Bekalan air di Selangor tetap akan cukup menjelang musim hari raya dan dalam fenomena El Nino yang sedang melanda Lembah Klang kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Bagaimanapun menteri besar Selangor itu mengaku masalah sebenar ialah dari segi logistik dan pengagihan air ke kawasan pengguna.
"Sama ada air ada atau tidak kerajaan negeri mengatakan kita mempunyai perancangan air mentah cukup. Kita dapat edarkan air terawat dengan cukup.
"Masalah dari segi paip pecah dan bekalan air yang tersekat ini antara perkara yang menyebabkan pengguna dapat air pada masa tertentu .
"Kita akan memantau perkara ini dari segi operasi dan peruntukan," kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.
Pengguna air di Selangor sebelum ini merungut apabila Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) mengeluarkan kenyataan beberapa kawasan mengalami masalah kekurangan air.
Khalid yang sebelum ini telah menjamin kerajaan negeri tidak akan mencatu air kali ini terus yakin dan berkata jawatankuasa kerja khas akan menangani semua masalah logistik yang berlaku.
Malah paras empangan di Sungai Selangor masih tidak berkurang dan stabil dengan bacaan 41.62 peratus semalam.
"Kita ada satu jawatankuasa kerja yang berjumpa dua hari sekali. Ada dari SYABAS, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan lain -lain bersama," kata beliau.
5 lebuh raya lagi dilulus
Sementara itu Khalid turut mengakui selain Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) lima lagi lebuh raya turut telah diluluskan secara prinsip oleh kerajaan negeri.
Lima lagi lebuh raya baru yang dirancang ialah Sungai Besi-Ulu Klang Expressway (SUKE), Serdang Kinrara Putrajaya Expressway (SKIP), Eastern Klang Valley Expressway (EKVE), Lebuhraya Damansara Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Pantai Barat (LPB).
"Kelulusan yang diberikan adalah bersyarat secara prinsip sahaja hampir sama dalam keadaan yang sama (dengan Kidex)," kata beliau.
Sebelum ini, Khalid mendedahkan minit mesyuarat meluluskan Kidex Februari lalu.
Menurut minit tersebut kerajaan negeri bersetuju secara dasarnya dengan cadangan projek Kidex dan jajarannya tetapi berpendirian:
- Penswastaan hendaklah meletakkan keutamaan atau kepentingan rakyat Selangor.
- Kos hendaklah dibuat secara terbuka dan tidak diswastakan.
- Kos juga perlu mengambil kira 'international risk and return reward' (ganjaran pulangan dan risiko antarabangsa).
mk
5 RUKUN ISLAM
BalasPadam1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.
6 RUKUN IMAN
1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.