Anwar kata tak pernah lihat DAP promosi Kristian
Anwar yang bercakap kepada pemberita di Seberang Jaya hari ini menafikan dakwaan ke atas DAP dan ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng itu dan menambah, beliau tidak pernah menyaksikan usaha seperti itu dilakukan.
"Dari pertemuan kami dan daripada dokumen yang saya terima atau lihat dari DAP, parti atau pemimpinnya tidak pernah membangkitkan isu seperti itu,” katanya kepada pemberita hari ini.
“Tentulah jika mereka cuba, PAS dan PKR tidak akan membenarkannya,” katanya.
Anwar berkata hubungan baik antara kaum dan agama pelu dipelihara dan beliau berasa bertanggungjawab untuk memastikan perkara ini.
"Mana-mana kumpulan yang ingin membangkitkan sentimen kaum dan agama perlu ditolak, walaupun jika mereka dari masyarakat Islam,” katanya.
Anwar berkata demikian ketika mengulas mengenai pertemuannya dengan Paus Francis I di Rome baru-baru ini selepas menghadiri dialog antarabangsa yang membincangkan soal keamanan dan keadilan.
DAP sebelum ini didakwa cuba mengadakan rancangan untuk menubuhkan negara Kristian apabila beberapa orang wakilnya menghadiri pertemuan tertutup dengan paderi Kristian.
Beberapa laporan polis dibuat ke atas DAP dan paderi tersebut dan kes berkenaan kemudiannya ditutup tanpa apa-apa tindakoan ke atas mana-mana pihak.
Anwar berkata kumpulan pro-Melayu seperti PERKASA mendakwa kerajaan Pulau Pinang menyisihkan orang Melayu dan memberi amaran bahawa satu rusuhan kaum akan berlaku sekiranya keadaan tersebut berterusan.
“Saya ingin tanya, kenapa mereka tidak salahkan Umno kerana sejak pentadbiran mereka (sejak Merdeka) kos petrol, barang keperluan dan pinjaman pelajaran kerajaan meningkat?,” katanya.
Malaysiakini
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...