberi kesan kepada perubahan harga barang. Jikalau langkah PRU semakin hampir, maka harga barang akan melonjak hanya selepas pilihan raya. Sebaliknya, jikalau PRU tidak diadakan segera, maka harga barang mungkin dinaikkan dahulu supaya perbelanjaan kerajaan dijimatkan, sementara rakyat menyesuaikan diri dengan kadar kenaikan tersebut.

Untuk menyimpulkan kesannya terhadap tarikh PRU dan harga barang, PRK Tenang mungkin mempunyai tiga kesudahan.

Pertama, BN menang besar, malah melebihi sokongan pada tahun 2004. Ia mungkin memberangsangkan BN untuk mengadakan PRU sebelum Jun tahun ini (mungkin serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak). Jadi, kenaikan harga lantaran pengurangan subsidi mungkin berlaku selepas pertengahan tahun ini.

Kedua, BN memperolehi keputusan yang lebih baik daripada 8 Mac 2008, namun gagal mengembalikan sokongan yang diperolehi pada PRU tahun 2004. Jadi, BN tidak berani untuk mengadakan PRU dengan segera. Dalam keadaan ini, kenaikan harga barang mungkin berlaku secara berperingkat. Kerajaan mengurangkan defisit, sementara rakyat menyesuaikan diri dengan keadaan - untuk mengurangkan impak inflasi terhadap BN dalam pilihan raya.

Ketiga, BN menang tipis atau kecundang. Bukan sahaja PRU terpaksa ditunda untuk menunggu keadaan ekonomi pulih, malah "subsidy rationalization" akan diperlahankan langkahnya.

Selepas krisis Greek, adalah menjadi sesuatu yang "wajib" untuk kerajaan mengurangkan subsidi di negara merata dunia. Bezanya, pendekatan dan pakej pengurangan subsidi. Langkah pertama kerajaan Ireland, Britain dan Sepanyol mengurangkan subsidi adalah pengurangkan gaji menteri kabinet dan pegawai kanan, untuk menunjukkan "berat sama dipikul". Lebih penting, jikalau langkah pengurangan subsidi atau perbelanjaan kebajikan itu membebankan golongan bawah, maka kerajaan harus mengemukakan pakej untuk meringankannya.

Jikalau BN tewas atau terkejut dengan keputusan PRK Tenang, maka agak mustahil untuk harga minyak RON 97 dinaikkan dalam tempoh enam ini, malah subsidi kepada barangan kawalan yang lain juga tidak akan dikurangkan segera. Sekurang-kurangnya kerajaan akan merasai bahang tekanan, dan perlu menawarkan sesuatu sebaliknya, misalnya penurunan harga pengangkutan awam sebagai pampasan kepada rakyat. Malah, pengurangan gaji menteri, pegawai kanan kerajaan, elaun pelancongan dan sebagainya, mungkin perlu dimasukkan sebagai agenda.

Jadi, mampukah 14,592 orang pengundi di kawasan Tenang membantu rakyat di seluruh negara untuk menghalang kenaikan harga barang?


Oleh: Wong Chin Huat - Pengkaji politik dan kolumnis MerdekaReview.

Komen : Wahai!!! rakyat tenang!! kalau umno menang....petrol RON95 akan naik!!!....Kalau PAS menang!! petrol akan kekal!!!!....Pastikan undi kepada calon Pas yang terbukti baik......Jom Pakat ubah!!!

Sumber : SINI

Video Ceramah Anwar Di Tenang 27/01/2011



Khamis, Januari 27, 2011

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin senada dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Asri Senada Dengan Nik Aziz Nasionalisme Bersifat Perkauman


SHAH ALAM 27 JAN : Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin senada dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa amalan nasionalisme semakin menular di negara ini.

Bercakap kepada Tv Selangor hari ini, Dr Asri berkata, jika amalam nasionalisme yang dimaksudkan mencangkupi aspek resism, ia sememangnya berlakunya di negara ini.  

"Apa itu nasionalisme? Kalau nasionalisme diambil dalam kerangka perkauman yang sempit hingga menggunakan Islam untuk menyebabkan orang lain jadi berubah hanya kerana hendak cuba menimbulkan isu perkauman, saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Tok Guru Nik Aziz. Ia bersifat perkauman. Bukan semangat nak tolong kaum," kata Dr Asri.

Mursyidul AM PAS itu dipetik berkata orang Melayu di negara ini yang menolak Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme lebih teruk daripada bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

"Orang Melayu sini pun tolak Islam, tolak Islam ambil kebangsaan lebih teruk daripada Lee Kuan Yew.

“Beliau cakap jangan pegang (Islam) kuat sangat, orang ini kata buang semua ambil kebangsaan, lebih teruk daripada Lee Kuan Yew.- Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS.

Nik Aziz mengulas gesaan Lee supaya umat Islam di republik berkenaan tidak terlalu berpegang pada ajaran Islam bagi membantu proses integrasi dan pembangunan negara tersebut.

Pandangan itu terkandung dalam buku terbaru tulisannya “Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going”.

Sejak awak minggu ini kenyataan Lee itu diselar oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini yang menyifatkannya sebagai satu pandangan primitif.TVSNEWS

Komen : Terima kasih dan Tahniah!!!!! Dr Asri kerana berkata yang benar...Rakyat malaysia kena sedar, kena tumbangkan umno pada PRU13...BOLEH!!!!!!!!!!!

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tawan DUN Tenang

Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia

28 Januari 2011 (Jumaat)
1) 7.30 – 11.00 Malam – Jamuan Makan Malam
Lokasi : Restoran G&D, Taman Bandar Jaya, Labis
Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Hadi Awang
3. YAB Lim Guan Eng
4. YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng
5. YB Dato’ Seri Nizar Jamaluddin
6. Calon (Pn Normala Sudirman)
2) 9.00 – 12.00 Malam – Kempen Perdana
Lokasi: Dataran Wayang Pacak, Taman Labis Indah
Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Hadi Awang
3. YAB Lim Guan Eng
4. YB Azmin Ali
5. YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng
6. YBhg Mat Sabu
7. Calon (Pn Normala Sudirman)
3) 9.00 – 12.00 Malam – Kempen Perdana
Lokasi : Markas PAS, Felda Cemplak
Penceramah:
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Hadi Awang
3. YB Azmin Ali
4. YBhg Mat Sabu
5. YB Dato’ Seri Nizar Jamaluddin
6. Calon (Pn Normala Sudirman)

.Tahniah!!!! Dap dapat sokongan yang sangat baik......Dari Orang Cina

Undi Cina dijangka kekang sasaran majoriti besar BN

January 27, 2011
Dr Chua didakwa gagal mengawal momentum DAP. — gambar fail
LABIS, 27 Jan — Harapan Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi DUN Tenang dengan majoriti besar — sekurang-sekurangnya 5,000 undi — agak mustahil ekoran kempen DAP yang mula mendapat sambutan luar biasa. BN meletakkan sasaran untuk menggandakan majoriti berbanding tahun 2004.
The Malaysian Insider difahamkan Umno yang yakin untuk memenangi majoriti pengundi Melayu di kawasa itu mula menyalahkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana didakwa gagal mengawal momentum yang dibawa DAP dalam mendapatkan sokongan pengundi Cina sejak hari penamaan calon Sabtu lalu.

