Isu akaun luar negara: Anwar mahu rujuk MP ke JK Parlimen
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan merujuk
seorang MP BN, yang mendakwa beliau memiliki wang ratusan juta ringgit
di akaun bank luar negara, ke jawatankuasa hak dan keistimewaan parlimen
atas dakwaan menyalahgunakan kekebalan berhujah di Parlimen.
Menurutnya,
dakwaan yang dihamburkan Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) itu tidak
pernah dilaporkan laman WikiLeaks seperti yang didakwa.
Berucap di Parlimen pagi tadi, Anwar turut mencabar Liang sekali lagi untuk bangkit menjelaskan dakwaannya semalam.
"Tidak ada sama sekali rujukan dalam WikiLeaks.
"Jadi demikian tentunya ada hak bagi Yang Berhormat (Simpang Renggam) bangkit supaya ada penjelasan.
"Kalau tidak, beliau boleh ulang di luar (Parlimen), supaya saya boleh saman.
"Masa dia berucap, (dia) tak berani bagi pencelahan, yang (dia) berani (hanya) menjerit dari bawah.
"Saya bagi ruang, kalau dia nak bangun, sila bangun," cabar Anwar di Dewan Rakyat.
Liang bagaimanapun terus berdiam diri apabila diberi peluang tersebut.
Anwar seterusnya berkata, Liang mengambil risiko dengan memetik laman pembocor rahsia WikiLeaks untuk berhujah di parlimen.
Ini
kerana, laman berkenaan sebelum ini menerbitkan andaian bahawa Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya,
dakwa Anwar.
"WikiLeaks mengandaikan Pekan (Datuk Seri Najib Razak) terlibat dalam pembunuhan Altantuya.
"Yang
Berhormat Simpang Renggam harus ingat, yang melibatkan YB Pekan itu
melibatkan WikiLeaks (juga), yang melibatkan akaun di Israel yang
mengaitkan saya tidak disebut WikiLeaks," katanya.
Seterusnya,
bercakap kepada wartawan di luar Parlimen kemudian, Anwar turut
mengancam untuk mengemukakan saman ke atas penerbitan yang menyiarkan
dakwaan Liang tanpa menyiarkan jawapan balasnya hari ini.
Laporan
Bernama semalam menyebut, Liang mendakwa Anwar memiliki 20 akaun bank
yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan
kira-kira RM332 juta.
Liang mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.
Katanya
Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank
dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta
(RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel,
laporan agensi berita tersebut.
Malaysiakini
Senarai Blog...Geng
-
Terengganu: 2 maut, 5 nyaris lemas ditarik ombak - BernamaKEMAMAN: Kegembiraan tujuh sekeluarga berkelah di Pantai Penunjuk, Kijal, bertukar tragedi apabila seorang wanita dan anak saudaranya maut, manakala...9 minit yang lalu
-
Penggunaan Data, Angka Main Peranan Penting Bantu Kerajaan Pahang Merancang Dan Membuat Keputusan Berasaskan Fakta - *LIPIS:* Penggunaan data dan angka memainkan peranan penting bagi membantu kerajaan negeri untuk merancang serta membuat keputusan berasaskan fakta. Ment...Sejam yang lalu
-
KISAH PALATAO - Norshidah Md Daud Memula betina tu up post palatao pasal Rafizi nk jd PM smpai sanggup langgar DSAI Btw, kami sebagai penyokong ni pun akan attack R...Sejam yang lalu
-
TAWARAN RM500 HAMZAH MAMPU JADI TARIKAN TERBESAR RAKYAT MENGUNDI PN - Ramai pembaca yang membaca tulisan saya berkenaan tawaran RM500 sebulan yang dibentangkan di Parlimen oleh Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin jika PN me...Sehari yang lalu
-
Keretakan dalam Bersatu sampai klimaks. - *ULASAN PAGI* *Dua hero dalam Bersatu*KERETAKAN dalam Bersatu sudah sampai ke klimaks apabila parti itu mengambil tindakan ke atas sekurang-kurang enam ora...3 hari yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...Setahun yang lalu
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...3 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...3 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...4 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...4 tahun yang lalu
-
-
hiburan : INSOMNIACKS – PULANG - *JOM LAYAN LAGU TENGAH HOT * *SEKARANG INI* *KLIK SINI*5 tahun yang lalu
-
Video:The Dawn of A New Malaysia - *Video courtesy of IBR Asia Group* *-The office of MP for Shah Alam-* www.khalidsamad.com7 tahun yang lalu
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...7 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...7 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
Rabu, Julai 03, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...