Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Julai 21, 2014

[ Kerajaan Rakyat ] Jom Shopping ringankan beban 500 keluarga Dun Paya Jaras sambut Aidilfitri

shoppingSUNGAI BULOH, 21 JULAI: Program Jom Shopping Raya semakin mendapat sambutan masyarakat Paya Jaras sejak mula diperkenalkan Kerajaan Negeri Selangor tahun lalu.

Hal ini berikutan program yang menawarkan kupon membeli belah bernilai RM100 itu mampu meringankan bebanan golongan kurang berkemampuan menyediakan persiapan hari raya yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berkata, walaupun RM100 bukan satu jumlah yang besar tetapi sumbangan ini sangat dihargai penerima kerana berpeluang menikmati hasil negeri.

“Walaupun RM100 tidaklah begitu besar tetapi membantu meringankan beban golongan sasaran.
“Permintaan untuk sertai program ini tinggi dan mereka gembira sebab berpeluang menikmati hasil negeri yang dikembalilan kepada rakyat berbanding sebelum 2008 tidak dapat apa-apa dari kemakmuran negeri,” kata Mohd Khairuddin kepada Selangor Kini, semalam.

Kata Mohd Khairuddin lagi, semua pihak yang mendaftar dalam Skim Mesra Usia Emas (SMUE) tetapi belum berpeluang menyertai program Jom Shoping akan diberi peluang sama dalam program Jom Shoping akan datang.

“Bagi yang belum dipanggil, kita akan panggil untuk sertai Jom Shoping yang lain mengikut keutamaan yang mana perlu didahulukan,” kata Mohd Khairuddin lagi.

Seramai 500 perserta SMUE Paya Jaras menyertai program Jom Shoping yang diadakan di Pasaraya Econsave Paya Jaras.

Program yang diadakan selama dua hari, Sabtu dan Ahad baru-baru ini turut dihadiri ketua-ketua kampung sekitar Paya Jaras dan pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor.

sk

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...