“Saya rasa mereka telah memperkecilkan pengaruh Lim Kit Siang (Penasihat DAP) dan Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) terhadap pengundi Cina, mereka ingat orang tidak ramai dan tidak seperti ceramah PAS dan PKR yang dihadiri penduduk tempatan,” kata seorang pegawai Umno
Kit Siang dan anak lelakinya Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menghabiskan masa satu hari di kawasan Tenang dengan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dalam kempen ceramah yang mereka sertai.
Kedua-dua ceramah yang diadakan pada malam Isnin dan Selasa lalu dianggarkan disertai kira-kira 300 penduduk tempatan, bilangan yang agak besar bagi mana-mana ceramah yang diadakan di Tenang.
Kini DAP yakin calon PAS Normala Sudirman boleh memenangi sekurang-kurangnya 60 peratus undi Cina di Tenang. Pada pilihan raya umum 2008 PAS meraih sebanyak 58 peratus undi Cina.
“Sekarang kami mempunyai kira-kira 60 hingga 65 peratus dan kami sasarkan ia meningkat sehingga 70 peratus, ia masih sukar kerana dibeberapa kawasan kami tidak begitu kuat,” kata Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau.
DAP menganggarkan undi Cina di Tenang masih belum melebihi 30 peratus sebaik sahaja kempen bermula, ia bagaimanapun membuat Umno terdesak untuk mendapatkan lebih banyak sokongan pengundi Cina.
“Masalahnya kami tidak boleh berbincang dengan parti komponen bagi situasi di kawasan Cina.
“Tanpa sokongan kuat daripada pengundi Cina, ia agak mustahil untuk dapat 5,000 undi majoriti,” kata seorang lagi pegawai Umno.
MCA berada di bawah tekanan untuk mendapatkan semula sokongan pengundi Cina di kawasan Tenang yang merupakan kubu kuat BN.
Pada 2004 BN memenangi kerusi itu dengan majoriti 5,517 undi tetapi jumlah itu berkurang kepada 2,492 pada pilihan raya umum 2008 yang mana majoriti besar undi Cina memihak kepada pembangkang.
Sementara itu, tinjauan The Malaysian Insider mendapati pendirian MCA yang mahu membangkitkan isu dasar negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil itu turut mendapat bantahan pengundi Cina.
Pengundi Cina beranggapan tidak wajar MCA memainkan isu negara Islam dan mereka mahu agar MCA menghentikan daripada memainkan isu tersebut.
Sebelum Dr Chua berkata mahu menyerang PAS dengan membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil kawasan itu.
Dr Chua berkata akan terus menyerang PAS dengan memberi amaran kepada pengundi-pengundi bahawa sokongan mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.
Beliau berkata berkata meskipun DAP menjadi rakan komponen dalam Pakatan Rakyat parti itu tidak mampu menghalang PAS daripada meneruskan dasar negara Islamnya.
Tindakan MCA itu bukan sahaja membangiktkan kemarahan orang Islam tetapi orang bukan Islam juga.
Kempen pilihan raya kecil DUN Tenang sudah masuk hari keenam. Hari pengundian Ahad ini.
“Bagi saya Islam tiada masalah, Islam adalah agama rasmi jadi kenapa mesti mau (mahu) mainkan isu ini?
“Pasal itu salam, saya tidak suka bila MCA mainkan isu ini, kita Malaysia ada macam-macam agama... kita tidak boleh paksa antara satu sama lain.
“Yang penting kita hormat agama yang ada, kenapa mesti nak buat macam ini,” kata pengundi Chai Yun Cong, 45.
Menurut Chai, sekiranya PAS memerintah negara sudah pasti parti Islam itu akan menjaga kebajikan dan perpaduan semua kaum di negara ini.
“Kita tiada masalah tapi kenapa dia (Dr Chua) buat macam ini, dia mahu takutkan kita (orang Cina).
“Dia cakap macam-macam (pasal PAS) tapi PAS tiada apa-apa pun, hanya kasi takut orang Cina sahaja.
“PAS bawa Islam, apa yang PAS buat untuk orang Islam. Orang bukan Islam PAS tidak kacau, jadi kenapa mesti takut?” katanya.
Dia juga berkata PAS adalah sebuah parti yang bersih dan tidak mustahil akan memilih Normala Ahad ini.
“Saya lihat calon PAS bagus, lagipun PAS bersih... tidak amal rasuah. Tentu PAS boleh bantu kami di sini (Tenang).
“Tapi MCA sudah 53 tahun merdeka tapi tidak tolong bangsa sendiri, dia (MCA) hanya tahu cakap sahaja tapi tidak bantu,” kata Chai dengan nada kecewa.
Baru-baru ini Dr Chua berhadapan dengan kecaman PAS kerana mendakwa Normala enggan bersalaman dengan pengundi-pengundi lelaki.
Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.
Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, pada 17 Disember lepas.
Sementara itu, seorang lagi pengundi Khoo Khai Loon, 40, berkata MCA perlu menghormati Islam dan mesti menghentikan rancangan tersebut.
“Saya tak suka bila MCA kata mahu cakap pasal agama (Islam), tidak boleh macam ini... Kita duduk dalam pelbagai kaum, kena jaga juga.
“MCA kena hentikan, janganlah sebab nak dapatkan undi (orang Cina) sanggup gunakan agama, kita perlu menghormati setiap agama yang ada,” katanya.
Bagi Lim Chiew Ling, 35, pemilihan Normala sebagai seorang calon PAS-Pakatan Rakyat adalah pilihan tepat kerana bekas guru itu mempunyai kredibiliti dan pandai berpidato punya peluang cerah untuk menang pada pilihan raya kecil kali ini.
“Sikap dia (Normala) yang peramah memang disukai oleh pengundi Cina di sini. Dia ada personaliti yang menyenangkan hati.
“Kita tidak ada masalah siapa pun wakil rakyat yang akan dipilih yang penting dia boleh buat bawa pembangunan dan peluang pekerjaan kepada penduduk di Tenang,” katanya.
Lim juga tidak bersetuju dengan tindakan MCA yang tetap mahu memainkan isu agama dalam kempen pilihan raya kecil.
“Tidak boleh macam itu, MCA kena hentikan... Kita duduk Melayu ada, Cina ada, India pun ada. Kena saling hormat-menghormati.
“Bagaimana kalau ada orang yang mainkan pula agama kita? Mesti kita marah,” katanya.
Kelmarin Guang Eng mendakwa tindakan MCA yang mahu membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil DUN Tenang kerana mahu menghalang orang bukan Islam daripada mengenali Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.
Beliau berkata tindakan Dr Chua yang mahu menyerang PAS dengan membangkitkan isu negara Islam semata-mata mahu menimbulkan rasa “ketakutan” kepada pengundi bukan Melayu di DUN Tenang terutamanya orang Cina.TheMalaysiaInsider

Komen : Ayuh.... Pengundi Tenang cina, melayu dan india kuburkan umnoBN pd PRK 30/1/11 ni..masa untuk berubah....Tahniah!!!! Dap dapat sokongan yang sangat baik......

