Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Julai 01, 2014

[ PANAS!! ] KERAJAAN MALAYSIA TIDAK MATANG KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH...

Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian berkata arahan Kementerian Pelajaran agar pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) meletak jawatan atas hasil penyelidikan beliau menunjukkan rasa tidak selamat, kurang matang di pihak mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 1 Julai, 2014.
Arahan Kementerian Pelajaran agar pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) meletak jawatan atas hasil penyelidikan beliau menunjukkan sikap kurang matang kerajaan, keyakinan dan tidak ikhlas dalam menghadapi fakta penting, kata penganalisis politik.

Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian berkata, kerajaan seolah-olah tidak dapat menerima pendapat yang berbeza di kalangan orang ramai, sebuah petunjuk kepada demokrasi yang matang. "Ia menunjukkan rasa tidak selamat, kurang matang di pihak mereka. Saya tidak tahu apa yang berlaku, dan apa alasan mereka meminta beliau meletakkan jawatan," kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider.

 "Tetapi ia menunjukkan mereka tidak boleh menerima kritikan, walaupun daripada ahli akademik. Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman seorang yang terpelajar, individu penting yang memberi sumbangan besar dalam penyelidikan." The Malaysian Insider semalam melaporkan Redzuan, seorang penganalisis politik terkemuka, bukan hanya diperintahkan meninggalkan jawatan pengarah UMcedel, tetapi kontrak beliau sebagai dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) di Universiti Malaya juga tidak diperbaharui.

 Ini jelas berpunca daripada hasil penyelidikan Redzuan di UMcedel yang membuatkan Putrajaya tidak senang hati sejak beberapa tahun, dengan penemuan kaji selidik terhadap politik Malaysia yang menunjukkan imej buruk pemerintah Barisan Nasional (BN). Tetapi Ibrahim mengesahkan kajian UMcedel bebas daripada berat sebelah, dan berkata penemuannya sama dengan tinjauan dilakukan Merdeka Centre sendiri.

 "Daripada apa yang saya lihat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat perbezaan antara cara Umcedel mengumpul sampel berbanding Merdeka Centre. "Tetapi sebahagian besar, kami mengesahkan kaji selidik mereka yang serupa dengan kami, penemuannya tidak jauh berbeza," kata Ibrahim. Beliau berkata tekanan berterusan kerajaan terhadap ahli akademik dan institusi pengajian awam (IPTA) tidak memberikan petanda yang baik bagi masa depan pendidikan Malaysia. "Ia menghantar isyarat yang salah kepada para pelajar dan ahli fakulti.

 Ia menunjukkan anda lebih selamat menyenangkan hati orang yang berkuasa berbanding bercakap benar,” kata Ibrahim. Beliau menambah jika kerajaan berterusan bersikap begini, ia akan memperjudikan kualiti pakar di Malaysia serta kedudukan universiti. "Ia hanya menunjukkan bahawa akhirnya, yang berkuasa kebanyakannya berminat untuk mengekalkan kuasa, bukan mendengar kebenaran," kata Ibrahim.

 Wan Saiful Wan Jan, ketua pegawai eksekutif (CEO) Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Akademik (Ideas), bersetuju dengan pandangan Ibrahim.
 "Saya tidak akan berkata kerja Profesor Dr Mohamad Redzuan Othman pro-pembangkang atau pro-kerajaan. Saya berpendapat, beliau hanya melaporkan fakta," katanya kepada The Malaysian Insider. "Dan apabila orang tidak suka fakta statistik dibentangkan kepada mereka, maka saya khuatir mereka tidak boleh menjadi pembuat dasar.

