Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Rabu, Oktober 16, 2013

Insaf erti pengorbanan dalam mencapai darjat taqwa - Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR 15 OKT: Ibadah korban adalah iktibar dalam usaha menjiwai erti ketaatan perintah Allah untuk mencapai darjat kemuliaan manusia.

Anwar-hari-rayaDalam ucapan sempena sambutan hari raya Aidil-Adha hari ini, Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ibadah qorban adalah ujian kesabaran dalam melaksanakan perintah-Nya.

“(Salam) Eiul Adha, mubarak. Menginsafi erti pengorbanan dan kesucian pengabdian kepada Allah.

“Merintih lantaran kekerdilan dalam mencapai derajat taqwa,” tulis Anwar dalam ucapan Aidil-Adha di laman twitternya.

Justeru, rakyat Malaysia diseluruh negara dianjur menyemai semangat pengorbanan dan menjalin silaturahim dalam usaha mengangkat martabat rakyat.

Anwar akan berada di Cherok To’ Kun esok di kawasan parlimennya di Permatang Pauh untuk sambutan hari raya Aidil-Adha.

Manakala pada sebelah petangnya, dijadualkan satu pertemuan bersama Majlis Pimpinan KEADILAN Pulau Pinang di Yayasan Aman, Permatang Pauh.

KeadilanDaily

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...