SHAH ALAM, 23 JULAI: Di sebalik keprihatinan rakyat dengan
perkembangan tragedi MH17 dan konflik di Gaza, rakyat juga masih sempat
meluahkan rasa masing-masing berhubung cadangan menukar Menteri Besar
Selangor.
Tinjauan Selangor Kini di laman sosial Facebook mendapati ramai rakyat yang keliru dengan cadangan itu malah ramai juga yang memohon penjelasan lanjut.
Rata-rata rakyat termasuk yang bukan berasal dari Selangor terus
menyatakan sokongan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkan
sebagai pemimpin yang sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat serta
seorang pemimpin yang sukar dicari ganti.
“Mereka perlu menyatakan dimanakah relevannya TSKI harus digantikan
dengan calon lain. Sepanjang lebih satu penggal pentadbiran yg diketuai
TSKI di Selangor telah menunjukkan banyak peningkatan dari segi ekonomi,
pendidikan dan sosial ke tahap yang amat memberangsangkan.
“Kecemerlangan pentadbiran oleh TSKI dapat diakui meski dari pihak
kawan mahupun lawan. Setakat 14 orang Menteri Besar Selangor sebelum
ini, TSKI adalah yang paling terbaik tanpa dicemari isu-isu rasuah,
kronisme dan sebagainya,” kata Ar May Asyraf.
“Teruskan bertugas dengan profesional Tan Sri. Kami rakyat Selangor
terutama yang di Shah Alam menyokong pemimpin yang mendahulukan
kepentingan rakyat kerana Allah, bukan kerana parti,” luah Roslina Abdul
Rahman.
“Saya rakyat Perak, tapi dah 12 tahun mencari rezeki di Selangor.
Saya nak nyatakan saya bangga, yakin dan sokong pentadbiran dan
kepimpinan Tan Sri di Selangor,” kata Noor Halini Baharim.
“Sayangnya dan benar-benar kerugian jika Selangor kehilangan seorang
MB yg berkaliber, bijak mengatur kewangan dan ekonomi Negeri Selangor,
amanah dan telus. Moga terus dikekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim. Saya
bukan penduduk Selangor pun tahu menghargai dan kagum akan beliau
sementelah rakyat Selangor sendiri,” kata Lina Latip.
Selain itu, kewibawaan Abdul Khalid juga turut dikagumi dan menerima
sokongan mereka yang pro Umno-BN dan yang berada di atas pagar.
“Saya bukan penyokong PR tapi saya kagum dengan kepimpinan Tan Sri
selama ini yang lebih mengutamakan rakyat dari kepentingan parti, untuk
buat pertukaran dalam masa terdekat ini bukanlah satu pilihan terbaik
tetapi sekiranya pertukaran dibuat selepas pilihan raya nanti itu adalah
hak parti. Kita tak mahu nanti terjadi sedikit salah paham seperti di
Terengganu dulu,” luah Joy Chanis.
“Walaupun saya pro-kerajaan namun sebagai anak jati Selangor negeri
bertuah ini saya cukup berbangga dengan kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid
Ibrahim sebagai MB dan saya berharap Tan Sri akan kekal sebagai MB
Selangor. Pentadbiran di bawah Tan Sri terurus dan membangun malah
kebajikan rakyat terpelihara, syukur alhamdulilah,” kata Areel Rahman.
