Rabu, Julai 16, 2014

[ Isu MB Selangor ] PANAS!!!! PAS NAFIKAN LAPORAN BERITA ASTRO AWANI....SAH!!! MENIPU!!

 

  Timbalan Presiden PAS Mohamed Sabu nampaknya bersikap terbuka terhadap isu perubahan kepimpinan dalam kerajaan negeri Selangor, dengan berkata perubahan seumpama itu bukanlah perkara baru.

Sekalipun jika berlaku perubahan dalam kepimpinan, tidak sepatut ada masalah, katanya sambil menambah ianya pun berlaku di Terengganu.

Beliau menegaskan demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa di Kepala Batas semalam.

Bagaimanapun, katanya, majlis kepimpinan Pakatan Rakyat masih belum membincangkan isu menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pakatan, katanya, perlu membuat keputusan segera mengenai perkara itu sebelum situasi itu dieksploitasikan lebih lanjut oleh musuh gabungan itu.

Ditanya mengenai laporan TV Astro Awani yang berkata DAP dan PAS menyokong Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali untuk mengisi jawatan menteri besar itu, Mohamad yang juga pesuruhjaya PAS Pulau Pinang berkata keputusan muktamad akan dibuat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan itu memetik sumber yang mendakwa bahawa Presiden
PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang telah disebut-sebut untuk menggantikan Khalid, akan digugurkan kerana pemimpin PAS dikatakan tidak menyokong wanita menjadi menteri besar.

Mat Sabu menafikan laporan itu dan mengatakan bahawa Pakatan masih belum membincangkan secara serius tentang pertukaran menteri besar Selangor.

Bagaimanapun, Mat Sabu berkata, isu itu dibangkitkan dalam PAS dan "kami mendengar pelbagai pandangan dari wakil-wakil parti itu di Selangor", di mana ada sesetengahnya mahukan perubahan dan yang lainnya mengatakan tidak ada keperluan untuk itu.

"Kepimpinan PAS pusat masih belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara ini," katanya.


mk

1 ulasan:

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng