Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Isnin, Julai 15, 2013

Ramadhan tiada makna jika rasuah, jenayah kekal - Anwar Ibrahim

PERMATANG PAUH 14 Julai: Ramadhan tiada makna bagi umat Islam sekiranya indeks rasuah dan jenayah masih kekal di negara ini, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SONY DSC“Apa gunanya Ramadan disambut dengan pelbagai kemeriahan, sekiranya penghayatan dan pelaksanaan tuntutan Al Quran tidak diaplikasikan sepenuhnya dalam sistem pemerintahan maupun pentadbiran.

“Indeks rasuah tidak turun dan kekal seperti sebelum ini. Manakala kegiatan jenayah dalam negara amat membimbangkan dengan pelbagai kepincangan dan kejahatan berleluasa dalam negara,”  ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah di Masjid Permatang Janggus dalam kawasan Permatang Pauh, selepas solat tarawikh semalam.

Menurut Anwar,   jenayah yang berlaku dalam masyarakat saban hari semakin membimbangkan  dan keadaan itu membuktikan kelemahan penguatkuasaan kerajaan sedia ada.

Dalam pada itu, Anwar menzahirkan kebimbangan terhadap situasi dan pergolakan politik yang berlaku di Mesir walaupun Ramadan dijangka meredakan ketegangan tersebut.

Katanya, tindakan tentera menembak puluhan penyokong Dr Muhammad Morsi ketika bersolat Subuh baru-baru ini jauh menyimpang dari ajaran agama Islam yang sebenar.

“Penggulingan Presiden Morsi terbukti mengkhianati suara rakyat yang memberi mandat kepada beliau untuk menerajui kepimpinan setelah memenangi pilihan raya setahun yang lalu.

“Oleh kerana itu, walaupun mempunyai kuasa dalam genggaman, penghayatan ramadan dan pelaksanaannya amat penting bagi menjamin kuasa yang ada tidak disalahgunakan dan diselewengkan,” jelas Anwar lagi.

KeadilanDaily
    

0 comments:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...