Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Julai 25, 2013

KEADILAN tubuh j/kuasa siasat isu kenaikan tarif elektrik mendadak

PETALING JAYA 24 JULAI: KEADILAN membentuk satu jawatankuasa bagi menyiasat isu peningkatan mendadak bil elektrik yang berpunca dari program pemasangan meter elektrik baru jenis digital oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Jawatankuasa itu dianggotai Naib Presiden, Datuk Chua Jui Meng; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong; Adun Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.

PC“Kita mendengar rungutan ramai bahawa bil elektrik naik mendadak selepas meter lama ditukar kepada meter baru jenis digital. Adakah penukaran meter digital itu benar-benar tepat, ini yang kita perlu tahu,” kata Wong Chen.

Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan itu berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat parti di sini hari ini.

Menurutnya, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sebelum ini telah mengarahkan program penggantian meter itu dihentikan apabila mendapat rungutan ramai yang tidak bersetuju.

Dalam masa sama, Menteri sendiri tidak pasti adakah TNB mematuhi arahan tersebut hingga ke hari ini.

Sementara itu Jui Meng menegaskan, kenaikan bil tidak munasabah yang berlaku sesudah proses penukaran meter hanya akan membebankan rakyat dan ia tidak wajar.

Selain isu tersebut, ahli jawatankuasa berkenaan juga akan membawa lebih banyak isu dari semasa ke semasa, bagi memberi kefahaman kepada orang awam berkaitan penggunaan tenaga elektrik.

Jawatankuasa tersebut turut merancang menyerahkan petisyen kepada pihak berwajib dan mahu menubuhkan laman web untuk kempen ini.

KeadilanDaily
    

2 ulasan:

  1. Minta YB-yb siasat dan ketengahkan juga isu ini;

    Caj bagi bil IWK utk orang kampung naik mendadak gilerrr....
    dari RM40 ke RM 3++.00

    Fuyooo... tinggi siot

    BalasPadam
  2. Kan dah kata eletrik mesti naik punya...jadi barang2 mesti naik

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...