sk
Rabu, Julai 23, 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Senarai Blog...Geng
-
Jangan jadi seperti Neelofa, PM ‘warning’ pengunjung bazar Ramadan patuhi SOP - [image: Jangan jadi seperti Neelofa, PM ‘warning’ pengunjung bazar Ramadan patuhi SOP] April 15, 2021 Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin men...39 minit yang lalu
-
MAHIADDIN BAKAL JADI NAJIB KEDUA…. - Ketika ini sedang bertebaran di media sosial satu klip video kunjungan Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin ke bazar ramadan di Precint 3, Putrajaya semal...Sejam yang lalu
-
‘YB Hulk’ hilang sabar, ‘amuk’ peniaga bazar Ramadan Melaka - FMT ReportersNorhizam Hassan Baktee dilihat bertengkar dalam klip video yang tular, semalam.MELAKA: Seorang anggota exco yang dilihat “memarahi” peniaga di...Sejam yang lalu
-
Najib Gagal Lindungi Wang Pesara - PUTRAJAYA: Pihak pendakwaan semalam menghujahkan Datuk Seri Najib Razak ketika menjawat jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan gagal melindungi d...2 jam yang lalu
-
Bekas Penyerang Berbisa Tok Gajah, Dickson Nwakaeme Seru Sri Pahang Lakukan Sesuatu - KUALA LUMPUR - Bekas Penyerang berbisa Sri Pahang, Dickson Nwakaeme, menyifatkan pasukan itu sebagai tidak sepatutnya terhimpit dengan situasi penyingkir...Sehari yang lalu
-
Pintu Ajal Belum Terbuka - *Bab Keempat (i)* *TERIMA KASIH TONSIL* TIDAK pasti apakah semasa kecil aku menghidap radang tonsil atau tidak? Mungkin berlaku, sebab ghalibnya tonsil ...Sehari yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...4 minggu yang lalu
-
Xiaomi Mi 10T Pro 8GB+256GB Official Warranty 2 Year with 6 Months 1 to 1 Screen Crack - BERMINAT BOLEH ORDER DI SINISebulan yang lalu
-
-
-
BUKAN SOAL ANWAR GILA INGIN JADI PERDANA MENTERI, INI SOAL REFORMASI YANG DIA HARUS PIMPIN. - Hari ini saya dan beberapa ahli parti telah menziarahi seorang ahli kami yg kurang sihat. Tambahan pula, keluarganya sedang menghadapi kesulitan kewangan...5 bulan yang lalu
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com10 bulan yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...3 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang yan...3 tahun yang lalu

PKR khasnya Anwar dah jadi sasau kerana gila nak tukar MB TSKI. Tanpa TSKI sokongan rakyat kepada PR tak sebaik PRU yang lalu. Anwar telah mengatur beberapa langkah sebelum ini untuk menumbangkan BN, tetapi semua langkahnya gagal dan dapat dipatahkan oleh BN. Kali ini beliau menyusun langkah untuk menumbangkan panglimanya sendiri apabila tidak dapat menumbangkan BN. Sedarlah... langkah ini juga akan menemui kegagalan khususnya kepada PR. Rakyat akan melihat PR bukan parti politik yang berjuang kerana rakyat... tapi berjuang mengikut hawa nafsu Anwar dan kuncu2nya. Rakyat dah mual dengan permainan politik ini dan akhir nanti jangan salahkan rakyat atau TSKI kalau pilihan raya akan datang rakyat berpihak kepada BN.
BalasPadamRamai yang pandang TS Khalid hanya pada kulit saja. Itu sebabnya mereka kata TS Khalid pemimpin yang berwibawa. Mereka tidak sedar bahawa kelakuan TS Khalid sudah berubah. Memperlecehkan kawan-kawan sendiri tapi dalam masa yang sama memberi penghormatan pada musuh politik.
BalasPadamSemua perbincangan yang berkaitan dengan kerajaan pusat TS Khalid buat secara bersendirian..... ini memberi gambaran bahawa TS Khalid sedang merancang sesuatu yang lebih mementingkan perut sendiri semata-mata tanpa mempedulikan lagi bantahan yang diberi oleh parti PKR.
Apa yang dibelanjakan oleh TS Khalid kepada rakyat adalah duit dari kerajaan negeri yang dikumpulkan melalui cukai dan keuntungan dari syarikat GLC Selangor. Oleh kerana itu TS Khalid hanyalah orang perantaraan saja sama dilakukan oleh Najib melalui BR1M.
Oleh kerana itu tidak timbul soal keprihatinan TS Khalid terhadap rakyat Selangor kerana sesiapa yang menjadi MB Selangor boleh melakukannya. Cuma yang tidak melakukan pengaihan secara adil adalah MB dari UMNO Baru.
Apa yang orang ramai yang tidak nampak ialah perbuatan rasuah yang bakal dilakukan oleh TS Khalid dalam meluluskan semua projek dari kerajaan pusat. Perbuatan menerima rasuah belum berlaku tapi ia akan berlaku berasaskan dari kenyataan yang dikeluarkan oleh TS Khalid yang berdolak-dalik terhadap beberapa projek yang dianggap sensitif dan kontroversi.
Apa akan jadi pada kerajaan negeri Selangor kalau menteri besar makan rasuah dari musuh politik nya ?
Admin nak dengar dari mulut pemimpin PRK sendiri..kalau sekadar maklumat dan tuduhan dengan mengunakan Tanpa Nama.. admin anggap maklumat sampah...dari umnobn...he he he he...
PadamSaya setuju dengan pandangan saudara. Diharap rakyat berpandangan jauh dalam menangani isu ini.
PadamGILA KUASA....
PadamParti
Keluarga
Rosak...
DAP dan PAS hormati PKR calunkan Kak Wan sebagai MB. Dalam keputusan bersama belum pasti lagi. Rakyat Selangor bukan semua ahli PR ... jika sibuk berbalah ... ada kemungkinan Selangor melayang dari PR ..
BalasPadam