Iklan Penaja 1

Picture

Ahad, Julai 14, 2013

PKR Terengganu tak boikot calon Pas - Azmin Ali

PRK Dun Kuala Besut

BESUT – Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menolak desas-desus ketidakhadiran Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail ke Majlis Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, kelmarin, mempunyai kaitan dengan perasaan tidak puas hati dengan pemilihan calon Pas di kerusi N01 itu.

Beliau yang mempertahankan Azan berkata, Adun Bandar itu mempunyai alasan kukuh, terpaksa menghadiri prosiding mahkamah di Kuala Lumpur berhubung kes membabitkan anak syarikat negeri, Permodalan Nasional Selangor Berhad (PNSB).

Beliau berkata, tiada langsung isu boikot calon Pas dan ketidakhadiran Azan diisi oleh pimpinan Pusat selain beberapa pimpinan peringkat kawasan atau cabang.

“Elemen memboikot tidak benar sama sekali, sebab ketua cabang hadir kecuali pengerusi negeri, itu pun ada kes mahkamah yang tidak dapat dielakkan.

“Memang alasan yang kukuh sebab dia sebagai pengarah PNSB. Prosiding bermula hari ini di Kuala Lumpur. Lembaga Pengarah kena hadir. YB Amirudin (hadir) mewakili AMK,” katanya kepada media ketika ditemui di Majlis Penamaan Calon PRK Dun Kuala Besut, di Kompleks Rakan Muda Daerah Besut di Kampung Raja, Kuala Besut, kelmarin.

Sebelum ini, beberapa blog pro Umno memainkan isu ketidakhadiran Azan dan timbalannya, Abd Rahman Yusof di Majlis Pengumuman Calon Pas PRK Dun Kuala Besut, 9 Julai lalu dengan mengaitkan kepimpinan PKR negeri tidak berpuas hati dengan pemilihan calon Pas di kerusi tersebut.

Spekulasi itu diperkuatkan lagi apabila kedua-duanya juga tidak kelihatan di majlis penamaan calon, kelmarin.

Spekulasi itu dipercayai timbul berikutan Azan sebelum ini pernah mengundang sedikit kontroversi apabila meminta Pas mempertimbang untuk memberikan kerusi Dun Kuala Besut kepada calon PKR dalam PRK ini.

Bagaimanapun Pengerusi PKR negeri itu kemudiannya mengetepikan kenyataan terdahulu apabila sedia memberi laluan kepada Pas.

Menyentuh perkara sama, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak menjelaskan, sebahagian besar Ahli Parlimen PKR tidak dapat hadir ke majlis tersebut kerana Dewan Rakyat yang bersidang pada hari sebelumnya ditangguhkan kira-kira jam 11.57 malam pada hari sebelumnya.

“Jadi fakta itu kena betul, tak adil kalau nak hukum pemimpin. Saya faham, di pihak Pas oleh kerana (calon Pas) bertanding, pemimpinnya beredar lebih awal tetapi kalau (semua Ahli Parlimen PR beredar), kosong Parlimen semalam. Jadi, DAP dan Keadilan terpaksa tunggu sehingga 11.57 malam,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut meminta mana-mana pihak tidak cuba mengeruhkan hubungan baik antara PKR dan Pas yang terjalin sejak sekian lama, bukan sahaja di Terengganu tetapi di negeri-negeri lain.

“Kita lihat muafakat PR ini adalah asas terpenting dalam menjamin kemenangan kita dalam banyak perkara sebelum ini, dan ia adalah usaha untuk terus memperkukuh muafakat ini. Tidak adil lempar tuduhan begitu sedangkan yang tidak hadir hanya satu, pengerusi negeri sahaja,” katanya.

SinarHarian

0 ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...

Iklan Penaja 2

Hasil carian imej untuk bisnes mudah

Catatan Popular Mingguan

Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Iklan C

Blog Archive