Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Julai 08, 2014

[ BERITA PAGI ] Presiden PKR perlu tegas, banteras fitnah dalam PKR

Mazli Saring, Presiden Penaja Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong MB (Pasmeb) bercakap kepada media di hadapan IPD Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Shafiq Safiee, 7 Julai, 2014.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail digesa supaya bersifat lebih tegas dan memberi amaran kepada anggota parti untuk tidak melakukan tindakan menyebarkan fitnah kerana ia mampu menghuru-harakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor, kata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) penyokong Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

 Pakatan anak-anak Selangor menyokong menteri besar Selangor (Pasmeb), Mazli Saring hari ini berkata, sejak pemilihan PKR berlangsung sehingga hari ini, pelbagai fitnah dan isu kepimpinan Khalid mula timbul dan menjadi pertikaian.

 "Saya nasihatkan presiden berikan arahan tegas, jelas kepada anggota supaya jangan keluarkan isu berbahaya. Rakyat nak hidup aman damai. "Bukan setakat budak nakal ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, kesinambungan pemilihan PKR membuatkan perkara seperti ini berlaku.

"Kalau mahu tukar menteri besar sekalipun tunggu hingga habis penggal," katanya, selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam terhadap penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu berhubung perletakan jawatan Khalid hari ini.

 "Laporan polis ini dibuat terhadap SMS menggunakan nama Bernama tentang laporan palsu dan fitnah yang mengatakan Khalid akan meletak jawatan jam 2 petang ini, "Tapi sehingga hari ini beliau masih belum meletakkan jawatan.

 "Tujuan fitnah ini cuba menghina institusi beraja di Selangor. Saya berkeyakinan, pihak yang buat kenyataan ini ada niat buruk kepada menteri besar," katanya. Sejak malam tadi, SMS palsu diedarkan mengatakan Khalid akan menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Sultan Selangor.

 Kemudian, individu yang tidak bertanggungjawab kemudiannya menggunakan nama Bernama, agensi berita nasional mengatakan Iskandar Samad akan dilantik sebagai menteri besar menggantikan Khalid. Bernama bagaimanapun menafikan melakukan perkara itu.

 "Saya bukan menuduh, tapi kerana krisis yang terjadi ini disebabkan PKR, krisis kepimpinan menteri besar," kata Mazli. Mazli berkata, pihaknya tidak menolak motif fitnah itu adalah bagi melaga-lagakan institusi beraja dan kerajaan negeri Selangor.

 Mazle turut membawa salinan keratan akhbar Malaymail bertajuk "Khalid Will Resign as Menteri Besar today?" ketika membuat laporan polis tersebut. "Saya yakin mereka dapat info daripada orang yang sama, dan daripada PKR," tambahnya. – 7 Julai, 2014.

tmi.

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...