Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Julai 25, 2013

MB Selangor Seru Patuhi Prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah

MB mugshot exco 17 jul 01

SHAH ALAM 24 JULAI : Semua umat Islam dan rakyat Malaysia yang bermastautin di negeri Selangor digesa supaya mengikuti dan mematuhi prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah yang ditetapkan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, rakyat Selangor perlu menerima prinsip itu sebagai asas kepada ajaran yang diterima Kerajaan Negeri.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian Kerajaan Negeri terhadap fahaman Syiah yang makin berleluasa terutama di Selangor sejak kebelakangan ini.

“Enakmen atau keputusan berhubung fahaman syiah telah diputuskan sejak dahulu lagi. Pandangan Kerajaan Negeri ialah kami mahu seluruh masyarakat Islam terutama di Selangor untuk mempraktiskan prinsip yang telah ditetapkan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini.

Tambahnya, Kerajaan Negeri akan menyerahkan kepada pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk mengambil langkah proaktif mengikut tatacara yang sesuai bagi membanteras fahaman Syiah.

“Fatwa dikeluarkan dan kami tidak mahu mencipta isu mengenai perkara ini tetapi proaktif untuk mempromosi konsep sebenar Islam di negeri ini,” katanya lagi.

Selangorku
    

2 ulasan:

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...