Rabu, Januari 26, 2011

Video Jakung-Jakung Umno Ganggu Ceramah Guang Eng



Komen DiYouTube : bodoh punya anjing umno/bn..dok tepekek telolong tak sakit tekak kh kawan..nak jadi penyokong tu biar lah tahu dengan undang2 dan peraturan pilihanraya di malaysia ni..apa hak kamu anjing2 umno/bn nak melarang LGE masuk ke kawasan itu untuk berkempen..ha ha ha maybe your head has no brain but full of cow dunk

Rakyat Tenang Wajib Tidak Mengundi Calon UmnoBN

Harakahdaily   
LABIS, 26 Jan: PAS mendesak calon BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim supaya menarik diri kerana berbohong mengenai isu melelong tanah seorang lelaki sewaktu menjadi Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat.
Pengarah PRK Dun Tenang, Salahuddin Ayub menegaskan bahawa isu tersebut masih belum selesai walaupun Azahar menafikannya.

“Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian pada sidang media di Pusat Media PAS PRK Tenang, di sini, sebentar tadi.

Pemimpin PAS yang turut hadir pada sidang media itu ialah Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Bendahari, Dr Mohd Hatta Ramli, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad dan Anuar Tahir, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad di samping Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS menambah, isu tersebut bukannya serangan peribadi terhadap Azahar sebaliknya rakyat perlu menilai untuk memilih wakil rakyat yang berintegriti.
Katanya, integriti perlu menjadi perkara serius yang mesti dipertanggungjawabkan kepada mana-mana individu untuk menjadi calon dalam pilihan raya.
Berikut kenyataan penuh beliau.

Sepertimana yang pihak media ketahui semalam kami telah membangkitkan tentang isu integriti dan kompetensi calon Umno untuk menjadi wakil rakyat bagi DUN Tenang dalam keadaan beliau tidak telus dan mempunyai rekod buruk menyalahguna kuasa beliau sebagai mantan Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat untuk melelong tanah Encik Mansor Bin Mohamad dengan secara tidak sah pada 1/12/2003 dengan harga RM 70,000.

Kami ingin menambah bahawa hartanah Encik Mansor Bin Mohamad yang dilelong secara tidak sah oleh calon Umno di atas kapasitinya sebagai Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat adalah berukuran lebih kurang 8 ekar maka kami percaya rakyat dapat menilai kemunasabahan hartanah seluas 8 ekar tersebut hanya dijual pada harga RM70,000 sahaja.

Dalam reaksinya kepada kenyataan akhbar kami semalam, calon Umno antara lain menyatakan isu yang kami bangkitkan tersebut sudah selesai (lihat Malaysiakini 25 Januari 2011)
Di sini kami sekali lagi ingin menegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi calon Umno tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri.

Bagi menyangkal kenyataan calon Umno bahawa isu yang kami bangkitkan semalam telah selesai kami terangkan maklumat-maklumat berikut dengan para pengundi di DUN Tenang seperti berikut.
Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan disebabkan kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa beliau mengendalikan isu pelelongan hartanah Encik Mansor bin Mohamad tersebut telah mengakibatkan Puan Norhana binti Mohd Ali iaitu pembeli yang membeli hartanah yang dilelong secara tidak sah menyaman (i) calon Umno, (ii) Pentadbir Tanah  Daerah Segamat, (iii) Pejabat Tanah Daerah Segamat dan (iv) Kerajaan Johor sebagai Defendan-Defendan bagi menuntut gantirugi berjumlah lebih kurang 1.5 juta.

Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan dalam tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas keempat-empat Defendan tersebut, calon Umno telah dijadikan sebagai Defendan Pertama dan kes tersebut telah pun didaftarkan di Mahkamah Tinggi Muar iaitu Guaman Sivil No: 23-14-2009.

Bagaimanakah calon Umno menyatakan kes tersebut telah selesai sedangkan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno dan 3 yang lain pada 7hb Februari 2011 ( 7/2/2011 ).

Bagaimanakah calon Umno dengan mudah menyatakan isu tersebut telah selesai sedangkan calon Umno sendiri diwakili oleh Penasihat Undang-Undang Negeri Johor dalam kes tuntutan Puan Norhana binti Mohd Ali ke atas calon Umno tersebut.

Fakta-fakta di atas menujukkan sekali lagi bahawa calon Umno tidak bersikap telus bukan sahaja kepada rakyat di DUN Tenang sebaliknya kepada partai Umno dan BN itu sendiri.
Hakikatnya fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja kes kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa calon Umno sebagai Penolong Pentadbir Tanah  Daerah Segamat belum selesai, sebaliknya kes penyalahgunaan kuasa ini masih berterusan di Mahkamah.

Mengapakah calon Umno dalam keadaan berhadapan dengan fakta-fakta yang kami nyatakan di atas masih enggan bersikap telus dan terus terang kepada para pengundi di DUN Tenang dengan mengakui bahawa isu kecuaian dan kelalaian beliau dalam melelong hartanah rakyat yang lemah masih belum selesai di Mahkamah dan belum selesai? 

Berdepan dengan fakta-fakta yang kami sajikan di atas kami percaya satu-satunya jalan keluar bagi calon Umno untuk membersihkan namanya, jika beliau masih ada saki baki integriti dan harga diri, adalah dengan menarik diri sebagai calon Umno dalam pilihan raya kecil Dun Tenang. Bagaimanakah calon yang terpalit dengan isu penyalahgunaan kuasa sebagai penjawat awam dan kini berdepan dengan isu tuntutan RM1.5 juta dari Puan Norhana binti Mohd Ali masih mempunyai kredibiliti untuk mewakili rakyat di DUN Tenang?
Bagaimanakah calon Umno masih kekal dalam penafian untuk terus menjadi calon Umno dan mewakili rakyat di DUN Tenang sedangkan kerana angkara dan tindakan beliau, beliau telah mendedahkan Kerajaan Negeri Johor kepada satu risiko yang tinggi iaitu terdapat kemungkinan besar Kerajaan Negeri Johor akan diperintahkan oleh Mahkamah untuk membayar gantirigi berjumlah RM1.5 juta. Jika itu yang berlaku bukankah wang rakyat Negeri Johor terpaksa digunakan sekali lagi untuk membayar gantirugi gantirugi RM1.5 juta tersebut?

 YB Salahuddin Ayub,
Pengarah PRK N05 Tenang
merangkap Naib Presiden PAS.

Komen : Rakyat tenang wajib tidak mengundi calon umnoBN.... Jelas sekali tidak mampu bantu rakyat dalam kesusahan dan salah guna kuasa....Undilah calon PR (PAS)

Video Luar Biasa Chegu Bard Di Penamaan Calon PRK Tenang





Komen : Sentuhan CB menaikkan semangat hadirin yg hadir....

Lagu Paling Hit Di Dun Tenang...



Tenang By-Election: Bulan Tu Hati Ku 月亮代表我的心 23/01/2011

Selasa, Januari 25, 2011

Video Panas!!!!! PAS Ungkit Masa Silam Calon BN Tenang...



