Katanya, peruntukan terbabit merangkumi pembinaan menara masjid, kawasan sekitar dan pembaikan struktur bangunan serta ruang dalaman.
“Saya bagi pihak Kerajaan Negeri sangat berterima kasih kepada bekas Imam Besar masjid ini iaitu Allahyarham Ahmad Mustafa Sidin yang sangat aktif mengimarahkan masjid dengan pelbagai program yang diadakan.
“Kerajaan Negeri memberi kepercayaan penuh. Jika sebelum ini, Allahyarham banyak menghabiskan masa di masjid, jadi kita mahu semua orang selesa,” katanya dalam majlis mengedar bubur lambuk, di sini, semalam.
Abdul Khalid berkata, pendekatan itu diambil bagi mengingati jasa dan usaha pemimpin muda yang banyak menyumbang tenaga menguruskan masjid.
Selain itu, beliau turut memaklumkan akan menyelesaikan masalah kira-kira 40 peniaga bazar di kawasan masjid itu yang tidak dibenarkan berniaga atas sebab tertentu.
Pada masa sama, 2,400 bungkus bubur lambuk dan kurma diagihkan kepada orang ramai secara percuma bagi hari pertama menyambut Ramadan.
Pada tahun ini, 1,200 bungkus bubur lambuk akan diedarkan setiap hari kepada orang ramai secara percuma bermula 1 hingga 27 Ramadan yang diagihkan selepas waktu Asar setiap hari kepada orang ramai.
sk
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...