Kerjasama politik PR-BN mustahil, kata Anwar
PETALING JAYA - Walaupun menganjurkan himpunan membantah keputusan PRU13
 di seluruh pelusuk negara, yang dilihat sebagai usaha untuk 
mengembalikan 'hak yang dirampas', Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar 
Ibrahim menegaskan ia bukan kerana sebuah kekuasaan.
 
 Anwar bahkan menolak sama sekali untuk diberi sebarang jawatan dalam 
kerajaan, seperti yang didakwa telah ditawarkan kepadanya bulan lalu.
 
 "Kalau ada pun kita tolak, kita tidak bersedia untuk bekerjasama dengan Umno-BN.
 
 "Saya tidak pandang serius (tawaran), saya sedia berunding dengan 
sesiapa saja, soal prinsip dan dasar saya akan pertahankan suara 
rakyat," tegasnya.
 
 Anwar berkata demikian mengulas laporan bahawa beliau telah ditawarkan 
jawatan timbalan perdana menteri dan empat pemimpin dalam partinya 
jawatan menteri Kabinet.
 
 Tawaran itu difahamkan datangnya daripada Perdana Menteri, Datuk Seri 
Najib Tun Razak sewaktu Anwar ke Indonesia untuk bertemu Susilo Bambang 
Yudhoyono pada 14 dan 15 Jun lalu.
 
 Perkara itu dinyatakan oleh seorang penulis pembangkang, Terence Netto dalam tulisannya, yang disiarkan portal Malaysiakini.
 
 Menurut Terence, Najib menunggu untuk bertemu Anwar namun pemimpin utama pembangkang itu enggan berbuat demikian.
 
 Tawaran Najib itu kemudiannya disampaikan oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.
 
 Mengulas lanjut, Anwar berkata, "saya perlu menghormati semangat 
kerahsiaan, bila perkara tersebar di media massa, tidak salah saya 
memberitahunya, namun pertemuan itu tidak berlaku," katanya ketika 
berucap pada majlis iftar bersama anak muda anjuran Kelab Anwar Ibrahim 
(AIC), di Damansara, malam tadi.
 
 Anwar ditanya sejauh mana laporan yang menyatakan perkara itu benar-benar berlaku.
 
 Walaupun tidak menafikan perkara itu, Anwar bagaimanapun 
menyifatkannya  sebagai "khabar angin" dan tidak dikemukakan secara 
rasmi.
 
 Tambah beliau, kerjasama politik antara PKR, DAP dan Pas akan kekal 
erat dan pihaknya lebih berminat untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam
 soal keterbukaan media, pemberian kontrak secara tender terbuka dan 
telus serta kawalan rasuah dan jenayah secara serius.
SinarHarian 
Senarai Blog...Geng
- 
- 
Ismanira: ‘Saya doakan yang fitnah kami dilaknat Allah’ - Buletin TV3 KUALA LUMPUR: Ibu kepada Allahyarham Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf, 30, memuat naik hantaran di akaun Instagram miliknya selepas dijatuhi h...3 jam yang lalu
- 
KALAU DENGAN WARTAWAN PUN KOYAK, ELOKLAH BERHENTI JADI MENTERI - Perbuatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengugut wartawan, hanya kerana bertanyakan soalan kepadanya, jelas menunjukkan keangkuha...12 jam yang lalu
- 
Perbincangan Awal Bagi Membina Laluan Tambahan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Di Pahang Sudah Dimulakan - *KUANTAN: *Perbincangan awal bagi membina laluan tambahan dari landasan asal projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Pahang sudah dimulakan, kata Ketua ...23 jam yang lalu
- 
Selamat tiba Donald Trump - *SUSUPAN PAGI* SAAT ini negara kita menjadi perhatian dunia bersempena dengan sidang Kemuncak Asean ke-47 yang akan bermula esok. Perhatian itu menjadi l...6 hari yang lalu
- 
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...Setahun yang lalu
- 
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...3 tahun yang lalu
- 
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...3 tahun yang lalu
- 
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...4 tahun yang lalu
- 
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...4 tahun yang lalu
- 
- 
hiburan : INSOMNIACKS – PULANG - *JOM LAYAN LAGU TENGAH HOT * *SEKARANG INI* *KLIK SINI*5 tahun yang lalu
- 
Video:The Dawn of A New Malaysia - *Video courtesy of IBR Asia Group* *-The office of MP for Shah Alam-* www.khalidsamad.com7 tahun yang lalu
- 
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...7 tahun yang lalu
- 
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...8 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
- 
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
- 
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
- 
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
Isnin, Julai 29, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 Catatan
Catatan
 
 
Jika Dato Sri Anwar menerima jawatan TPM dari Dato Sri Najib , tawaran yang sungguh tak masuk akal di saat rakyat menghadapi ancaman jenayah, rasuah, pembunuhan bagai....kenaikan harga barang, minyak bagai..petanda PR (Pakatan Rakyat) akan bungkus buat selama lama nya dan tidak di percayai lagi oleh rakyat..!! Barang di ingat..apa yang sudah berlaku ketika tahun 1970an di mana PAS bergabung dengan BN dan kejadian selepas gabungan itu...Jangan masuk lubang yang sama buat kali kedua dan seterusnya...!!
BalasPadam