Komen : Tahniah!!! yb salahuddin penjelasan yg sangat baik dan bertanggungjawab

Sudah Jelas Lagi Bersuluh, Umnolah Penderhaka!!!! Kepada Raja,"

Umno Penderhaka Sebenar Sultan Dan Rakyat


SHAH ALAM 24 JAN: Umno adalah penderhaka sebenar Sultan Selangor dan seluruh rakyat negeri Selangor kerana merampas kuasa Sultan Selangor dan kerajaan negeri dalam semasa krisis perlembagaan pada tahun 1993, bukannya Pakatan Rakyat yang sedang bertungkus-lumus mengembalikan kuasa tersebut kepada Sultan dan kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, Mohamad Azmin Ali berkata demikian dalam ucapan beliau semasa membahaskan rang undang-undang pindaan di sidang DUN Selangor petang tadi.

Kata beliau, Pakatan Rakyat tidak pernah merasakan kehadiran Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausah Kerajaan Negeri sebagai satu masalah tetapi masalah sebenar ialah Umno-BN memilih untuk melangkaui kerajaan negeri Selangor dalam isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Yang kami timbulkan dalam perbahasan ini dengan mendapat perkenan Tuanku ialah cita-cita murni Datuk Menteri Besar untuk memperbetulkan sistem yang dirosakkan oleh Umno itu sendiri, itu sahaja!" tegas beliau.
Beliau menjelaskan, pelbagai helah dan tohmahan telah dilempar oleh Umno-BN bagi mengagalkan usaha pembangunan PR di Selangor.

"Noh Omar mendakwa Pakatan Rakyat sanggup melakukan apa sahaja yang bercanggah dengan undang-undang. Persoalannya, apakah Umno faham dan menghormati undang-undang?" tanya beliau.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri Selangor merupakan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan mendapat mandat dan amanah dari rakyat melalui proses demokrasi dan ini terbukti pada 8 Mac 2008 di mana majoriti rakyat Negeri Selangor menolak parti UMNO dan BN yang bergelumang dengan rasuah, salah guna kuasa dan keangkuhan pemimpin.

"Derhakakah Umno jika Umno menolak dan lari daripada pindaan rang undang-undang ini? Sudah jelas lagi disuluh, Umnolah penderhaka Institusi Diraja," tegas beliau lagi.

Azmin seterusnya menjelaskan, rata-rata warga Selangor semakin celik dan golongan rakyat yang terlalu lama diperbodohkan adalah orang Umno sendiri sehingga tidak tahu mereka diperbodohkan kerana mereka makin tidak tahu apa itu kebodohan.

"Siapakah yang memansuhkan kuasa Tuanku Sultan untuk melantik tiga pegawai selepas mempertimbangkan nasihat Menteri Besar ? Pastinya, UMNO telah menderhaka kepada Raja-Raja Melayu. Sekaligus suara rakyat dinafikan kerana Menteri Besar adalah wakil suara rakyat majoriti yang membentuk kerajaan melalui proses demokrasi," kata beliau.TVSNEWS

Komen : Sudah jelas.....Rakyat selangor dan malaysia akan  hapuskan umno di bumi malaysia pada RPU13 ni.....Tunggul!!!!!!

Isnin, Januari 24, 2011

Najib tidak ziarah jenazah SU Umno Tenang - Utusan

 

LABIS, 24 Jan: Lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia mengaku bahawa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak tidak menziarahi jenazah Setiausaha Umno Cawangan Felda Tenang yang meninggal dunia ketika lawatan beliau ke situ kerana tidak mengetahuinya.

Pengerusi Biro Khairat Kematian Masjid An-Nur, Hamzah Manaf, 77, dan beberapa pemimpin setempat berkata, tindakan Najib tidak melawat jenazah Setiausaha Umno Cawangan Kolam Air Felda Tenang, Allahyarham Abdul Latif Subhi Mohd. Din, 61, bukannya suatu isu kerana Perdana Menteri memang langsung tidak mengetahui mengenai kematian Allahyarham kerana tidak dimaklumkan mengenainya, lapor Utusan hari ini.

Abdul Latif meninggal dunia selepas diserang sakit jantung dan darah tinggi yang melampau selepas menguruskan kedatangan PM ke Felda itu.

Namun, sehingga jenazah beliau selamat dikebumikan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sempat menjenguk jenazah beliau walaupun masjid yang menempatkan jenazah itu hanya 50 meter dari padang tempat acara untuk Perdana Menteri diadakan.

Rombongan beliau juga lalu di hadapan masjid yang menempatkan jenazah Allahyarham sejak jam 10 pagi ketika beliau menuju ke Felda Chempelak pada sebelah paginya.

Di samping tidak diziarahi, imam masjid juga terpaksa ke majlis PM menyebabkan tidak ada siapa yang mengurus dan mengimamkan solat jenazahnya.

Hasilnya, Ustaz Che' Zuha,  Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pahang mengimamkan jenazah pada jam 2 petang  iaitu selepas solat Zohor kerana kedua-dua imam tidak kedapatan di masjid ketika itu.

Namun hari ini, Utusan berkata, mereka sengaja meminta keluarga simati untuk mengimamkannya.

Padahal, kedua-dua imam tiada di masjid hatta untuk mengimamkan solat fardhu Zuhur kerana imam diarahkan oleh Umno cawangan supaya menghadiri majlis sambutan kedatangan Najib.

Calon PAS, Cikgu Normala Sudirman (ketika belum sah  sebagai calon lagi) bersama para petugas PAS dan anggota Unit Amal yang berada di situ segera menziarahi jenazah dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Mereka juga bersama ahli qaryah menguruskan jenazah dari awal sehingga ke proses gali kubur dan pengkebumian.

SIAPA FITNAH SIAPA

"Siapa fitnah siapa ni? Kita (Cikgu Mala, petugas PAS dan Unit Amal) hadir menziarahi dan menguruskan jenazah dengan ikhlas dan secara sukarela tanpa disuruh oleh sesiapa. Mereka memanipulasi berita dan menuduh kita yang bukan-bukan.

"Mari tanyalah saya kalau nak tahu. Siapa yang memfitnah siapa sebenarnya?" kata Md. Razi Jamaludin (gambar), 39 tahun, salah seorang anggota Unit Amal yang bertugas hari itu. Turut serta adalah rakan beliau, Wasilah Gothol, 48 tahun.

"Saya terlibat sepenuhnya menguruskan jenazah dari awal sehingga pengkebumian. Allahyarham sememangnya orang kuat Umno di sini. Saya difahamkan beliau telah bekerja keras malam sebelum pemergian beliau ke rahmatullah untuk urusan sambutan kedatangan Najib.

"Namun, apa yang berlaku ialah, kematian beliau tidak dihiraukan langsung oleh UMNO hatta Ketua UMNO sendiri. Yang meninggal itu S/U nya sendiri, bukan orang lain!"

"Tidak patut bagi seorang pemimpin tidak menghiraukan org bawahannya apatah lagi ini melibatkan kematian," katanya lagi.

Bagi beliau, kerja ziarah orang mati, bertahlil untuk ahli qariah, gotong royong, memang sudah menjadi kerja rutin orang PAS.

