PETALING JAYA - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery
Cheek perlu disiasat berhubung bil kementerian itu berjumlah RM67.6 juta
bagi sambutan Hari Belia 2012 termasuk bayaran artis jemputan dari
Korea berjumlah RM1.6 juta.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu amat memeranjatkan selain
meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memainkan peranan
kerana melibatkan kos yang besar.
“Saya menggesa SPRM untuk mengambil tindakan serta merta untuk menghukum ‘jerung’ dan tidak hanya menghukum ‘ikan bilis'.
“SPRM mesti minta penjelasan daripada beliau (Shabery Cheek) kerana ia
jelas penyalahgunaan dan pembaziran melibatkan duit rakyat,” katanya
pada sidang media di ibu pejabat PKR, semalam.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara, kementerian itu membelanjakan lebih
empat kali ganda berbanding peruntukkan bagi acara itu, termasuk RM1.6
juta untuk menjemput kumpulan daripada K-Pop dari Korea.
Kementerian itu juga, ditegur atas perbelanjaan tinggi dan tidak
selaras dengan peraturan perbelanjaan berhemat bagi belanja lain untuk
sambutan tersebut berjumlah hampir RM3 juta.
Tiga kumpulan K-Pop yang dijemput bagi memeriahkan sempena Sambutan
Hari Belia 2012 iaitu U-Kiss, Teen-Top dan Dal Shabet dibawa oleh
syarikat Stadium First Sdn Bhd.
Selain bayaran kepada kumpulan K-Pop itu, Laporan Audit turut
menyenaraikan beberapa perbelanjaan sempena Hari Belia Negara 2012
sejumlah RM1.11 juta telah dibelanjakan bagi promosi dan publisiti dan
digambarkan sebagai terlalu tinggi.
Lain-lain perbelanjaan juga dimuatkan dalam laporan itu termasuk dua
bayaran berasingan berjumlah RM50,000 bagi 50 penulis blog untuk promosi
dan publisiti.
Bagaimanapun Laporan Audit tidak pasti sama ada kumpulan-kumpulan itu terdiri daripada penulis-penulis blog yang sama.
Di samping itu, tiga penulis blog dilaporkan dibayar sebanyak RM7,500
sebagai elaun harian sepanjang lima hari karnival itu berlangsung.
Sinar Harian
Turut disenaraikan perbelanjaan barangan dikategorikan ‘tidak berhemah’
termasuk RM33,500 untuk makan malam promosi di Petaling Jaya dan
RM42,466 untuk hi-tea dan penginapan wartawan di Hotel Marriot,
Putrajaya.
Perbelanjaan lain yang disenaraikan iaitu sebanyak RM48,300 bagi
‘lawatan kerja’ Institut Kemahiran Belia Negara di Jitra, Kedah, dan
kemudian ke Songkhla, Phuket dan Krabi, Thailand, melibatkan 21 anggota
sekretariat serta pegawai-pegawai kanan kementerian bagi Hari Belia
Negara.
Selain itu, Ketua Audit Negara turut mempersoalkan tindakan kementerian membelanjakan RM42,500 membeli papan tanda robot.
Mengulas lanjut, katanya selaku menteri, beliau perlu bertanggungjawab dan jangan menyalahkan orang lain.
Jumaat, Oktober 11, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
Senarai Blog...Geng
-
Terengganu: Remaja perempuan hilang ketika bersama keluarga di pantai - Nazdy HarunAmiratul Husna Mohd Shany, hilang ketika keluar bersiar-siar bersama keluarganya di Pantai Teluk Ketapang. – Foto ihsan PDRMKUALA TERENGGANU: Po...8 minit yang lalu
-
Makrifat Gen Z Anwar Ibrahim Six Seven - Makrifat Gen Z Anwar Ibrahim Six Seven +++++++++ Yang kawal hollywood adalah Gen Z. Yang kawal politik Malaysia adalah 'blue wave'.. Dalam teori konspi...3 jam yang lalu
-
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Mendakwa Tambang ECRL Yang Tular Di Media Sosial Cuma Spekulasi, Kadar Rasmi Sedang Diperhalusi - *SHAH ALAM:* Kadar tambang perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sedang diperhalusi bagi menyediakan kemudahan pengangkutan awam yang berkualiti ke...11 jam yang lalu
-
Penerangan tentang TONE WOW PARLIMEN MALAYSIA - @amrinor88 Listen to this... Follow for more! #tiktoklive #livehighlights ♬ original sound - DaPor SuRiSehari yang lalu
-
Keindahan Pas diambil masa diperlu saja - *ULASAN* DUA kali Mohd Amar Nik Abdullah sebut nama Tan Seri Mohd Asri Muda bekas presiden Pas dalam ceramahnya di Negeri Sembilan malam tadi untuk memb...Sehari yang lalu
-
MALAPETAKA TERUS MENIMPA BERSATU, HAMPIR 30 BAHAGIAN BUBAR - Beralihnya sokongan sejumlah besar Ahli Parlimen dan Ketua Bahagian Bersatu memberi kepada Hamzah Zainuddin sebaik pemecatannya adalah ibarat malapetaka ...3 bulan yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...2 tahun yang lalu
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...4 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...4 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...4 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...5 tahun yang lalu
-
-
Video:The Dawn of A New Malaysia - *Video courtesy of IBR Asia Group* *-The office of MP for Shah Alam-* www.khalidsamad.com7 tahun yang lalu
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...8 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...8 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PMX
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...