TEMERLOH - 'Perhimpunan Perjuangan Bermula Di Sini' bagi memberi penjelasan mengenai penubuhan parti baharu oleh pemimpin Pas yang tersingkir pada muktamar lalu hambar, walaupun hanya tinggal sebulan sebelum parti itu dilancarkan.
Perhimpunan itu yang menampilkan bekas Menteri Besar Perak, Mohammed 
Nizar Jamaluddin; bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia, Awang Ahmad; 
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad; bekas Setiausaha Pakatan 
Rakyat Perak, Dr Khairudin Abd Malik dan Ketua Pembangkang Dun Pahang, 
Tengku Zulpuri Shah Raja Puri itu hanya mampu menarik perhatian 
kira-kira 200 orang.
Malah terdapat juga sebilangan pengunjung yang meninggalkan perhimpunan
 itu semasa ceramah yang secara amnya 'menzahirkan' kekecewaan kepada 
barisan kepimpinan baharu Pas, khususnya terhadap presidennya Datuk Seri
 Abdul Hadi Awang.
Ahmad atau lebih dikenali sebagai UAA (Ustaz Awang Ahmad) dalam Pas 
berkata beliau tidak nampak bagaimana 'kerosakan' dalam Pas sekarang 
boleh dibaiki kerana 'hasil' muktamar kali ke-61 lalu melahirkan pucuk 
pimpinan yang sukar untuk berubah. 
"Mereka ini duduk sesama mereka dan menamakan diri sebagai ustaz. Saya 
rasa semua tahu bahawa Pusat (Pas) adalah di Kuala Lumpur, tapi sekarang
 adalah di Rusila. Apa sahaja semuanya di Rusila," katanya secara sinis.
Untuk rekod, Abdul Hadi juga adalah Ahli Parlimen Marang dan sering 
memberikan ceramah di Masjid Rusila, di Marang, Terengganu. 
Tengku Zulpuri yang juga Adun Mentakab daripada parti DAP pula mendakwa
 Pas adalah punca kepada krisis dalam Pakatan Rakyat, yang boleh 
menyebabkan mereka 'berundur 20 tahun ke belakang'.
Disebabkan itu, beliau yakin parti baharu yang akan menyertai Pakatan 
Rakyat 2.0 itu kelak akan mendapat sokongan jitu kerana penyokong mereka
 mengharapkan sebuah parti yang bersikap inklusif dan bukan bersikap 
eksklusif seperti diamalkan Pas.
Pendapat itu dipersetujui Khairudin yang mengatakan bahawa sikap 
eksklusif itu akan menjadi punca kepada kejatuhan Pas, selain perbuatan 
memberi gelaran tidak baik kepada ahli yang berani menegur.
"Perbuatan menghina ahli sendiri...menunjukkan contoh yang tidak baik 
kepada orang bukan Islam... Adakah ini sebuah parti yang dikatakan 
Islam?," soalnya.
Mohammed Nizar pula berkata, tindakan Pas akan merugikan masa depan 
parti kerana parti itu tidak mungkin dapat memenangi pilihan raya umum 
lalu tanpa sokongan masyarakat Cina, dan kaum itu menurutnya telah 
kehilangan kepercayaan kepada Pas.
Beliau juga meminta maaf kepada masyarakat Cina kerana 'selepas 
muktamar Pas, harapan untuk menumpaskan Barisan Nasional (BN) terus 
hancur dan mengguris hati mereka untuk terus menyokong Pas'.
"Pas mengambil masa selama 50 tahun untuk mendapatkan keyakinan mereka 
(masyarakat Cina). Selepas 2008, mereka semakin sayang kepada Pas. Saya 
sendiri di Changkat Jering menang dengan 82 peratus adalah sokongan 
masyarakat Cina.
"Muktamar kali ini, pelbagai usul buat orang Cina marah. Mereka kata 
tidak akan sokong lagi. Mana saya nak letak muka? Kalau sekarang saya 
bertanding, saya juga akan kalah," katanya.
Sehubungan itu, Mohammed Nizar berkata, adalah penting sebuah 'kapal' 
baharu ditubuhkan untuk terus mendapatkan sokongan rakyat dalam 
menewaskan BN pada pilihan raya akan datang. 
Meskipun perhimpunan itu kurang mendapat sokongan, Mohammed Nizar 
berkata perhimpunan itu juga dapat didengar secara langsung di Pedas FM 
yang menurutnya didengar sejuta penduduk.
sh
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 
PAS hilang identiti sebagai parti yang berasaskan Islam apabila membiarkan "budaya kempen kotor dan penuh fitnah" dalam pemilihan parti ...
BalasPadamMEMBANGUN BERSAMA KEPIMPINAN CAI yg penuh dgn akhlak membarua, mentolol dan menjebonkan orang lain
Biarkan gmbar yg berbicara... x sampai 200 org yg hadir.??!! Harap penyokong DAP n PKR pun turun padang juga... !!
BalasPadamKIPiDAP !!
BalasPadamKIPiDAP !!
BalasPadamRani kulup kipidap..masuk dap ajelah..islam utamakan hudud bukan dap maupun pakatan..diberi peluang dlm pas mereka lupa diri..ramadhan kareem.
BalasPadam