Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Jun 22, 2015

PEMUDA PAS KELANTAN TERASA BAHAMNYA..KIKIKIKI

Ahli Pas kena bertenang

KOTA BHARU - Ahli dan penyokong Pas diminta bertenang serta tidak panik dengan perkembangan berlaku kebelakangan ini terutama selepas pemilihan pucuk pimpinan pada Muktamar Tahunan Kali ke-61, dua minggu lalu.

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, keadaan dilihat semakin tidak terkawal berikutan pengumuman beberapa bekas pimpinan parti tersebut yang tidak menolak kemungkinan untuk menubuhkan parti baharu sebagai wadah selepas tewas dalam pertandingan untuk menduduki jawatan tertentu dalam Pas.

“Pergolakan dalaman adalah sesuatu yang lumrah berlaku dalam parti politik, khususnya selepas berlakunya pemilihan parti.

“Namun, ia diyakini hanyalah perkembangan sementara dan situasi dalaman akan tenang semula selepas masing-masing, pihak yang bersaing dapat menerima hakikat dan kembali bekerja untuk menguatkan parti,” katanya selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Pemuda Pas Kelantan di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka, kelmarin.


Menurutnya, beliau juga optimis ahli Pas sudah cukup matang membuat penilaian berhubung kenyataan pihak tertentu untuk menubuhkan parti baharu itu.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda Pas turut memberitahu, amat jarang parti serpihan dapat bertahan lama.

“Saya nasihatkan semua pihak di dalam parti agar menumpukan gerak kerja ke arah memperkukuhkan parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Di Kelantan khususnya, semua pihak wajib menggembleng tenaga untuk mempertahankan negeri ini daripada jatuh ke tangan BN. Kita tiada masa untuk menghangatkan konflik dalaman yang jelas tidak menguntungkan mana-mana pihak,” katanya lagi.

Berhubung cadangan untuk menubuhkan parti baharu, Ahmad Fadhli berkata ia adalah hak demokrasi mana-mana individu di negara ini untuk menubuhkan dan menyertai mana-mana parti politik diingini.

“Namun saya juga ingin mengingatkan, selaku ahli parti, adalah amat tidak sesuai untuk bercakap soal menubuhkan parti baharu dalam keadaan individu berkenaan masih menjadi ahli Pas.

"Perlu juga dinyatakan bahawa keahlian Pas secara automatiknya akan terbatal jika sertai parti lain,” tegasnya.

sh

3 ulasan:

  1. Hang dengan geng hang pertahanlah habuan hangpa dalam PRU 14 nanti. Aku dan famili dah pindah tempat mengundi ke lembah klang. Bukan aku je, ramai kengkawan aku pun pindah tempat mengundiereka dari kelantan ke lembah kelang.

    5 pilihanraya kami pulang mempertahankan kerajaan TGNA.Kini b3liau sidah tiada. Tugas kami dah selesai. Sebahagian yg tidak pindahkan tempat m3 gundi mereka akan tetap pulang dalam PRU 14 Ananti unyuk kuburkan PAS yang dikuasai oleh ulars3mak cai yang mengkhianati mandat kami.

    BalasPadam
  2. rekaan aje tu...xkan slpps muktamar x smpai sebulan SPR dah luluskan prmohonan tukar tu.....siakap senohong...mmg suka ckp bohong....pergi jauh,,,,x pyh balik kelantan sokmo2 pun x ape...tp jgn pangkah UMNO dah le.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. cicit moyang dolah23 Jun 2015 pada 2:08 PG

      jgn undi pas,rugi sebab akan UG ngan umno

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...