 Ihkwanonline melaporkan, Eryan (gambar)
 yang yang juga Ketua Whip FJP dalam Dewan Senat berkata, ketika 
panggilan kali terakhir Obama kepada Mursi, beliau sendiri memaklumkan 
bahawa rampasan kuasa akan berlaku terdekat ini dan kata Obama, Amerika 
sama sekali tidak akan menghalangnya.
Ihkwanonline melaporkan, Eryan (gambar)
 yang yang juga Ketua Whip FJP dalam Dewan Senat berkata, ketika 
panggilan kali terakhir Obama kepada Mursi, beliau sendiri memaklumkan 
bahawa rampasan kuasa akan berlaku terdekat ini dan kata Obama, Amerika 
sama sekali tidak akan menghalangnya.Eryan dilaporkan mendedahkan perkara itu dalam temubual dengan stesen Al-Jazeera semalam.
Eryan berkata, berita rampasan kuasa ini turut dimaklumkan oleh Duta Amerika di Kaherah kepada Pembantu Presiden Mesir, Dr.'Esom Haddad.
Eryan yang juga bekas anggota Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin berkata, bekas Menteri Pembangunan Tempatan, Dr. Ali Bishr (dari Ikhwan) menerima panggilan telefon setiap hari dari pimpinan tentera untuk berunding.
Beliau juga mengakui saban hari dihubungi oleh pimpinan tentera atas tujuan yang sama tetapi mereka menolak sebarang rundingan sehingga hak rakyat dan Morsi sebagai Presiden dikembalikan terlebih dahulu.
Beliau juga menggesa agar Morsi dibebaskan dari tempat beliau disembunyikan bagi diziarahi oleh anggota keluarga terdekat, peguam serta badan hak asasi manusia kerana persembunyian beliau mengundang kebimbangan berkaitan keselamatan dan kesihatannya.
HarakahDaily
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
 
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...