Beliau berkata, perkara berhubung penerimaan penuh keputusan pilihan raya dalam titah ucapan menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong perlu ditarik semula untuk meneruskan proses petisyen bantahan.
“Dalam PRU lalu, kedua-dua parti BN dan Pakatan telah mengemukakan petisyen bantahan.
“Kita tidak merasakan wajar titah Tuanku dimasukkan sokongan penuh dalam keputusan pilihan raya kerana ada petisyen pilihan raya oleh kedua-dua pihak.
“Kita sedang mengkaji untuk mengemukakan usul pindaan,” katanya pada sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang, di Parlimen hari ini.
Anwar menjelaskan, penerimaan keputusan pilihan raya itu akan menjejaskan petisyen pilihan raya yang difailkan.
“Kalau kita buat penerimaan penuh terhadap keputusan itu, maksudnya petisyen ini tidak ada makna,” katanya.
Hadir sama sidang media, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa; Penasihat DAP; Lim Kit Siang; Setiausaha Agung PAS; Datuk Mustafa Ali; Timbalan Presiden dan Naib Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali dan Tian Chua serta Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Keadilandaily
Nasib baik ada orang yg bijak dan sensitif kepada hal2 begini... kalau tidak kena kencheng lagilah jawabnya dgn pemerintah zalim itu... perkara ini sebenarnya akan memberi impak besar kepada petisyen itu. mungkin telah dirancang sebegitu utk satu lagi penipuan yg akan menindas rakyat...
BalasPadam