Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Sabtu, Jun 13, 2015

HOT!! : DRAMA TERKINI NAJIB KAH KAH KAH KAH KAH..

 

Pihak yang membocorkan maklumat mengenai cadangan kenaikan tol lebuh raya telah mengkhianati kepercayaan diberi kabinet, kata Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN di Kuala Lumpur malam tadi, beliau berkata, perbuatan itu menyebabkan berlaku sentimen negatif terhadap pentadbirannya.

Perdana menteri juga menegaskan keputusan menaikkan kadar tol berkenaan belum dimuktamadkan.

"(Kabinet) membincangkan isu ini (semalam) tetapi butirannya seperti bagaimana ia dilaksanakan, akan diputuskan pada beberapa minggu mendatang.

"Justeru apa yang terbocor dari kabinet belum muktamad.


"Malangnya berlaku kebocoran melalui media sosial dan perkara ini digembar-gemburkan," katanya.
Najib juga kecewa apabila ada pihak tertentu yang dianggap tidak beretika serta mengkhianati kepercayaan kerajaan kerana membocorkan maklumat berkenaan.

Sementara itu sumber memberitahu Malaysiakini, majoriti anggota kabinet bersetuju menaikkan kadar bayaran tol untuk 16 daripada 19 lebuh raya di negara ini.

Begitu juga dengan laporan Berita Harian yang menyatakan kadar bayaran tol untuk 16 lebuh raya akan dinaikkan antara 20 sen hingga RM1 mulai Ogos ini.

Bagaimanapun jurucakap pemegang konsesi lebuh raya memberitahu Bernama mereka tidak tahu menahu mengenai perkara berkenaan.

mk

3 ulasan:

  1. Bila naik, berapa naik, hal naik tu yang celaka. Naper marah pulak. tak selamat hidup dunia akhirat.

    BalasPadam
  2. Take APA nail human bayak pun 20 sen me rm1. Masiih mudah jika dibadingkan dengan negara pain,kalau x setuju sila pindah ke negara lain. Msia take her an banyan rakyat pain yg nak tiggal do msia.do trengash laut ada 50k orang lai

    BalasPadam
  3. Bila diperhatikan reaksi pemegang konsesi yang mendakwa tidak tahu menahu.. Mungkin dapat disimpulkan seolah kerajaan tidak lagi mampu menampung subsidi pampasan kepada pihak pemegang konsesi.. Betulkan saya jika salah.. Kerajaan membayar sejumlah pampasan kepada pihak konsesi dalam mengawal kadar bayaran tol yang diminta oleh pihak konsesi kepada pengguna.. Jika diberikan kenaikan kadar tol meskipun tanpa dipinta oleh pemilik konsesi.. Maka anda dapat menilai sebabnya.. Kutipan GST sebanyak 6 billion dalam masa 2 bulan? Kemana arah tujunya..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...