Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Julai 04, 2014

[ Isu Selangor ] Apa kata Orang Yang berhati Mulia.. Wajib Baca..

Abdul Rani Osman

SHAH ALAM - Di sebalik pelbagai desakan malah 'orang kuatnya' pula dikenakan tindakan dalaman parti, seorang Adun di Selangor berkata, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu diberi peluang untuk bangkit memulihkan kepincangan yang berlaku.

Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman berkata, setiap pemimpin ada kelemahan tersendiri dan perkara itu adalah biasa kerana tidak ada pemimpin yang 100 peratus betul.

“Beri peluang kepada Abdul Khalid laksanakan perancangannya untuk kebaikan semua. Bukannya parti sendiri menekan dari dalam. Cuma Abdul Khalid kena ingat bahawa dia naik atas nama parti,” ujar bekas pesuruhjaya Pas itu.

Beliau mengulas desakan segelintir pimpinan PR Selangor yang seolah-olah mahu menamatkan kerjaya politik Abdul Khalid akhir-akhir ini.

Abdul Rani turut menempelak sikap segelintir pemimpin PR yang berhasrat menggulingkan Abdul Khalid kerana tewas dalam perebutan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor, baru-baru ini.

“Kalah di cabang bukan alasan untuk minta Abdul Khalid berundur, perkara ini normal dan tidak perlu wujud pertikaian.

"Lagipun bukan beliau seorang sahaja pimpinan yang tewas di peringkat cabang, ramai lagi yang tewas dan tidak menjadi masalah pun,” katanya.

Menurutnya, setakat ini isu pertukaran jawatan Menteri Besar Selangor dan perbincangan calon gantian belum pernah dibincangkan lagi.

“Kita belum pernah bincang pun, calon pun belum tahu siapa malah dari parti mana pun tidak pernah dibangkitkan.

“Ini kerana suara-suara yang mahukan MB (Menteri Besar) ditukar bukanlah suara konsensus majoriti rakan PR dan ada kalangan rakan pakatan sendiri tidak mahu posisi MB ditukar," katanya.

Ketika ditanya kelayakan Mohamed Azmin Ali menggantikan kedudukan menteri besar, katanya, Adun Bukit Antarabangsa itu juga mempunyai kelemahan tersendiri, malah sesiapa sahaja layak menduduki jawatan MB.

“Kita tunggu saja keputusan konsensus PR, hal ini memerlukan persetujuan ketiga-tiga parti,” katanya.

Sementara itu, Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan pula berkata, pertikaian seumpama ini wajar mendapat kata sepakat dari ketiga-tiga rakan PR dan bukannya berlandaskan desakan emosi semata-mata.

“Isu serius seperti ini mesti dibincang dan diputuskan bersama, bukan diambil berlandaskan pandangan peribadi sesetengah pihak sahaja, ini tidak adil.

“Lepas berbincang, kita akan terima dan yang penting adalah konsensus,” katanya

sh

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...