"Jika bukan pilihanraya kecil pun, memang itulah kerja kita. Mengapa sebelum ini Umno tidak timbulkan sebarang isu? Bahkan jika ada majlis-majlis seperti itu, orang Umno juga yang jemput kita sebelum daripada ini untuk tolong uruskan dan menggerakkan. Jadi dalam hal ini, siapa mempolitikkan siapa sebenarnya?" tanya beliau kesal.Harakahdaily   

Speaker Ada Kuasa Isytihar Kerusi Kosong






SHAH ALAM 24 JAN : Presiden Majlis Peguam Malaysia Ragunath Kesavan menegaskan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Kim mempunyai kuasa untuk mengistiharkan kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang.

Tegasnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya mempunyai kuasa mutlak untuk mengisytiharkan kekosongan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak termasuk Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Justeru Ragunath yakin tidak berlaku sebarang  pelanggaran kuasa mahupun perundangan apabila Datuk Teng Chang Kim mengisytiharkan kekosongan  kerusi DUN Pelabuhan Klang baru-baru ini. 

" Kuasa itu terletak di tangan Speaker kalau ikut Perlembagaan Negeri Selangor. Tidak ada isu tentang melanggar Perlembagaan Persekutuan sebab Perlembagaan Persekutuan itu untuk kerusi-kerusi Parlimen. Ini Perlembagaan Negeri untuk kerusi-kerusi ADUN," kata Ragunath ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar.     

Sebelum ini dilaporkan, Datuk Wira sebagai berkata, Perlembagaan Negeri tidak seharusnya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Waima, Mahkamah Persekutuan sebelum ini memutuskan SPR berhak memutuskan kekosongan kerusi namun ia tidak terpakai kepada negeri Selangor, Johor, Negeri  Sembilan dan Terengganu.
Penghakiman itu ekoran krisis perlembagaan di Perak pada 2009. 

Bagi empat negeri yang terkecuali, perlembagaan negeri memperuntukkan bahawa kekosongan biasa hendaklah diisi dalam masa 60 hari daripada tarikh ia diumumkan kosong.

SPR sebelum ini mengesahkan sudah menerima notis kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang pada Sabtu. 
Oleh yang demikian, suruhanjaya itu mempunyai masa 60 hari untuk mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi itu. 

Teng sebelum ini berkata, SPR boleh dianggap sebagai menghina Dewan dan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor jika tidak mahu memanggil pilihan raya kecil. 
Sementara itu menurut Ragunath, walaupun dari segi perundangan tindakan Speaker Selangor adalah tepat namun beliau ada hak untuk mencabar keputusan itu. 

" Tapi kalau ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah ini tidak berpuas hati, beliau boleh bawa perkara ini ke mahkamah. Itu terpulang kepada dia," tambah Ragunath.TVSNEWS

Video : Ceramah Anwar Ibrahim di Dun Tenang 22/1/2011

APCO dan cabaran debat gegarkan Tenang

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia Zainul Rijal Abu Bakar mengesa Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek memohon maaf

Presiden MCA Digesa Mohon Maaf


SHAH ALAM 23 JAN : Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia Zainul Rijal Abu Bakar mengesa Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek memohon maaf ekoran kenyataan menyentuh sensitiviti agama Islam seolah-olah penganut Islam sebagai anti-sosial dan tidak mampu melayani masyarakat. 

Zainul Rijal berkata demikian dalam satu kenyatan medianya hari ini di sini . 

Dalam pada itu, beliau yang dihubungi TV Selangor berkata dalam memperjuangkan nasib rakyat, tidak sewajarnya menjadikan isu agama sebagai barang untuk dijaja kerana ia mencakupi sensitiviti sesetengah masyarakat.  

"Tidak semua isu perlu dijaja sebagai isu politik khususnya isu agama yang mencakupi sensitiviti masyarakat yang berbilang bangsa dan ini juga telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan rakyat Malaysia bebas mengamalkan agama masing-masing, jadi sebagai Islam memang ada perbahasan-perbahasan terhadap sentuhan antara lelaki dan wanita bukan mahram ini adalah haram," katanya.

Zainul menjelaskan calon PAS untuk PRK DUN Tenang, Normala Sudirman hanya mengamalkan agamanya dan keadaan ini tidak langsung mengambarkan ketidak mesraan beliau dalam kempen pilihanraya.

"Beliau hanya menjalankan prinsip agama yang utuh dan tidak sepatutnya wujud persoalan untuk ditimbulkan dalam hal ini kerana ia akan menjurus kepada mempersoalkan undang-undang Islam itu sendiri, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Chua terhadap calon PAS itu ekoran keengganan berjabat tangan dengan bukan muhrim semasa pusingan kempennya di Tenang. 

Khamis lalu, Chua telah memberi amaran kepada masyarakat Cina di Tenang untuk menentang "seperti ini nilai-nilai Islam". 

Hal ini diikuti oleh Naib Perdagangan Koperasi dan Menteri Hal Ehwal Pengguna Tan Lian Hoe yang pagi ini mengutuk Normala atas masalah yang sama.

"Jadi tidak bermakna tidak bersalam itu bermaksud tidak mesra dan mengurangkan produktiviti dan apa yang penting bagi seseorang itu mengamalkan agamanya dan dia perlu diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan agamanya, " katanya.

Dalam pada itu, Exco Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa pula berkata insiden ini jelas menunjukkan kegagalan UMNO-Barisan Nasional apabila dilihat gagal memberi kefahaman yang jelas kepada rakan komponennya MCA tentang agama Islam.

"Sebab itu kita melihat bahawa sikap 'double standart' yang diamalkan Umno yang bukan sahaja tidak mengamalkan agama dalam kepimpinan parti mereka tetapi juga gagal memberikan kefahaman serta merungkaikan apa yang boleh menjadi sensitiviti kepada orang Islam dan masyarakat," ujarnya.

"Dan kita juga melihat ulama-ulama Umno juga gagal memainkan peranan dalam memberikan kesedaran terutamanya sekali dalam komponen BN itu sendiri untuk memahami secara jelas dalam isu Islam," katanya lagi.

Fariz kertika dihubungi Tvselangor, turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan MCA sekaligus insiden ini membuktikan mereka jelas ketandusan idea kerana sanggup menggunakan isu agama untuk kepentingan politik mereka.

"Kita sangat kecewa dengan tindakkan yang dilakukan oleh MCA dalam suasana sebegini dan ini jelas membuktikan bahawa mereka ketandusan idea sehingga sanggup menggunakan isu-isu agama yang boleh menyebabkan tercetusnya sentimen perkauman dan agama," katanya.

Tambahnya lagi, polemik ini tidak ada penghujungnya jika tindakan tegas tidak diambil dari komponen Barisan Nasional khususnya Umno dalam mendepani permasalahan ini.TVSNEWS

Komen : Mana 40 Ulama2 umno.... Sangup ke tegur kawan seBN kamu....tu.. Tunggu pembalasan di dunia dan akhirat akan tiba...

Sabtu, Januari 22, 2011

Video Panas!!!!!! Khas Untuk Orang Cina Dan INdia...

pru13 - umno tak perlu lagi undi dari kaum cina dan india.



Komen : Umno akan di rebahkan oleh orng cina,india dan Orang melayu sendiri...Kerana perbuatan pemimpin-pemimpinnya sendiri....JOm pakat undi PR!!

