Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, November 25, 2014

BERITA HOT!! RUPANYA MENTERI UMNO TAKUT MATI..HE HE HE..


http://biz-55.webs.com/
 
Menegaskan Sabah tidak selamat, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dilapor berkata beliau tidak akan pergi ke negeri di bawah bayu itu tanpa pengawal peribadi.

“Tanpa pengawal peribadi, saya tak akan pergi ke timur Sabah,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Sinchew Daily, edisi atas talian.

Malah, walaupun bawah perlindungan pengawal peribadi, beliau berkata tidak akan dapat tidur nyenyak ketika melawat negeri di Pulau Borneo itu.

Katanya, kewujudan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menunjukkan bahawa tempat itu tidak selamat.

Beliau juga dilaporkan berkata lebih baik bersikap jujur terhadap perkara itu daripada menyembunyikannya.

Katanya, selain mempromosikan pelancongan, beliau juga bertanggungjawab memastikan keselamatan pelancong di Malaysia.

“Saya hanya akan bercakap benar, walaupun di parlimen. Sesetengah orang tidak gembira tetapi itu utusan mereka,” beliau dipetik sebagai berkata.
 
mk

1 ulasan:

  1. Bukan saja pengakuannya dia takut mati tapi juga mengesahkan dalam parlimen menteri2 Umnob tidak bercakap benar.
    "Saya hanya akan bercakap benar,Walaupun diparlimen...."
    Tembelang dah pecah.....apa bau ni?

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...