Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Jun 16, 2015

HOT!! : PAKATAN RAKYAT BUBAR...KERANA PRESIDEN PAS LANGGAR JANJI..

lim guan eng

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Gabungan Pakatan Rakyat yang terjalin sejak 2008 kini sudah tidak wujud lagi, umum Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Guan Eng dalam satu kenyataan media berkata, parti itu menerima keputusan Pas yang meluluskan usul memutuskan hubungannya dengan DAP sekali gus berkata, Pakatan Rakyat kini sudah terbubar.

“Oleh kerana Pakatan Rakyat dibentuk oleh muafakat tiga parti serta terikat dengan rangka dasar bersama, usul muktamar Pas secara berkesan telah menamatkan Pakatan Rakyat.

“Pakatan Rakyat justeru tidak lagi wujud,” ujarnya.

Menurut Guan Eng, perkara itu diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat CEC DAP semalam.

“Pelanggaran janji yang dibuat sendiri oleh Abdul Hadi dalam Pakatan Rakyat iaitu pada Majlis Pimpinan pada 10 Februari bagi membincangkan undang-undang hudud yang dicadangkan oleh Pas dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat di Majlis Pimpinan sebelum dibentangkan kepada Dewan Undangan Negeri Kelantan dilanggar oleh Abdul Hadi.

“… diikuti dengan keputusan bersejarah pada 6 Jun 2015, apabila Muktamar Pas.... pihak berkuasa tertinggi parti, memutuskan untuk menerima usul putus dengan DAP tanpa dibahaskan," tambahnya lagi dalam kenyataan media sama.

Katanya lagi, DAP bagaimanapun akan terus bekerjasama dengan PKR dan semua kuasa-kuasa lain dalam memastikan tampuk pemerintahan negara bertukar tangan.

Sementara itu, PKR dalam respon terhadap kenyataan itu berkata, PKR akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan pendirian parti itu.

Naib Presidennya, Rafizi Ramli berkata , pimpinan PKR di semua peringkat tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehinggalah pendirian parti mengenai perkara ini dimuktamadkan.

sh

5 ulasan:

  1. Pasti PKR memilih DAP kerana DAP lebih menguntungkan dan lebih kuat untuk nya terutama di Bandar dan negeri maju mcm Selangor. Di hutan mungkin lah Pas dominan.

    Apa pun biar lah Pas bergerak sendiri spt kata mat sabu "Kita kan Sudah KUAT " kita akan bertanding diseluruh Negara termasuk Tanjung dan Batu

    Lagi satu cari sebab kenapa DAP serang Lebai Hadi....anda akan tahu jawababnya bagaimana dia bila bermuafakat tapi..........
    MEMBANGUN BERSAMA KEPIMPINAN CAI

    BalasPadam
  2. Presiden bawa petaka dalam PAS dan DUP pula mencari bala untuk ahli PAS yang wala'un teruskan bersama PAS yang mala'un tinggalkan PAS supaya senang presiden dengan ulama serban PAS mengurus PAS dari situ pengundi dan pengikut yang wala'un boleh nilai kemana hala tuju PAS dihari muka mendatang,kami anak muda mungkin akan menjauhi PAS jika hendakkan alim banyak lagi kontemporari yang boleh dicari ,kita sama-sama tunggu dan kemana dan siapa anak muda seperti kami akan sokong dan pilih.

    BalasPadam
  3. Ye setuju.. kita tunggu dan lihat.. hanya anak muda yg x mahu ditarik hidung oleh dap ke sana dan ke mari akan pilih PAS!

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Nampak nya bertepuk tangan lah UMNO dan kemungkinan besar BN akan memenangi lebih 2/3 majority pada PRU akan datang ....

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...