Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Julai 02, 2014

[ Berita Pagi ] Pegawai penyelaras DUN Pelabuhan Klang Jawab Desakan MP Bukit Katil

 

Desakan MP Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan, melangkaui arahan ketua umum PKR agar pemimpin parti berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan mengenai jawatan menteri besar Selangor, kata pegawai penyelaras DUN Pelabuhan Klang, Faekah Husin.

Katanya, arahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikeluarkan sebaik sahaja Shamsul mendakwa wujudnya kesepakatan dalam Pakatan Rakyat untuk menggantikan Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang, sebagai menteri besar Selangor.

Selain itu, kata Faekah, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad juga membuat kenyataan balas dengan berkata parti itu tidak pernah menyerahkan kepada pemimpin lain dalam Pakatan bagi membuat keputusan bagi  pihak parti itu.

"Kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh Shamsul Iskandar ini secara dasarnya telah mencarik kesepakatan dalam Pakatan dan merosakkan imej PKR di mata rakyat," kata Faekah dalam satu kenyataan

"Sewajarnya, beliau tahu batas dan kaedah yang harus digunakan sebagai anggota biro politik parti, apatah lagi kenyataan secara terangan bertujuan menyerang dan memburukkan imej rakan kepimpinan beliau dalam biro politik sendiri, iaitu Tan Sri Abdul Khalid," tambahnya.

Jika hujah Shamsul bahawa Khalid harus mengambil tanggungjawab moral untuk melepaskan jawatan menteri besar, Faekah bertanya, bagaimana pula dengan Dr Daroyah Alwi.

"Bukankah beliau juga kalah dalam pertandingan Ketua Cabang Kapar? Adakah Dr Daroyah juga perlu melepaskan jawatan exco kerajaan negeri Selangor hanya semata-mata kalah dalam pertandingan Ketua Cabang?

"Bagaimana pula halnya dengan ketua umum dan presiden PKR sendiri yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di peringkat cabang?

"Wajarkah kredibiliti mereka untuk memimpin parti dan menjawat jawatan sebagai ketua pembangkang dipertikaikan hanya semata-mata tidak berjawatan di cabang?" soalnya lagi.

Sehubungan itu, Faekah berkata Shamsul perlu bersikap objektif dan "sebagai peguam, beliau sepatutnya telah sedia maklum tentang legitimasi yang diperlukan untuk menjawat jawatan menteri besar".
 


mk

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...