Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Julai 25, 2014

[ EKSKLUSIF Selangor Kini ] Kemelut kerusi MB jejaskan sokongan PRU 14 dan Elakkan dari berita Fitnah..

Abdul KhalidSHAH ALAM, 25 JULAI: Prestasi Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 bakal terjejas jika kemelut penukaran Menteri Besar Selangor tidak dijalankan secara tertib.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Enakmen Kerajaan Negeri Selangor memperakui bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor adalah penentu individu yang akan mengepalai pentadbiran kerajaan Selangor.
“Kalau perkara ini tak diselesaikan dengan penuh tertib dan penuh adab, tentulah ia menjejaskan bukan sahaja Pakatan di Selangor tetapi (keseluruhan) Pakatan pada PRU-14.
“Saya berdoa dan berharap perkara ini dapat diselesaikan dengan penuh tertib dan bertanggungjawab, mengikut lunas Enakmen Kerajaan Negeri Selangor,” katanya.
Beliau berkata, semua pihak mesti menerima hakikat betapa  Selangor ada tatacara pelantikan yang penuh tertib dalam Enakmen Kerajaan Negeri Selangor.

“Rakyat perlu meneliti dengan penuh bertanggungjawab dan jangan pula mengikuti berita fitnah ataupun berita tidak benar
“Sudah tentu Kerajaan Negeri dan pihak Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor akan mengikuti tatacara itu dengan penuh tertib dan penuh bertanggungjawab,” katanya.
MB Khalid Ibrahim Rakyat 01Beliau berkata demikian pada wawancara khas bersama Selangor Kini baru-baru ini sempena sambutan Aidilfitri.
Beliau berkata, corak pentadbiran sedia ada disokong rakyat berdasarkan peningkatan jumlah kerusi Pakatan pada Pilihan Raya Umum ke-13 pada 2013.
Katanya, Pakatan mengukuhkan kedudukan sebagai kerajaan dengan majoriti dua pertiga apabila menang 44 berbanding 36 kerusi kerusi pada 2008, daripada keseluruhan 56 kerusi.
“Ini adalah pilihan rakyat. Oleh sebab itu, PKR perlu meneliti dari segi pemilihan rakyat,” katanya.
sk 

ADMIN : ELAKKAN BERITA FITNAH ISU MB SELANGOR DAPATKAN TERUS BERITA DI SELANGOR KINI.

1 ulasan:

  1. Teruskan perkhidmatan cemerlang Tan Sri, Kakitangan kerajaan negeri selangor menyokong penuh TSKI sebagai Menteri Besar Selangor.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...