12 Lagi Kerusi Bakal Milik Pakatan Rakyat? - Lim Kit Siang
Di sebalik kemungkinan pembubaran Parlimen tidak akan menjadi kenyataan dalam waktu terdekat ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, peluang bagi Pakatan Rakyat untuk menguasai 12 lagi kerusi Parlimen "kelihatan cerah."
Perikatan itu mahu menggunakan ruang yang ada untuk mengukuhkan kedudukan menjelang tarikh pilihanraya umum ke-13.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Kit Siang berkata, pihaknya meletakkan sasaran untuk memperoleh kemenangan di 12 kawasan untuk menang selesa dalam pilihanraya umum ke-13.
"Dua belas kerusi marginal yang secara realistik Pakatan boleh menang termasuklah Arau di Perlis; Alor Setar di Kedah; Kuala Nerus di Terengganu; Larut, Kuala Kangsar, Kampar dan Lumut di Perak, Bentong, Raub dan Jerantut di Pahang, Sabak Bernam dan Pandan di Selangor, Rembau di Negeri Sembilan dan Bukit Katil di Melaka," katanya.
Kerusi-kerusi lain termasuklah Dungun di Terengganu; Jerlun di Kedah; Padang Rengas, Tambun, Parit, Tapah, Pasir Salak dan Bagan Datoh di Perak; Temerloh di Pahang; Sepang di Selangor dan Jempol di Negeri Sembilan.
Sebelum ini Kit Siang yang akan bertanding di Gelang Patah kali ini ada mengatakan Pakatan Rakyat boleh menang sehingga 33 kerusi Parlimen, tambahan kepada 82 yang diperoleh lima tahun lalu.
Fakta:
Kerusi parlimen (marginal) yang bakal dimenangi:
1) Arau (PAS kalah majoriti 300 undi)
2) Alor Setar (KEADILAN kalah majoriti 184 undi)
3) Kuala Nerus (PAS kalah majoriti 1,341 undi)
4) Larut (PAS kalah majoriti 1,911 undi)
5) Kuala Kangsar (PAS kalah majoriti 1,458 undi)
6) Kampar (DAP kalah majoriti 2,697 undi)
7) Bentong (KEADILAN kalah majoriti 12,549 undi)
8) Raub (DAP kalah majoriti 2,752 undi)
9) Jerantut (PAS kalah majoriti 1,946 undi)
10) Sabak Bernam (KEADILAN kalah majoriti 1,335 undi)
11) Pandan (KEADILAN kalah majoriti 2,961 undi)
12) Rembau (KEADILAN kalah majoriti 5,946 undi)
13) Bukit Katil (KEADILAN kalah majoriti 1,758 undi)
Daripada senarai ini, sembilan kerusi kalah di bawah 3,000 undi, dan cuma dua kerusi kalah di bawah 500 undi.
Berdasarkan maklumat pengiraan (dalam sistem pilihanraya), kerusi yang mempunyai majoriti kurang 3,000 undi dianggap kerusi kelabu (50:50) dan peluang untuk merampasnya dari tangan BN dikira cerah kerana:
a) Bilangan pengundi muda yang naik mendadak
b) Kempen penerangan dan maklum balas dari akar umbi
c) Kesedaran rakyat antara peringkat 30-45 tahun semakin tinggi
d) Undi rosak yang tinggi (400 ke 900 undi) dijangka akan berlaku jika sabotaj dari dalam parti BN sendiri ekoran tidak puas hati calon pilihan mereka ditolak
e) Bilangan calon muda dari Pakatan Rakyat ditampilkan oleh penyandang kerusi sekarang
f) Kesefahaman antara jentera Pakatan Rakyat di setiap kerusi parlimen
g) Sebaran media alternatif (Facebook, Twitter dan blog) kini memasuki kawasan Felda dan pedalaman
Adalah tidak mustahil lebih daripada 11 kerusi lagi yang disenaraikan Kit Siang mampu dimenangi dengan syarat kerja keras dari sekarang serta tampilkan calon pilihan majoriti pengundi untuk memikat mereka mengundi calon Pakatan Rakyat.
Statistik terbaru menunjukkan BN cuma menang 80 ke 95 kerusi (kerusi putih) berbanding Pakatan Rakyat (107 kerusi) sementara bakinya merupakan kerusi kelabu yang mesti direbut sebanyak mungkin.
Apakah dengan tambahan 12 kerusi ini mampu membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya?
Ia tidak mustahil untuk dilaksanakan!/JalanPulang
PELUANG MENJANA INCOME TERHEBAT
bera - pahang
BalasPadamtangga batu - ns
setiawangsa
tasik gelogur - p pinang
segamat
labis
ledang
bakri
kluang
kulai
muar
keningau
tawau
sandakan
tenom
beauford
kota marudu
penampang
ranau
pensiangan
stampin
sarikei
miri
limbang
in sya allah. pr akan melangkah ke putrajaya. sama2 kita doa ... aamiin.