Nik Aziz: Umno jangan nak 'bermuka-muka'
SHAH ALAM - Pas hari ini membidas kenyataan Umno yang mendakwa parti itu
perkakas kepada DAP dan PKR apabila sanggup tunduk kepada dua parti
tersebut dalam banyak perkara.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dipetik dalam laman
sosial Facebooknya berkata perkara yang dilakukan Umno tersebut tidak
bersifat baik sekali gus meminta bukti daripada pihak yang mengeluarkan
kenyataan itu.
Beliau juga berkata pemimpin politik perlu bercakap menggunakan fakta dan tidak "bermuka-muka".
"Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak di dalam akhbar Sinar Harian halaman tiga hari ini.
"Katanya, Pas merupakan alat kepada DAP dan PKR. Saya ingin bertanya, UMNO pula alat kepada siapa?
"Di hadapan bangsa Melayu, inilah yang diungkapkan, di hadapan bukan
Melayu, dikatakan pula DAP alat kepada Pas. Bermuka-muka begini bukan
sifat manusia yang baik," katanya.
Mengikut laporan akhbar Sinar Harian hari ini, BN mendakwa Pas hanya
perkakas DAP dan PKR apabila sanggup tunduk kepada dua parti tersebut
dalam banyak perkara.
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, rakyat
perlu bijak menilai untuk memilih parti mana yang dapat membela orang
Melayu dan Islam pada masa sekarang dan jangka panjang.
Dakwanya, di sesetengah tempat, Pas memberitahu ia tidak mahu menjaga
orang Melayu, tetapi menjaga Islam walau apapun bangsa mereka.
“Mereka kata Pas bukan lagi untuk orang Melayu sahaja tetapi untuk
Islam sedangkan kita juga perjuang untuk Islam dan bangsa Melayu juga
tidak dipinggirkan. Kita tingkatkan syiar Islam di negara ini.
“Jika Pas perintah di Terengganu, jangan ingat DAP atau PKR tidak boleh
campur tangan dan Pas kena banyak jaga hati kedua-dua parti itu dalam
banyak perkara,” katanya.
SinarHarian
Selasa, Julai 16, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Senarai Blog...Geng
-
Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor - HARUN ZAKARIAMana tidak hebat apabila hanya 13 kerusi dari 56 kerusi Dun di Johor mampu membuatkan Muhyiddin anak kiyai Yassin mentadbir negeri terselatan ...47 minit yang lalu
-
MUHYIDDIN HARUS BUANG EGO, FIKIR MASA DEPAN NEGARA DAN JANGAN SAMPAI NASIB TRUMP MENIMPA DIRINYA - Kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang tiada lagi sokongan majoriti bukan suatu perkara rahsia, malah semakin difahami serta diakui ole...Sejam yang lalu
-
MUHYIDDIN HARUS BUANG EGO, FIKIR MASA DEPAN NEGARA DAN JANGAN SAMPAI NASIB TRUMP MENIMPA DIRINYA - Kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri yang tiada lagi sokongan majoriti bukan suatu perkara rahsia, malah semakin difahami serta diakui oleh...2 jam yang lalu
-
Habislah Muhyiddin.. Anwar Nak Bentuk Kerajaan Dah Ni... - Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, kesediaah Ahli Parlimen pembangkang dan beberapa Ahli Parlimen kerajaan bekerjasama adalah semata-mata kerana mahu me...2 jam yang lalu
-
Covid-19: Sebanyak '3,170 Kes Positif Baharu' Dengan Dua Belas Kematian Di Rekod Hari Ini - PUTRAJAYA -- Sebanyak 16 lagi kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, termasuk 11 daripadanya adalah kluster di tempat kerja sementara 3,170 kes ...2 jam yang lalu
-
Remaja maut lepas berjaya selamatkan dua rakan hampir lemas dalam sungai - SEORANG remaja berusia 16 tahun dilaporkan terjun ke dalam sebuah sungai untuk menyelamatkan 2 orang rakannya. Kedua-dua rakan berjaya diselamatkan, namun ...Sehari yang lalu
-
Ahli Umno jangan layan oportunis dalam parti - *SUSUPAN PAGI* *Najib - Zahid apakah setiakawanmereka akan disingkir bersama? *KEKALAHAN dan kehilangan kerajaan BN dalam Piraum ke-14 sesungguhnya menj...Sehari yang lalu
-
-
7 Group Facebook Yang Anda Boleh Buat Iklan Percuma - *Dapat detail sini KLIK SINI*2 minggu yang lalu
-
-
BUKAN SOAL ANWAR GILA INGIN JADI PERDANA MENTERI, INI SOAL REFORMASI YANG DIA HARUS PIMPIN. - Hari ini saya dan beberapa ahli parti telah menziarahi seorang ahli kami yg kurang sihat. Tambahan pula, keluarganya sedang menghadapi kesulitan kewangan...3 bulan yang lalu
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com8 bulan yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...3 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang yan...3 tahun yang lalu

0 comments:
Catat Komen
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...