" Satu kajian yang dikatakan menggegarkan BN dijalankan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), di mana hasil kajian menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketinggalan di belakang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 Najib menafikan penemuan itu dan ramai penyokong BN mempersoalkan metodologi yang digunakan. Wan Saiful berkata, adalah perkara biasa bagi ahli politik tidak berpuas hati dengan hasil penyelidikan dengan menyalahkan metodologi, tidak kira bagaimana ia bersifat saintifik dan jelas sekalipun. "Apabila ia berkaitan penyelidikan dan metodologi, saya akan memilih kata-kata seorang profesor universiti dan bukannya ahli politik

. "Jika ahli politik berkenaan bagus dalam metodologi, maka mereka harus membuka firma penyelidikan sendiri dan bukan menjadi ahli politik." Wan Saiful menambah, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan mesti segera memburu "Napoleon Kecil" yang bertanggungjawab terhadap penyingkiran Redzuan, dan memecat mereka. "Jika ahli politik di belakangnya, maka kita harus ingatnya apabila mengundi dalam pilihan raya umum akan datang," katanya. "Jika ia datang dari Kementerian Pendidikan, maka ia menunjukkan jenaka jenis apa yang kementerian lakukan, selepas bercakap tentang pembaharuan pendidikan tinggi dan lain-lain.

" Bagaimanapun, beliau menggesa orang ramai menunggu jawapan rasmi daripada kementerian sebelum membuat sebarang tuduhan terhadap mereka, menyatakan keputusan itu boleh dibuat di peringkat yang lebih rendah, bahkan oleh naib canselor UM. Apabila ditanya apakah ia perkara biasa bagi kerajaan di seluruh dunia mengeluarkan ahli akademik dengan pandangan yang bertentangan, Wan Saiful berkata: "Cubaan membandingkan Malaysia dengan trend global adalah satu kerja yang sia-sia.

 "Di mana negara lain di dunia sedang bergerak ke arah autonomi, pengagihan kuasa, Malaysia masih menggunakan gaya Soviet bagi pendidikan tinggi. Kerajaan mengawal segala-galanya. " Beliau berkata, satu-satunya cara bergerak ke hadapan adalah kerajaan mengagihkan kawalan institusi pengajian tinggi. "Kerajaan perlu melangkah ke belakang dan mengakui mereka tidak boleh mengawal dari pusat jika mahu menjadi lebih baik.

 "Berikan sepuluh tahun lagi, dan anda akan mendapati universiti swasta akan menjadi lebih bagus berbanding universiti awam. Ini kerana mereka mempunyai autonomi dalam melakukan apa yang mereka inginkan," kata Wan Saiful. Dr Arnold Puyok, ahli akademik Universiti Malaysia Sarawak, bersetuju bahawa campur tangan politik hanya akan melemahkan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia.

 "Saya berharap melihat universiti dibenarkan beroperasi sendiri, akan diberi lebih autonomi dan kebebasan intelektual dibenarkan berkembang. Kita tidak sepatutnya mempunyai sebarang campur tangan ahli politik dalam hal ehwal pelajar dan pensyarah. "Kita melihat dan membaca laporan di mana beberapa ahli politik mempunyai pengaruh ke atas universiti, dan beberapa pelajar juga takut untuk bersuara secara kritis dan membina kerana sekatan tertentu.

" Beliau berkata, adalah perkara biasa bagi penganalisis seperti dirinya dan Redzuan menerima aduan daripada ahli politik BN dan Pakatan Rakyat (PR) atas kerja mereka, terutama jika kritikal terhadap mereka. Puyok berkata, beliau melihat kerja Redzuan dan mendapati ia neutral, walaupun mengkritik kerajaan.

 "Tetapi saya fikir itu tugas seorang ahli akademik; kita mesti dibenarkan melakukan penyelidikan sendiri, bebas, dan mesti dibenarkan berkongsi penemuan dengan orang ramai. "Jika ada yang tidak gembira, mungkin apa yang mereka boleh lakukan ialah melibatkan diri dengan ahli akademik itu." Beliau menggesa ahli akademik lain agar tidak tunduk kepada tekanan politik dan terus menjalankan tugas mereka.

 "Kita perlu terus melakukan apa yang diminta – meneruskan penyelidikan, berkongsi pengetahuan dengan pelajar dan masyarakat, mengajar. "Tidak kira betapa sukarnya bagi kerajaan menerima penemuan, jika ia baik untuk negara dan kerajaan, mereka harus menerimanya.

 "Tetapi sudah tentu kita perlu bertanggungjawab dengan fakta-fakta dan kajian. Bercakap benar, tetapi biarlah ia dikawal oleh etika," kata Puyok. – 1 Julai, 2014.

tmi

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...