Ahad, Julai 07, 2013

Panas!! Kuala Besut kawasan paling tinggi laporan kejadian rogol

Rakyat Kuala Besut Perlu Menilai Jaminan Tahap Keselamatan

http://buletinonline.net/images/stories/aberita23/Dr%20Azman%20mesyuarat%20agong%20badan%20kebajikan1.jpg- Kuala Besut kawasan paling tinggi laporan kejadian rogol

SETIU - Rakyat dan pengundi Kuala Besut perlu menilai prestasi keseluruhan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) dan mengambil peluang membuat pilihan terbaik pada pilihanraya kecil yang bakal diadakan.

Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Terengganu Dr Azman Ibrahim berkata, mereka perlu mengambil kira tahap keselamatan dan keamanan DUN Kuala Besut selain mengukur kejayaan Umno dan BN berdasarkan projek dan pembangunan.

"orang Kuala Besut kena menilai, projek dan pembangunan sahaja akan sia-sia sekiranya tahap keselamatan dan keamanan tidak terjamin kerana ia melibatkan kehidupan seharian penduduk,

"saya bimbang........kerana statistik jenayah bagi kawasan Kuala Besut menyatakan kejadian rogol paling tinggi dilaporkan di kawasan tersebut berbanding kawasan lain di daerah Besut,

"kalau maju, 'pitih banyok' tapi hidup tak selamat, anak-anak terdedah dengan kejadian jenayah, kehidupan tidak akan tenteram,"ujarnya ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Agong Badan Kebajikan dan Khairat Kematian DUN Jabi pada Jumaat, 5 Julai.

Beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu berkata demikian ketika mengulas isu-su pilihanraya kecil (PRK) DUN Kuala Besut yang akan diadakan pada 24 Julai akan datang.

Sehubungan itu, beliau menyeru supaya pihak kerajaan menjadikan agenda kebajikan rakyat dan program pembinaan insan lebih utama dari pembangunan bagi melahirkan warga yang takutkan Allah SWT.

"kerajaan kena utamakan pembangunan insaniah, mendidik rakyat dengan agama dan aqidah supaya timbul rasa takut kepada Allah, apabila lahir individu yang takutkan kepada Allah, secara langsung mereka akan takut kepada balasan hari akhirat dan takut untuk melakukan maksiat dan jenayah,"jelasnya.

Pada Jumaat, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon PRK DUN Kuala Besut adalah pada 12 Julai dan hari pembuangan undi adalah pada 24 Julai akan datang.

http://buletinonline.net

0 comments:

Catat Komen

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Senarai Blog...Geng