Ini kerana, mengikut laporan media Umno sendiri - Utusan Malaysia – bertarikh 9 Februari 2013, Tekun telah meminjamkan dana berjumlah RM2.42 bilion kepada 237,173 orang usahawan.
Laporan ini apabila dipadankan dengan kenyataan CEO Tekun tersebut membawa implikasi yang amat serius, di mana hampir 40.9% jumlah yang dipinjamkan kepada amnya ahli-ahli Umno belum dibayar balik, iaitu hampir RM1 bilion.
Jika diambil secara purata, ini bermakna lebih RM650 juta wang rakyat yang dipinjamkan kepada ahli-ahli Umno melalui dana Kerajaan Pusat tidak lagi dibayar balik.
Jika dilihat dari segi dasar, sistem mikrokredit rata-rata diwujudkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah memperbaiki kedudukan ekonomi mereka.
Namun kita diingatkan bahawa jumlah penerima BR1M pada 2012 ialah 3.74 juta orang, manakala 3.99 juta orang telah menerima BR1M 2.0 pada 2013. Maka persoalannya adalah, adakah Tekun gagal membantu memperbaiki kedudukan ekonomi khususnya kaum Melayu? Jika gagal, mengapa?
Akhir sekali, memandangkan CEO Tekun telah berkata ahli Umno lah yang paling layak untuk menerima bantuan Tekun, maka mengikut logik beliau ahli Umno jugalah yang paling layak memikul tanggungjawab mendapatkan kembali hampir RM1 bilion dana Tekun yang belum dibayar semula.
Maka saya mencadangkan agar Tekun dan CEOnya membuka kaunter kutipan hutang Tekun di Pemilihan Umno 19 Oktober nanti.
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...