Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, September 14, 2015

MEREKA YANG KELUAR PAS AKAN MATI KATAK...

NIK MOHAMAD ABDUH

KUALA LUMPUR - "Bukan Pas yang mati katak, tetapi mereka itu sendiri yang mati katak," demikian ujar Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Menurutnya, meskipun sering berhadapan dengan krisis, Pas tidak pernah terjejas dan terus bertapak sebagai parti yang kuat dalam negara ini.

"Meskipun berhadapan dengan pelbagai masalah dan krisis, kita dapat tengok bahawa Pas sentiasa mengekalkan dan memperkukuhkan istiqamahnya.

"Ini masih boleh dilihat menerusi beberapa himpunan yang telah kita anjurkan sebelum ini, penyokong-penyokong Pas masih mengekalkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada parti," katanya ketika ditemui dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Kamaruddin dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib yang mengumumkan keluar dari Pas dan menyertai PKR, pada Jumaat.


[ARTIKEL BERKAITAN: ‎MP Tumpat, bekas MB S'gor sertai PKR]

Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pada hari sama.

Kata Mohamad Abduh lagi, Pas tidak akan jatuh dengan hanya beberapa individu yang bertindak keluar parti.

"Masih ramai yang menerima Pas dan ingin menyertai Pas. Kami alu-alukan semua pihak dan individu untuk bersama-sama dengan kami," katanya lagi.

sh

      

3 ulasan:

  1. Jemaah haji terbunuh beratus2 hangpa buat tak tau.... katak mati yang hang kisah.... beduh beduh.

    BalasPadam
  2. yang ke jepun ponteng time parlimen bersidnag mati apa pulak

    BalasPadam
  3. Oh yer pas kuat bila bersendirian dan kuasa bkn lgi matalamat perjuangan..pas redha kalah dan baru sekarang dapat berjuang di landasan yg betul??????

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...