Prof. Dr Hassan Hasbullah Ramalan dan Analisis Yang Sangat Baik Untuk Dun Tenang

Tenang Tidak Boleh Dijadikan Tanda Aras Adakan PRU-13 Mengejut, Kata Penganalisis


SHAH ALAM 22 JAN : Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang tidak boleh dijadikan kayu ukur untuk menentukan kejayaan mana-mana parti khususnya dalam pilihanraya umum ke-13 ini,kata penganalisis politik Dr Hassan Hasbullah.

Sebelum ini , Umno-Barisan Nasional meletakkan sasaran kemenangan besar majoriti sebanyak 5,000 undi yang dilihat satu penanda aras untuk memanggil pilihanraya umum ke-13 secara mengejut dalam jangka masa lebih awal.

Sementara itu kempen lapan hari pilihan raya kecil Tenang bermula hari ini selepas proses penamaan calon selesai pagi ini. Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN dan PAS.

BN menamakan Mohd Azahar Ibrahim, 39, yang sebelum ini merupakan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit manakala PAS mengumumkan bekas guru, Normala Sudirman, 38, sebagai calon parti itu.
Dr Hassan Abdullah yang dihubungi TV Selangor berkata DUN Tenang yang sejarahnya Umno-BN tidak pernah kalah, tidak boleh menjadikan keputusan pilihanraya kecil ini untuk memanggil pilihanraya umum lebih awal kerana sikap pengundi sentiasa berubah-ubah.

"Semua pilihanraya kecil yang berlaku di negara kita tidak mungkin menjadi penanda aras kepada mana-mana parti politik untuk mengatakan kemenangan pada parti-parti politik tersebut  sebagai satu keselesaan kepada mana-mana parti politik.

Masyarakat sentiasa berubah-ubah,manakala Dewan Undangan Negeri Tenang adalah sejarahnya menyatakan bahawa Barisan Nasional tidak pernah kalah di kawasan ini, tetapi undinya sangat merosot pada 2008 dan jika keputusan pada kali ini,Barisan Nasional mendapat undi majoriti sebanyak 5,000 masih juga bukan satu petunjuk, kerana ia merupakan satu pilihanraya kecil di mana semua operasi di peringkat nasional tertumpu ke situ sebagaimana peristiwa di Pilihanraya Kecil DUN Galas dan sebagainya," katanya.

Tambah Dr Hassan lagi bahawa banyak janji-janji dalam pilihanraya kecil ditaburkan dan seumpama drama yang jelas tidak boleh digunakan sebagai tanda aras kejayaan sesuatu parti.

"Sebab itu kita dapati bahawa banyak janji-janji bahawa ataupun manifesto yang ditaburkan pada masa pilihanraya kecil jarang terlaksana sepenuhnya, ia tidak ubah seperti sebuah drama dalam merayakan demokrasi dan tidak memberi petunjuk kepada proses pilihanraya yang sebenar," katanya lagi.

Dr Hassan juga menyatakan pandangannya bahawa terdapat beberapa faktor penentu pengundi yang dijadikan asas  dalam pilihanraya kecil DUN Tenang ini.

"Di Dewan Undangan Negeri Tenang sebenarnya terdapat lima faktor utama,pertama ialah faktor kuasa kelas menengah Melayu di mana kebanyakkan kuasa kelas menengah Melayu masih lagi berpihak kepada Barisan Nasional dan mereka begitu memerhati perkembangan pihak Pakatan Rakyat ,manakala pengundi Cina kelihatan nyata dan amat jelas sekali berpihak kepada Pakatan Rakyat manakala pengundi India melihat kepada perkembangan di peringkat nasional.

Jadi kita dapati penentu di Tenang adalah pengundi Cina samada Pakatan Rakyat memperolehi keseluruhan pengundi Cina, dia akan menjejaskan pencapaian Barisan Nasional manakala jika hanya anggaran 30-40 peratus berpihak kepada Pakatan Rakyat maka keputusan tidak akan berubah seperti tahun 2008  di antara majoriti pada 2004," katanya lagi.

Dr Hassan juga yakin,golongan muda bakal menjadi antara faktor penentu besar di DUN Tenang ini.
"Pilihanraya pertama di bahagian Selatan ini untuk tahun ini seperti ada satu arus baru kerana selepas ini akan berlaku di Merlimau , maka kuasa kedua yang terbentuk  adalah pengundi muda  kerana pengundi-pengundi muda adalah besar di Tenang," katanya.

Kerusi DUN Tenang mempunyai 14,735 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos. 
Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus). 

Mengikut pecahan umur, seramai 3,271 pengundi berusia antara 30 hingga 39 tahun, 3,602 (40-49 tahun), 2,788 (50-59 tahun), 1,897 (60-69 tahun), 1,188 (70-79 tahun), 268 (80-89 tahun) dan lebih 90 tahun pula 70 orang.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha dari Umno-BN pada 17 Disember lepas. TVSNEWS

Komen :Terima Kasih Kepda Prof. Dr Hassan Hasbullah ramalan dan analisis yang sangat baik......semoga pengundi di dun tenang memberi undi kepda pakatan rakyat....

Sokong!!! Chegu Bard 100%.....Jadi lah pengundi Yang bijak!!!

Chegu Bard : Umno-BN 'Tidak Hirau' Rakyat Johor, Sebab Dakwa Kubu Kuat

LABIS 22 JAN : Umno-Barisan Nasional sudah tidak menghiraukan kepentingan rakyat di negeri Johor kerana beranggapan bahawa negeri itu adalah kubu kuat parti itu sejak sekian lama,kata Badrul Hisham Shaharin.

Badrul yang juga Ketua Cabang PKR Rembau berkata, waktu pilihanraya kecil ini menjadi medan Umno-Barisan Nasional untuk menunjukkan parti itu menabur bakti kepada rakyat namun realitinya hendak menutup segala kelemahan membela nasib rakyat.

"Hendak salam Datuk Seri Najib pun tidak dapat, sebab ini kubu kuat (Umno) tidak payah pening kepala. Bila BN menang esok, dia tinggalkan semua, tidak ada aspek perubahan," katanya.

Menurutnya lagi, kerajaan pusat terpaksa menubuhkan pasukan yang dilantik untuk berhubung dengan masyarakat di negeri-negeri Pakatan Rakyat kerana tidak berjaya untuk mendapat perhatian masyarakat umumnya.

"Ada tak India yang susah? Ada, ada tak Cina yang susah? Ada. Tapi bila tiba pilihanraya tiada lagi orang susah. Bantuan datang bercurah-curah. Maksudnya ialah perubahan. Apa kita takut, yang untung adalah saudara.

Jadi saudara, demi kepentingan orang Tenang, untuk Umno-BN tabur lagi duit untuk rampas DUN Tenang, saya ajak semua, ayuh buat perubahan, menangkan calon PAS kali ini demi perubahan supaya rakyat akan lebih senang dan Tenang akan lebih bermakna pada kacamata Perdana Menteri Malaysia," ujar beliau.

Badrul Hisham juga menggesa masyarakat Melayu khusunya bijak mengambil pendekatan politik yang digunakan oleh kaum Cina untuk meningkatkan taraf kehidupan.

