Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Jun 12, 2015

TERKINI!! : KWSP DEDAH PELABURANNYA..

 

Kementerian Kewangan menyatakan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyalurkan sebanyak RM80 bilion kepada syarikat berkaitan kerajaan sehingga Mac 2015.

Sebahagiannya, sebanyak RM25.29 bilion dilaburkan dalam syarikat kontroversi Pembinaan PFI Sdn Bhd.

“Jumlah pendedahan pembiayaan KWSP kepada syarikat GLC adalah dalam bentuk pinjaman berkadar tetap dan langganan bon atau sukuk di mana sebahagiannya bersandarkan kepada jaminan kerajaan, cagaran aset dan jaminan bank,” jawapan itu dipetik.

MP PAS itu meminta kerajaan menyenaraikan jumlah pelaburan KWSP dalam GLC berkenaan, terutama dalam Pembinaan PFI, 1MDB dan Felda Global Ventures Bhd (FGV).

Kementerian itu juga mengakui bahawa pelaburan KWSP dalam 1MDB dihadkan kepada RM200 juta, yang dijamin oleh kerajaan.



"Pendedahan KWSP terhadap Pembinaan PFI pula berjumlah RM25.29 yang berjaminan pajakan sewa oleh kerajaan Malaysia.”

Pembinaan PFI merupakan syarikat yang dimiliki kementerian kewangan yang mengumpul liabiliti sebanyak RM27.9 bilion sehingga akhir 2012.

mk

1 ulasan:

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...