Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Jun 09, 2015

HOT!! : NIK ABDUH KENA SEKOLAH...DENGAN PEMUDA DAP..

 Teo Kok Seong

SHAH ALAM – Dapsy berharap Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengingatkan ahli parti itu kepada matlamat asal gabungan dalam PR.

Ketua Dapsy, Teo Kok Seong berkata, Pas wajar merujuk kembali manifesto PR sebagaimana yang telah dijanjikan ketiga-tiga parti antara DAP, PKR dan Pas.

“Walaupun saranan ini sukar tetapi Nik Abduh perlu membuat demikian kerana beliau ada menyatakan ingin menyambung kembali ikatan antara Pemuda Pas dan Dapsy yang telah ‘membeku’.

“... kalau boleh saya berharap beliau mengingatkan Pas untuk kembali kepada manifesto PR seperti apa yang telah dijanjikan ketiga-tiga parti,” katanya kepada Sinar Online.

Mengakui pernah mengumumkan untuk membekukan hubungan kerjasama antara Dapsy dan Pemuda Pas, Kok Seong berkata, hala tuju atau masa hadapan kedua-dua sayap parti pembangkang itu sukar untuk diteruskan.


Bagaimanapun, Nik Abduh dalam sidang media pada Muktamar minggu lalu berkata, Pemuda Pas berbeza pandangan dengan Dewan Ulama Pas yang mengusulkan supaya Pas memutuskan hubungan dengan DAP.

Malah Nik Abduh memberitahu telah memulakan langkah kembali bersahabat dengan Kok Seong di Parlimen dan berjanji untuk pergi minum kopi bersama.

Ketika ditanya soal itu kepada Kok Seong, beliau akui perkara tersebut namun kewujudan usul yang telah diterima Muktamar Pas menyukarkan jalinan kembali ikatan antara Dapsy dengan Pemuda Pas.

“Tempat duduk beliau (Nik Abduh) dengan saya dalam Parlimen sangat dekat. Cuma, dengan adanya usul yang diterima di Muktamar Pas, amat sukar untuk kedua-dua pihak untuk terus bergerak.

“Muktamar telah memutuskan hubungan dengan kami...memang bertentangan dengan apa yang dikatakan YB Nik Abduh,” katanya.

Ahli Parlimen Rasah ini juga melahirkan kekesalan atas tindakan Pas yang menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa sebarang perbahasan dalam muktamarnya, Sabtu lalu.

“Muktamar itu mewakili semua perwakilan, cuma, yang kita rasa kesal, usul itu diterima tanpa dibahas. Macam mana nak bekerjasama? Bagi pihak DAP, itu memang hak perwakilan untuk membuat sebarang usul.

“Cuma yang kita kesal, mereka mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP. Kalau Pusat telah menerima usul itu, saya pun tak tahu bagaimana gerak kerja

“Usul atau tak usul sudah tidak penting lagi. Apa yang penting, kami menerima pakai fakta di mana Muktamar Pas telah buat keputusan untuk menerima usul tanpa bahas bagi memutuskan hubungan dengan DAP. Itu sudah cukup, tidak payah cerita apa lagi,” katanya.

sh

2 ulasan:

  1. Nik Abduh kena mula guna Otak tuk Ber Fikir

    Biasa kan Ber Fikir

    Orang DAP memang bijak Ber Fikir dan ada Nilai Ekonomi

    Tanpa duit Cina , orang orang PAS makan Kangkong saja

    Jangan lupa cukai Cina yang tanggung Melayu makan minum sampai KIOK kerana Gomen mana ada duit lagi

    Kalau ada Mat Bahalol Melayu tu sudah enjoy sakan sorang sorang 4 2 Bilion

    Nik Abduh jangan jadi BODOH sudah

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...