Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Julai 04, 2013

Bantah rampasan kuasa tentera, kembalikan demokrasi di Mesir - DSAI

KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membantah rampasan kuasa oleh tentera Mesir dan menyeru supaya demokrasi dikembalikan di negara itu.
“Pada prinsipnya kita tidak menyokng kudeta, walaupun tentera meletakkan seorang (Hakim) Mahkamah Perlembagaan untuk jadi Presiden sementara,” katanya kepada pemberita di lobi palimen hari ini.

DSAI_MESIRAnwar menegaskan, rampasan kuasa oleh tentera menafikan hak majoriti rakyat Mesir yang memilih kerajaan melalui pilihan raya yang bebas, telus dan diiktiraf.

“Kalau ada bantahan terhadap Presiden, rundingan (mesti) dibuat. Kalau ada jadual pilihan raya segera diadakan, mesti mengikut saluran demokrasi
“Mereka (rakyat Mesir) ada hak untuk persoalkan (Presiden) dan mereka boleh tuntut diadakan pilihan raya baru. Tetapi, tidak dengan rampasan kuasa oleh tentera,” katanya.

Anwar berkata, memang wujud kritikan terhadap pentadbiran Morsi, namun prasangka terhadap kelompok Islam di Mesir seolah membunuh usaha pendemokrasian yang berlaku.

“Saya dapat kesan pandangan beberapa orang yang konon liberal, tetapi oleh kerana menghadapi Ikhwan-Muslimin, (mereka) sanggup mendukung pemerintahan tentera,” katanya.

“Prasangka terhadap kelompok Islam tidak mengizinkan kita mengesahkan pentadbiran tentera,” tegas Anwar.
Presiden Mesir, Mohamed Morsi kini berada di bawah tahanan rumah sejurus digulingkan oleh pihak tentera semalam.

Menurut jurucakap Ikhwan Muslimin, Morsi dan orang-orang kanannya kini berada di bawah tahanan di rumah dan perlembagaan Mesir kini digantung.

KeadilanDaily
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...