Justeru bersandarkan parti yang memerintah, katanya rakyat tidak perlu takut membuat perubahan memilih pemimpin baru agar mendapat manfaat. 

"Besarkan Hospital Tampin sebab apa? DAP kuat di Tampin dan DAP menang kerusi di Tampin. Rembau tidak dapat apa. Kerana itu saya mengajak saudara belajar politik daripada orang Cina. Politik berdasarkan kepentingan dan keperluan mereka.

"Hakikat sekarang saya hendak beritahu, kawasan paling maju di Malaysia adalah Bukit Bintang Kuala Lumpur. Di situ berapa banyak penggal sudah DAP jadi ahli parlimen dan menang di Bukit Bintang. Ada longkang tersumbat? Ada lampu tidak menyala? Tidak, semua benda elok.,"  jelas beliau ketika menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira tiga ratus orang rakyat di Felda Tenang malam tadi.

Badrul menegaskan kawasan yang dipimpin Pakatan Rakyat kini terhindar dari sebarang masalah pembangunan justeru katanya bukan alasan pengundi Melayu untuk menolak PAS di DUN Tenang.TVSNEWS

Komen : Sokong Chegu Bard 100%.....Jadi lah pengundi Yang bijak!!! Jom sokong Pakatan Rakyat!!!

Cikgu Mala yakin pengundi sokong Pakatan buat kejutan!!

January 22, 2011
Normala Sudirman bersalam dengan suaminya Makrof Abu Mutalib selepas disahkan sebagai calon kerusi DUN Tenang tengah hari tadi. - Foto oleh Choo Choy May
LABIS, 22 Jan — Calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman percaya pengundi Tenang akan membuat keputusan bijak dengan memilihnya sebagai wakil rakyat yang baru bagi kerusi itu 30 Januari ini.  Beliau berkata pemilih DUN Tenang yang terdiri daripada lebih 14,000 orang akan membuat perubahan dan anjakan paradigma bagi memilih wakil rakyat yang boleh membela nasib mereka.
“Saya percaya pengundi Tenang akan buat kejutan demi masa depan anak bangsa, saya yakin pengundi akan buat perubahan.

“Saya yakin pengundi akan buat perubahan dan anjakan paradigma demi masa depan mereka. “Malah saya yakin dan optimis mandat akan diberikan dan pengundi akan buat pilihan terbaik untuk pilih wakil rakyat,” katanya kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon di pejabat Majlis Daerah Labis di sini.
Bagaimanapun Normala, 38, berkata beliau menyerahkan kepada pengundi membuat pilihan terbaik. “Saya serahkan mandat kepada pengundi pada 30 Januari ini,” katanya.

Turut hadir Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Nasharudin Md Isa, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Pakatan Rakyat meletakkan Normala, Ketua Muslimat PAS Labis dan bekas guru sebagai calon manakala Barisan Nasional (BN) pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 39.

Normala juga merupakan Pengerusi Lajnah Pendidikan Dewan Muslimat PAS pusat. Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi pada pilihan raya umum 2008. Proses penamaan calon selama sejam bagi pilihan raya kecil DUN Tenang bermula pada pukul 9 pagi di Pejabat Majlis Daerah Labis.TheMalaysiaInsider

Video : 100 ribu rakyat johor di penamaan dun tenang..22-01-01

Jumaat, Januari 21, 2011

Badrul Penipu!!! Kata Speaker Selangor

Umno Jangan Politikan Sidang, Badrul Penipu, Kata Speaker Selangor

SHAH ALAM 21 JAN :Speaker Teng Chang Khim meminta Umno tidak mempolitikkan kegagalan isu pengedaran draf usul pindaan  Perlembagaan negeri sambil menegaskan, ia berpunca daripada kekangan masa.

Kata Teng, berdasarkan Peraturan Mesyuarat 10(3), dokumen-dokumen berkenaan boleh diedarkan kepada wakil rakyat pada hari persidangan, sebelum sidang bermula.

“Malah, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sudah pun membuat pengumuman mengenai pindaan dan kesemua akhbar sudah pun menyiarkan laporan mengenainya,” kata beliau pada sidang media hari ini.
Justeru, kata beliau, maklumat mengenainya sudah pun diedarkan dan tiada agenda tersembunyi.
DUN Selangor mengadakan sidang khas Isnin ini bagi membahaskan pindaan Perlembagaan Negeri.
Teng juga mendakwa ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah menipu berhubung kehadirannya pada sidang DUN November lalu.

"Saya ingin gunakan peluang ini bagi menafikan kenyataan yang dibuat oleh Badrul Hisham yang mendakwa beliau hadir pada majlis perasmian sidang dewan undangan negeri pada 8 November.
"Hanya ada satu majlis pembukaan rasmi. Bagi sesi ketiga sidang dewan undangan negeri ke-12 diadakan pada 12 April dan dirasmikan oleh Sultan Selangor.

“Sidang pada November adalah pembentangan belanjawan tahunan di mana tidak ada pembukaan rasmi diadakan,” kata Teng.

Rabu lalu, Teng mengisytiharkan kerusi Pelabuhan Klang kosong selepas Badrul Hisham gagal menghadiri sidang dewan tanpa cuti sejak 16 Julai tahun lalu.

Teng juga berkata beliau telah mengemukakan notis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memaklumkan kekopsongan kerusi itu hari ini. SPR mempunyai 60 hari bagi mengadakan pilihan raya kecil.
Katanya, memandangkan kerusi itu telah diisytiharkan kosong, Badrul Hisham tidak akan dibenarkan menghadiri sidang dewan undangan negeri pada Isnin ini.

"Hanya ADUN sahaja dibenarkan masuk ke dewan,” katanya.TVSNEWS

Video : 'Interlok' demo at Batu Caves



Komen Di YouTube
  • UMNO cepat turun la.. always arrest people that do not agree with them

  • org india ada caste system.. org melayu mana ada caste...? semua pun paria.. bekas pm ke 4 pun ada bapa paria..

    org indianmuslim adalah paria di india... i love my country malaysia, i tak boleh tolak ansur dgn comment bodoh.. u ingat org india takut mei 13 berulang.. org india ada back up dari allah

  • org melayu tak ada sejarah cuma ambik adat resam org makan babi dan paria.. org melayu kosong , mulut aja, org melayu belajar dulu dan cuba bangunkan negara tercinta ini... org arab tak akan terima org melayu sebak org melayu pariah islam...

  • 13 Mei akan berulang.Fikirkanlah...

  • poodah pariah pundamauna

  • UMNO is evil..... Indian people protest, they arrest, but their people can kick the cow head and Hishamuddin goes to kiss their asses!!! Say No to UMNO/APCO...

  • lord muruga tu dok diri tercegat je ke? x tolong ke paria2 tu di bawah sana.

  • I salute keberanian dan ketegasan PDRM...Come on lah. aney uthayakumar..u mmg pandai ambil kesempatan di saat org India menyambut Thaipusam.. org dtg utk sembahyang tapi u cari publisiti murahan...niat di hati u mmg kotor..org india lain dtg utk menyucikan diri tapi u mau kotorkan majlis...ayo yo pening PDRM nak layan sekor ni.

