Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Disember 03, 2011

Aziz Bari dijangka tinggalkan UIA tahun depan

Selepas pertelingkahannya dengan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berhubung isu kebebasan akademik, pakar perlembagaan, Prof  Abdul Aziz Bari dijangka meninggalkan universiti itu tahun depan.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Aziz mengambil keputusan itu kerana dinafikan ruang untuk menyuarakan pendapat beliau dalam bidang akademik.

Salah satu contohnya ialah insiden di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) bulan lalu, kata sumber itu.

Bulan lepas, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dilaporkan tidak membenarkan Aziz berucap di Kuis, yang terletak di bawah bidang kuasa Sultan Selangor.

Aziz terbabit dalam kontroversi - sejak mengulas mengenai campur tangan Sultan Selangor berhubung insiden di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) - yang berakhir dengan Aziz menerima surat tunjuk sebab dari pihak UIA dan digantung tugas pada 20 Oktober.

Bagaimanapun, penggantungan tersebut ditarik balik ekoran bantahan keras pelbagai pihak.

Menurut sumber itu lagi, Aziz, yang telah berkhidmat dengan UIA selama 22 tahun, tidak boleh semata-mata mematuhi rutin pengajaran tanpa dapat membuat komen terbuka.

Situasi Aziz diburukkan lagi dengan ketidakpastian nasibnya ekoran tindakan penggantungannya sebelum ini, kerana pihak universiti didakwa tidak memberi respon terhadap jawapannya kepada surat tunjuk sebab tersebut, kata sumber itu lagi.

Ketika dihubungi Aziz bagaimanapun enggan mengulas mengenai peletakan jawatan yang dikatakan itu.MalaysiaKini

 Pil Power Untuk Lelaki!!!!
    

1 ulasan:

  1. Tok Uban di Sarawak tu pulak bila nak tinggalkan kerusi Ketua Menteri? Janji hari tu nak kosongkan kerusi Ketua Menteri, takkan dah lupa selepas menang? Janji tetap janji.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...