Exco Media Demi Mahasiswa Unisel, Muhammad Ikmal Ahmad, berkata mahasiswa Unisel menggesa kemelut ini diselesaikan serta merta dan
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diberikan peluang menamatkan penggal keduanya melalui mandat yang diberikan rakyat selangor.
Beliau berkata jika PR masih mahu menukar posisi Menteri Besar, maka ia perlu dilakukan secara berhemah dan melalui saluran yang betul.
“Kami Demi Mahasiswa Unisel melihat prestasi Abdul Khalid masih memuaskan dengan pembangunan negeri dan Unisel dalam keadaan yang terbaik.
“Abdul Khalid mendapat sokongan mejoriti rakyat selangor terutamanya mahasiswa selangor dengan kajian terbaru diadakan terhadap mahasiswa Unisel memperlihatkan 73 peratus mahasiswa menyokong kepimpinan beliau,” katanya dalam kenyataan media.
Ikmal berkata, beliau mencadangkan supaya PR menyelesaikan masalah ini di peringkat dalaman parti tanpa membelakangi pandangan rakyat secara menyeluruh.
“Tan Sri Khalid terkenal dengan sifat ramah mesranya terhadap rakyat lantas ini menimbulkan kerisauan terhadap sokongan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Hal ini perlu diberi perhatian khusus oleh Pakatan,” katanya lagi.
sk
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...