SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak kisah jika Adun membuat undi tidak percaya terhadap dirinya kerana perkara itu dibenarkan dalam enakmen negeri.
Beliau berkata, undi tidak percaya semestinya termaktub dalam enakmen negeri Selangor dan tidak akan gentar mengenai perkara itu.
“Ya...sudah ada dalam peruntukan. Apa saja pun boleh dibuat jika mengikut peruntukan,” ujarnya ringkas selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Media di Hotel Holiday Villa, semalam.
Media semalam digemburkan dengan desas-desus mengatakan Mesyuarat Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor semalam diadakan bagi membincangkan masa depan Abdul Khalid sebagai menteri besar dan dikatakan selepas mesyuarat diadakan, sidang media khas diadakan bagi Adun mengemukakan undi tidak percaya terhadap Abdul Khalid.
Namun menurut Pengerusinya, Mohamed Azmin Ali berkata perkara itu tidak berlaku sama sekali.
“Kita hanya akan membincangkan kedudukan Abdul Khalid sekiranya perlu, ia akan dilakukan secara kolektif,” kata Azmin.
sh
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...