Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Selasa, Oktober 01, 2013

Najib dan Retorik Politik

KUALA LUMPUR 1 OKTOBER: Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menjadikan ‘rasuah sebagai sejarah silam’ hanya tinggal retorik politik tanpa sebarang pelaksanaan.

Azmin-Ali“Ini bukan soal ikrar. Perlu ada tindakan dan keberanian oleh kerajaan,” kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali kepada Keadilan Daily.

Laporan Barometer Rasuah Global (GCB) Transparency International 2013 yang dikeluarkan Transparency International Malaysia (TI-M) Julai tahun ini menunjukkan tahap keyakinan awam terhadap SPRM merudum.

Menurut barometer itu, peratusan rakyat Malaysia yang menaruh persepsi positif mengenai tindakan kerajaan dalam memerangi rasuah menurun kepada 31 peratus daripada 49 peratus pada 2011.

“Terjemahkan hasrat melalui intgriti dalam bentuk akta, pelaksanaan dan penguatkuasaan,” kata Ahli Parlimen Gombak itu.

Menurut kajian perunding audit antarabangsa, Ernst & Young, Malaysia disenaraikan sebagai salah satu daripada negara paling rasuah di dunia.

Manakala mengikut laporan Asia-Pacific Fraud Survey Report Series 2013, Malaysia bersama China memiliki tahap tertinggi rasuah daripada mana-mana negara di seluruh dunia.

KeadilanDaily
      

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...