'Baiah calon bukan benda baru...'
Membaca baiah atau sumpah oleh calon PAS, Azlan Yusof, yang bertanding
dalam pilihan raya kecil DUN Kuala Besut adalah bukan benda baru, kata
ADUN, Chukai Hanapiah Mat.
Hanapiah yang juga pengurus kempen
Azlan dalam pilihan raya kecil ini berkata, tindakan Azlan membaca baiah
di majlis pengumuman calon kelmarin adalah keputusan PAS negeri dan ia
juga dilakukan oleh calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya umum
lalu.
"Kita dah ambil perjalanan yang dibuat oleh Badan
Perhubungan PAS Terengganu, di mana semua calon yang bertanding dalam
PRU ke-13 semua mengadakan biaah secara terbuka.
"Yang ini, dia
kena ikut yang sama juga. Bukan kerana (kehendak) dia. Yang ini
keputusan badan perhubungan PAS Terengganu... (Ia) bukan benda baru,"
katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Besut hari ini.
Beliau
menjawab soalan pemberita berhubung tindakan Azlan yang mesra dengan
panggilan Che Long, membaca baiah atau sumpah secara terbuka yang
dianggap jarang dilakukan oleh PAS.
Utusan Malaysia hari ini
melaporkan langkah tersebut sebagai di luar daripada kelaziman dan
memetik Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebagai berkata calon PAS
berbaiah dengan membaca ikrar di depan wakil Majlis Syura Ulama.
Dalam
baiah sumpah itu antara lain, beliau akan dilaknat oleh Allah, Rasul
dan orang yang beriman sekiranya beliau meninggalkan atau melompat ke
parti lain setelah dipilih menjadi ADUN.
Bahkan wang elaun ADUN yang diperolehi adalah haram dan akan melepas jawatan ADUN sekiranya keluar atau dipecat daripada parti.
Mengulas lanjut, Hanapiah berkata sumpah tersebut juga terpakai pada wakil rakyat di Terengganu itu.
Ditanya
mengapa membacanya dibuat secara terbuka, Hanapiah berkata, ia sebagai
menepis pelbagai persepsi di kalangan rakyat wujudnya sumpah seperti
cerai talak tiga.
"Ini janji kita kepada rakyat untuk
bersama-sama dalam PAS... Kita kena habis kepada PAS. Biar rakyat tahu,
rakyat dapat menilai.
"Sebelum ini macam-macam persepsi rakyat.
Ada kata, cerai talak tiga lah. ada kata macam-macam. Jadi dia (rakyat)
tahu, apa makna baiah yang kita baca pada hari tersebut," katanya.
Ditanya
sama ada tindakan membaca baiah itu sebagai usaha menarik undi supaya
menyokongnya, Azlan berkata: "Itu persepsi sahaja".
Malaysiakini
Jumaat, Julai 12, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Senarai Blog...Geng
-
-
MN sudah 'mati? Ini jawapan PAS Terengganu - Hariz MohdPentadbiran Terengganu pimpinan PAS percaya mereka akan dapat menyelesaikan isu percanggahan pendapat dengan Umno negeri dan mengajak ketua parti...Sejam yang lalu
-
Lebih Baik DAP Jaga Kandang Babi Di Pulau Pinang - Zuhdi - SAYA menyarankan DAP khususnya Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, untuk menyelesaikan dahulu isu pencemaran sumber air bersih dari sungai-sungai di Pul...4 jam yang lalu
-
PAS Pahang Sahkan Tiada Sebarang Rundingan Pembahagian Kerusi Dengan UMNO, BERSATU ! - KUANTAN - PAS Pahang mengesahkan tiada sebarang rundingan pembahagian kerusi samada dengan UMNO atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi men...4 jam yang lalu
-
PERUTUSAN RAMADAN ANWAR IBRAHIM - Alhamdulillah, dipanjatkan setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah inayahNya maka diizinkan untuk kita kembali merai dan menghayati bula...8 jam yang lalu
-
Pintu Ajal Belum Terbuka - *Bab Ketiga* *PROLOG KEMATIAN* SEJAK kita mula mengenali hidup dan mengetahui perjalanan sebuah kehidupan akan berakhir dengan sebuah kematian, kita di...2 hari yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...4 minggu yang lalu
-
Xiaomi Mi 10T Pro 8GB+256GB Official Warranty 2 Year with 6 Months 1 to 1 Screen Crack - BERMINAT BOLEH ORDER DI SINISebulan yang lalu
-
-
-
BUKAN SOAL ANWAR GILA INGIN JADI PERDANA MENTERI, INI SOAL REFORMASI YANG DIA HARUS PIMPIN. - Hari ini saya dan beberapa ahli parti telah menziarahi seorang ahli kami yg kurang sihat. Tambahan pula, keluarganya sedang menghadapi kesulitan kewangan...5 bulan yang lalu
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com10 bulan yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...3 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang yan...3 tahun yang lalu

0 comments:
Catat Komen
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...