Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Jabatan Peguam Negara
membayar kos RM1,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menangguhkan
pendengaran kes saman beliau terhadap bekas menteri dalam negeri, Tan
Sri Syed Hamid Albar.
Perkara itu dimaklumkan peguam Anwar,
Sankara Nair selepas berbincang dengan Hakim Datuk Nik Hasmat Nik
Mohamad dan pendakwaraya, Tengku Intan Suraya di kamar hakim pagi tadi.
"Mahkamah menganugerahkan kos RM1,000 kepada pasukan Datuk Seri Anwar kerana penangguhan ini," kata Sankara kepada pemberita.
Sebelum itu, Anwar hadir ke mahkamah seawal jam 9 pagi.
Beliau kemudian mundar-mandir di dalam mahkamah apabila perbicaraan masih tidak bermula menjelang jam 9.30 pagi.
Di sebelah pendakwaraya pula, hanya seorang sahaja wakil yang hadir untuk perbicaraan itu.
Anwar
kemudian meninggalkan mahkamah dipercayai untuk menghadiri kes
pendakwaan aktivis siswa Adam Adli, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli
dan MP Seremban Anthony Loke berhubung kes perhimpunan di Padang Merbok.
Menurut
Sankara, kes itu akan didengar semula pada 28 hingga 30 Oktober depan
dan pihaknya juga mempertimbang untuk menyelesaikan kes itu di luar
mahkamah.
"Kami akan menulis surat kepada Peguam Negara berhubung perkara ini," katanya.
Kes
hari ini adalah susulan kepada saman fitnah RM100 juta ketua
pembangkang itu terhadap Syed Hamid berhubung satu kenyataannya di lobi
Parlimen pada tahun 2008.
Syed Hamid dilaporkan menggelar Anwar
sebagai 'tukang lapor' US susulan kenyataan Jabatan Negara US yang
menggesa agar tiada campurtangan politik dalam perbicaraan kes Liwat 2
pada masa tersebut.
Anwar mendakwa kenyataan Syed Hamid dianggap
menjejaskan nama baiknya, selain menuntut menteri itu tidak mengulangi
lagi dakwaan seumpamanya.
Malaysiakini
Rabu, Julai 24, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Senarai Blog...Geng
-
Izzah lawan Zuraida, Husam lawan Azmin PRU15? - FAZLI RADZIParlimen Ampang dan Gombak dijangka bakal menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) untuk ‘mengajar’ dua bekas pemimpin PKR yang men...27 minit yang lalu
-
RENTASAN 841 | SPRM, LHDN DAN PDRM - SENJATA POLITIK PM RAIH MAJORITI? - MENARIK DALAM RENTASAN 841 1. BUKTIKAN ANDA BUKAN SENJATA POLITIK TEBUK ATAP 2. ANTARA BURUNG BELATUK, KATAK DAN KERA MENGAMBANG 3. KELAKAR! KUDETA DIKAT...51 minit yang lalu
-
Siti Hasmah Jelaskan Kenapa Beliau Terima Vaksin Bukan Atas Kapasiti Isteri MP Langkawi - PETALING JAYA: Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, isteri Ahli Parlimen Langkawi menjelaskan bahawa dirinya menerima suntikan vaksin Covid-19 bukan atas kapasit...Sejam yang lalu
-
Isteri sebak, suami buat tiga kerja untuk belikan laptop terpakai - SEORANG suami berusia 25 tahun terpaksa melakukan tiga kerja untuk mengumpul wang bagi membelikan sebuah laptop terpakai untuk isterinya yang bertugas seba...3 jam yang lalu
-
MUHYIDDIN YANG BISU, KAKU TERBUKTI TIADA KEMAMPUAN SEBAGAI PERDANA MENTERI - Kenapa ramai yang menyerang dan menghentam Muhyiddin Yassin? Adakah semata-mata kerana pengkhianatannya terhadap PH dan caranya membentuk kerajaan PN mel...4 jam yang lalu
-
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Di Empat FELDA Tamat Lebih Awal ! - KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Jengka 1, Felda Jengka 2, Felda Jengka 7 dan Felda Ulu Jempol, Maran, Pahang yan...18 jam yang lalu
-
Parti Umno, Pas, Keadilan dan DAP tetap parti unggulan - *SUSUPAN PAGI* SAYA mempunyai alasan dan hujah sendiri kenapa dikatakan hanya *empat buah *parti sahaja yang relevan dan layak untuk dianggotai seterusn...6 hari yang lalu
-
Xiaomi Mi 10T Pro 8GB+256GB Official Warranty 2 Year with 6 Months 1 to 1 Screen Crack - BERMINAT BOLEH ORDER DI SINISeminggu yang lalu
-
-
-
BUKAN SOAL ANWAR GILA INGIN JADI PERDANA MENTERI, INI SOAL REFORMASI YANG DIA HARUS PIMPIN. - Hari ini saya dan beberapa ahli parti telah menziarahi seorang ahli kami yg kurang sihat. Tambahan pula, keluarganya sedang menghadapi kesulitan kewangan...4 bulan yang lalu
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com9 bulan yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...3 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang yan...3 tahun yang lalu

0 comments:
Catat Komen
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...