Selasa, Julai 22, 2014

[ Berita Malam ] MB Selangor “Saya bekerja untuk rakyat dan tunaikan tanggungjawab MB”

 MB

KUANG, 22 JULAI: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengulangi kenyataan beliau bahawa penggantian dan pelantikan Menteri Besar perlu mematuhi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.
Bercakap kepada media di Masjid Kampung Sungai Serai Abdul Khalid berkata, perkara ini juga terserah kepada rakyat Selangor.

“Walau bagaimanapun saya ingin menyatakan bahawa saya akan menjadi Menteri Besar kalau tidak diganti saya akan teruskan.

“Tapi penggantiannya diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor (DNS),” katanya kepada media.
Kata Adun Pelabuhan Klang ini lagi, beliau sejak awal lagi teguh dengan pendirian menyertai PKR bagi meneruskan reformasi dan membantu rakyat.

Beliau menambah, tugas sebagai Menteri Besar akan diteruskan dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah.

“Saya tidak (terasa hati). Ini adalah politik dan saya masuk PKR kerana reformasi.
“Saya ingin bekerja untuk rakyat dan saya akan tunaikan tanggungjawab saya sehingga tidak diminta untuk tidak melakukan tanggungjawab tersebut.

“Saya juga sangat seronok perkara ini. Boleh jadi tahun akan datang saya dapat berehat dengan cucu-cucu saya,” katanya dengan nada bergurau.

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata keputusan menamakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar adalah keputusan PKR dan mereka perlu menghormati PAS Selangor sebagai komponen dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Itu keputusan PKR, bukan keputusan Pakatan Rakyat. Bermakna sebarang keputusan kepimpinan negeri adalah dipulangkan kepada PR,” katanya.

Sebelum ini katanya, PAS Selangor dan Pusat tidak mencapai apa-apa keputusan mengenai pertukaran Abdul Khalid dan Wan Azizah.

sk

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng