KUALA LUMPUR- Pakatan Rakyat (PR) hari ini mengutuk tindakan rampasan
kuasa (kudeta) oleh tentera Mesir yang menyaksikan penyingkiran Mohamed
Morsi sebagai presiden negara itu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Morsi telah dipilih
oleh rakyat melalui sistem demokrasi secara adil dan telus namun
kemenangan beliau dirampas secara zalim.
"Dari segi prinsipnya, kita tidak mendokong kudeta, kerana ia adalah pentadbiran tentera.
"Walaupun tentera Mesir sekarang meletakkan seseorang dari mahkamah
Perlembagaan untuk menjadi presiden sementara, namun ia tidak melalui
proses demokrasi," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Tambah Anwar lagi, sekiranya timbul bantahan terhadap presiden yang
dilantik, proses rundingan yang telus perlu dilaksanakan secara baik,
bukannya rampasan kuasa.
"Kalau mahu diadakan pilihan raya dengan segera, ia mesti mengikut kaedah demokrasi.
"Pada pilihan raya lalu, keadaan itu tidak seperti di Malaysia, pilihan
raya dianggap bebas dan diiktiraf, sebab majoriti memilih Morsi,"
tegasnya.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar turut turut menyatakan bantahan terhadap tindakan yang dikenakan ke atas Morsi.
"Proses pilihan raya telah dibuat secara demokratik, kenapa tiba-tiba tentera boleh melakukan rampasan kuasa," katanya.
"Kami desak masyarakat dunia mengutuk rampasan tersebut dan kerajaan
Malaysia perlu memberi kenyataan berkenaan isu ini," tambahnya lagi.
Morsi kini dikenakan tahanan rumah selepas digulingkan oleh pihak tentera.
Ketua Mahkamah Agung Perlembagaan Negara, Adly Mansour bakal menggantikan presiden kerajaan interim negara itu.
SinarHarian
Khamis, Julai 04, 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Senarai Blog...Geng
-
PH jatuh bukan kerana Umno dan Pas - FAZLI RADZIPresiden AMANAH, Mohamad Sabu berpendapat kejatuhan kegagalan Pakatan Harapan (PH) mempertahankan Putrajaya sebelum penggal tamat bukannya diseb...Sejam yang lalu
-
-
DAP Tidak Perlu ‘Mencairkan Kecinaannya’ Ronnie Liu Kata? - ANGGOTA jawatankuasa pusat DAP, Ronnie Liu berpendapat parti itu tidak perlu ‘mencairkan kecinaan’ semata-mata kerana kritikan daripada musuh politik. ...2 jam yang lalu
-
KERAJAAN TAK BANYAK WANG, MENTERI MITI JANGANLAH TIDUR!! - Maka apa penyelesaiannya. Kenapa teruskan dasar SST Kerajaan PH yang ternyata gagal. Kerajaan PN patut timbang semula perlaksanaan GST. Tidak perlu diula...2 jam yang lalu
-
PAS Pahang Sahkan Tiada Sebarang Rundingan Pembahagian Kerusi Dengan UMNO, BERSATU ! - KUANTAN - PAS Pahang mengesahkan tiada sebarang rundingan pembahagian kerusi samada dengan UMNO atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi men...6 jam yang lalu
-
Pintu Ajal Belum Terbuka - *Bab Ketiga* *PROLOG KEMATIAN* SEJAK kita mula mengenali hidup dan mengetahui perjalanan sebuah kehidupan akan berakhir dengan sebuah kematian, kita di...2 hari yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...4 minggu yang lalu
-
Xiaomi Mi 10T Pro 8GB+256GB Official Warranty 2 Year with 6 Months 1 to 1 Screen Crack - BERMINAT BOLEH ORDER DI SINISebulan yang lalu
-
-
-
BUKAN SOAL ANWAR GILA INGIN JADI PERDANA MENTERI, INI SOAL REFORMASI YANG DIA HARUS PIMPIN. - Hari ini saya dan beberapa ahli parti telah menziarahi seorang ahli kami yg kurang sihat. Tambahan pula, keluarganya sedang menghadapi kesulitan kewangan...5 bulan yang lalu
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com10 bulan yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...3 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang yan...3 tahun yang lalu

It has become clear to anyone who aspires for the return of Islam that the game of democracy is a sham and completely rigged against the Muslims and that democracy is the system which was created to keep Islam out of the political field.
BalasPadam