Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Jumaat, Julai 11, 2014

Ketua Umno Cheras Gila mencari publisiti murahan..he he he he...

SHAH ALAM, 9 JULAI: Tindakan Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Alhabshee yang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar dilihat hanya bersifat politik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata kenyataan itu bukan sahaja bersifat politik, tetapi sebagai satu publisiti murahan.

Katanya, kenyataan yang dikeluarkan itu juga tidak ikhlas mempertahankan Abdul Khalid.

ngsueelim 

“Kenyataan itu hanya bersifat politik dan mencari publisiti murahan sahaja. Saya yakin beliau (Syed Ali) hanya ingin menangguk di dalam air yang keruh, bukan ikhlas dan benar-benar pertahankan Abdul Khalid,” katanya kepada Selangor Kini.


Suee Lim berkata, jika Syed Ali benar menyokong Abdul Khalid, sewajarnya dalam Pilihan Raya Umum akan datang tiada calon Barisan Nasional (BN) bertanding di negeri itu.

“Saya cabar beliau beritahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya pilihan raya akan datang jangan biarkan calon BN bertanding di Selangor,” katanya.

Semalam, Ketua Umno itu mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim supaya beliau meneruskan tugas sebagai orang nombor satu di negeri itu.

Beliau berkata, bekas tokoh korporat itu perlu terus mentadbir kerana rakyat memberi kepercayaan kepadanya bagi penggal kedua.

sk

3 ulasan:

  1. YB Eng saya meminati gaya anda dalam berpolitik, tapi nampak YB telah tersasar.. Pujian yg diberikan oleh Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Alhabshee merpakan satu indikatif yg jelas bahawa sememang nya TSKI ,erupakan seorang MB yang telah menjalankan tugas yg baik, berhemah dan berhati dlm mengurus dana rakyat negeri Selangor. Bagi kami rakyat Selangor amat berbangga di atas pujian tersebut dan ini adalah menifestasi tepat kebenaran rakyat Selangor memilih PR dan TSKI menjadi MB. Apa masalah Yb dengan pujian tersebut...Apakah YB rasa terhina kerana YB yak pernah mendapat pujian dari sebelah sana? Sepanjang ingatan saya belum pernah ada seorang MB pun di dalam Malaysia ini, baik di semenanjung mahu pun Sabah/Serawak yang ada telah memberi perkhidmatan yg begitu cemerlang seperti Khalid, yg telah mmbawa Selangor kearah negeri yang maju di samping tidak membelakangkan nilai2 kehidupan baik dari segi sosial dan ekonomi rakyat Selangor. Berikan saya nama seorang MB yg benar2 bekerja utk rakyat. (1980an keatas).. Elek YB, so YB Eng u kena muhasabah diri sket, jangan nanti kami org Melayu meluat dengan U..

    BalasPadam
  2. tak ada seorang pun didunia ni yang indespensable termasuk TSKI. Mungkin jika diganti negeri Selangor akan lebih makmur, SIAPA TAHU !!!

    BalasPadam
  3. Jika di ganti mungkin akan lebih maju..mungkin..mungkin..blom tau lg..tkt lg lingkup..x pyh nk sibuk2 ganti yg lain..org selggor dh selesa dgn mb khalid..!!biar je la dia jd mb..dh gila jawapan ke ape pkr sial nie..prangai x ubah mcm umnooo

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...