Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, September 15, 2015

CHE IBRAHIM MOHAMED JAWAB PAS TERENGGANU...

Che Ibrahim Mohamed

KOTA BHARU - Parti Pekerja Malaysia Kelantan tidak nampak kebersamaan parti itu dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR) 2.0  memberikan impak negatif kepada pembangkang sebagaimana ditafsirkan Pas Terengganu.

Naib Pengerusi 1, Che Ibrahim Mohamed berkata,  PR 2.0 yang bakal diwujudkan bagi memastikan persefahaman politik antara parti pembangkang untuk menentang BN secara satu lawan satu.

“Jika semangat ini berjaya dihayati dengan baik semua parti pembangkang yang berhasrat sertai PR 2.0 ini, maka isu pertandingan tiga penjuru tidak akan wujud lagi,” katanya menepis tanggapan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri yang membayangkan kewujudan  Parti

Pekerja Malaysia dalam PR 2.0 akan lebih memecah-belahkan pakatan pembangkang, seterusnya memberi undi kepada BN.

Pas Terengganu juga membayangkan penyertaan itu akan berdepan masalah terutama berkaitan pembahagian kerusi.

Tidak bersetuju dengan itu, Che Ibrahim berkata, soal pembahagian kerusi antara parti yang bergabung adalah perkara teknikal yang boleh diputuskan secara bersama dengan mengambil kira potensi untuk menang dan kriteria calon dikemukakan parti masing-masing.

“Jika semangat pakatan bersama antara parti pembangkang dijadikan asas perhitungan politik menentang BN, maka tidak ada perkara tidak boleh diselesaikan bersama,” katanya yang juga Naib Pengerusi Pasma Kelantan.

sh

1 ulasan:

  1. Azmin Ali berbaik dgn PAS mungkin setakat 3 bulan sebelum pilihanraya umum bagi menjamin kepentingan PR di Selangor. TAPI Bila nak PRU percayalah PKR akan lebih mesra dgn Amanah dan DAP kerana survival. Masa dekan PRU akan NGANGA la PAS

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...