  • we all malaysians should call this hindraf peoples as paria.they are not representing indian peoples.they are representing indian gangsters..Say No To Hindraf

  • For once, i respect Police doings for this, Hindraf taking this way to far.

  • Bodoh punya hindraf. Novel yang dah wujud bertahun - tahun, skrg baru nak protes, tapi apesal time si Azmin ali gelar si Gobalakrishnan paria apesal x gi protes?

    Bodoh/bebal lagi celaka. Hindraf dah xrelevan buat masyarakat India.

    Masyarakat india yang waras harus hancurkan Hindraf demi kesatuan Malaysia.

  • brutality kepala otak ko.

    Orang yg datang ke situ bukan nak tunjuk perasaan, tapi nak menjalani amalan kepercayaan ibadah mereka. Ingat, semua datang situ, semata - mata nak tunjuk perasaan?

    Polis harus lakukan kerja mereka.

  • police brutality once again. disappointed.

  • gagasan islam

    kedaulatan islam

    keperihatinan rakyat

    bahasa jawi

    1 bahasa

    1 nusantara

Khamis, Januari 20, 2011

Tun Dr. Mahathir Mudah Lupa!!!!

PAS dakwa Dr. Mahathir lupa sejarah
 
Rusly YasminKUALA LUMPUR, 20 Jan: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai lupa sejarah apabila mempersoal tindakan PAS meletakkan calon wanita bagi PRK Dun Tenang.

Menurutnya, PAS tidak pernah melarang wanita daripada bertanding dalam pilihan raya sebagaimana didakwa oleh Dr. Mahathir, malah telah mengamalkannya sejak tahun 50-an lagi.

"Saya terkejut dengan kenyataan Tun Mahathir yang kata PAS tak konsisten.

"Saya tak tahu bila PAS kata calon wanita diharamkan kerana PAS pernah melantik Khadijah sebagai calon pertamanya dalam pertandingan tiga penjuru di Dungun Terengganu.

"Saya ingat Tun Mahathir ni sudah hilang ingatan terhadap sejarah," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Khadijah Sidek menjadi Ahli Parlimen wanita pertama memenangi kerusi Dungun pada 1959 iaitu pilihan raya umum pertama selepas negara merdeka.

Semalam, Dr Mahathir berkata tindakan meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil Dun Tenang menunjukkan PAS tidak berpegang pada janji.

Katanya, PAS dahulu mendakwa tidak boleh meletakkan calon wanita tetapi sekarang boleh.

Mengulas lanjut Mahfuz berkata, pemilihan calon wanita mewakili PAS menunjukkan parti itu dan Pakatan Rakyat mengiktiraf peranan wanita khususnya untuk menguruskan rakyat.

Jelasnya lagi, Dr. Mahathir juga diminta melihat amalan kerajaan PAS negeri Kelantan dan Kedah apabila memperuntukkan kerusi exco untuk wanita.

Mengulas pemilihan Normala Sudirman sebagai calon PAS bagi PRK Tenang 30 Januari ini, Mahfuz berkata beliau yakin Normala mampu membawa visi baru untuk golongan wanita, khususnya wanita muda.

Normala, 38, yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Labis akan dicabar calon Umno, Mohd Azhar Ibrahim.

“Beliau (Normala) seorang wanita muda yang berani, yang sanggup untuk meletakkan jawatan dalam perkhidmatan untuk berkhidmat kepada rakyat,” kata Mahfuz.HarakahDaily

Komen : Orang tua ni dah nyanyek!!!! Dia ni patut duk masjid beramal ibadat, belajar agama dan tebus dosa-dosa yang lepas.... 

Najib Cakap Besar!!! Tapi Tak Ada Telorrrr!!!!!!!!!!

Faris Musa : Najib Razak Elak Debat Takut Rahsia Penyelewengan Terbongkar


SHAH ALAM 19 JAN : Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Faris Musa menganggap cubaan melengah-lengah atau lari daripada perdebatan isu 100 Hari Pakatan Rakyat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai dolak-dalik Umno-Barisan Nasional yang takut rahsia penyelewengan dan kelemahan mereka diketahui rakyat.

Menurut Faris, PKR dan Pakatan Rakyat telahpun men'jemput' Najib untuk berdebat dari pelbagai platform termasuk menghantar surat kepada Perdana Menteri namun sehingga kini pelawaan itu masih tidak diterima.

"Ini dolak-dalik yang cuma dimainkan Datuk Najib dan pimpinan BN yang melihat tidak relevan untuk mengadakan sesi debat kerana ia akan membongkarkan segala apa yang selama ini dilaksanakan oleh Kerajaan UMNO BN yang secara jelas tak beri keuntungan kepada rakyat," katanya.

Faris mengulas isu anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno  Datuk Saifudin Abdullah hari ini yang meminta agar budaya cabar berdebat pada kalangan pemimpin politik dihentikan kerana tindakan itu tidak membawa sebarang manfaat.

Menurut Saifuddin yang merupakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata Malaysia juga masih belum mencapai tahap budaya debat politik yang sihat bagi menganjurkan perdebatan antara pemimpin politik.
Faris menjelaskan amalan debat merupakan budaya biasa dan ruang terbaik bagi rakyat menilai isi-isi mengenai polisi yang dibentang pemimpin dari kedua pihak.

Amalan debat ini perkara yang biasa terutama di negara-negara maju, di mana ini ruang dan peluang rakyat tau dengan lebih jelas tentang polisi di peringkat kerajaan atau pembangkang.
Faris hairan dengan dakwaan Najib yang sehingga kita mendakwa tidak takut, malah mengugut untuk mendedahkan cerita mengenai Anwar tetapi masih mengelak untuk turun berdebat dengan beliau.

Malah Faris melihat Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sebagai oppurtunis dan tidak menghormati kedudukan Perdana Menteri dengan dakwaan Najib tidak layak berdebat dengan Anwar itu.

"Sebab itu kita minta dia terima pelawaan debat. Apa maksud 'demam' tu. Kita takut yang 'demam' Najib bukan Anwar,Tindakan secara bacul dan dayus itu yang memberikan pelbagai alasan membuktikan dia tak sanggup dan berani berdebat dengan Anwar. Juga tindakan Khairy mencabar debat itu menghina PM yang tidak bersedia dan takut untuk berdebat dengan Anwar. Lawan Datuk Seri ANwar Ibrahim ialah Najib, bukan Khairi Jamaluddin," katanya.TVSNEWS

Komen : Najib pengecut!!! cakap besar...Buat jauh sekali.... Rakyat sudah sedar hancur  BN pada PRU13 ni......Orang yang akal tak betul je sokongnya...ah ha ha ..

Catatan Terkini...

HANYA RM10.00 SEBULAN
[ Tempah sini ]

Iklan VIP
http://www.kekcoklat.com/images/banner/banner468.gif
Iklan Penaja


Iklan Penaja


DERMA IKHLAS KEPADA KAMI SILA " KLIK " IKLAN DI BAWAH.

Blog Agen Dsai Ikut..

CARTA BLOG PR POPULAR..!!

P.R.O - fm

Catatan Popular Daripada Agen Dsai