KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat tidak sekali-kali dipilih dari para pemimpin NGO dan parti-parti politik lain, sebaliknya hanyalah terbuka kepada pemimpin-pemimpin yang berada dalam Pakatan Rakyat sendiri. Oleh itu, dakwaan yang mengatakan Tengku Razaleigh Hamzah akan dilantik menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, ternyata tidak berasas dan hanyalah disifatkan sebagai permainan politik Umno semata-mata. Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar (gambar) menjelaskan, dakwaan yang ditimbulkan media itu sebenarnya adalah mahu memberi tekanan kepada Tengku Razaleigh agar beliau menyatakan pendiriannya berhubung kedudukannya dalam parti kini sama ada mahu terus bersama Umno atau tidak. Menurut beliau, di pihak Pakatan Rakyat, perkara itu tidak berbangkit kerana Tengku Razaleigh bukannya berada dalam Pakatan Rakyat. Katanya, bagaimanapun sehingga kini Tengku Razaleigh tidak pula menjawab dakwaan itu bagi menyatakan pendiriannya, walaupun ia merupakan satu tekanan kepada beliau sendiri untuk menjawabnya. "Sungguhpun begitu, tindakan Tengku Razaleigh yang menubuhkan sebuah NGO baru, Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) amat kita persetujui dan alu-alukan kerana ia akan membangkitkan satu lagi suara di tanah air kita. "Tapi kalau sekadar pemimpin NGO, tidak berada dalam barisan kepimpinan Pakatan Rakyat, tidak berbangkit untuk Tengku Razaleigh hendak dilantik sebagai pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat," katanya ketika menjawab soalan Harakahdaily pada majlis tazkirah di pejabat Harakah, di sini, hari ini. Perlantikan Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang sebagai pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, menurut beliau, tidak pernah dibincangkan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat kerana perkara itu tidak pernah berbangkit dalam gabungan tersebut. "Malah dakwaan mengenainya disifatkan oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai 'lawak jenaka' seperti yang disiarkan Harakahdaily hari ini," katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru (Bebas), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mengatakan beliau telah mendapat maklumat bahawa Pakatan Rakyat mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Zahrain yang merupakan bekas ahli PKR itu mendakwa pelawaan terhadap Tengku Razaleigh itu dibuat oleh Pakatan Rakyat sebagai persiapan Pakatan Rakyat menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 tidak lama lagi, ekoran Anwar berhadapan masalah berhubung kontroversi video seks dan dipercayai akan dipenjarakan berikutan kes liwat. Ekoran dakwaan itu, beberapa blogger Umno kemudiannya menuduh Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah dalang utama yang merancang untuk membawa Tengku Razaleigh ke dalam Pakatan Rakyat. Mereka mendakwa terdapat satu pertemuan di kediaman Menteri Besar Kelantan antara Tuan Guru Nik Abdul Aziz dengan anak-anak pejuang Umno termasuk anak kepada bekas Menteri Besar Selangor, Harun Idris, Mazlan Harun bersama anak Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar serta seorang pegawai berkerja di rumah Tengku Razaleigh. "Lawak jenaka!, Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadhan ini, tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak," kata Nik Aziz mengulas perkara itu melalui Facebook. Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Kamarudin yang juga Ahli Parlimen Tumpat turut menasihati para pemimpin dan ahli-ahli Pakatan Rakyat agar tidak terpengaruh dengan permainan politik Umno itu. "Dakwaan yang tidak berasas itu tentunya turut mempunyai maksud untuk melaga-lagakan antara para pemimpin Pakatan Rakyat dengan sesama pemimpin Pakatan Rakyat, Tengku Razaleigh dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sebagainya. "Jadi para pemimpin dan ahli-ahli parti yang berada dalam Pakatan Rakyat perlu berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan permainan Umno itu demi kepentingan Pakatan Rakyat," tegas beliau. Ramadhan bulan tarbiyah Sebelum itu, dalam tazkirahnya, beliau turut mengingatkan setiap umat Islam agar berusaha mempertingkatkan tahap keimanan dan ketakwaan kepada Allah sempena ketibaan bulan Ramadhan tahun ini. "Setelah Ramadhan demi Ramadhan kita lalui, sepatutnya Ramadhan tahun ini menjadikan iman dan ketakwaan kita kepada Allah semakin meningkat. "Begitu juga dengan perkara-perkara lain yang meliputi perjuangan untuk akhirat dan keduniaan, selaras dengan tuntutan Allah yang perlu terus kita pertingkatkan lagi dari semasa ke semasa terutama dengan ketibaan Ramadhan tahun ini," katanya. Cabaran Ramadhan, katanya, antara lain adalah agar setiap muslimin dan muslimat menjadi hamba Allah yang lebih baik dalam pelbagai aspek, sejajar dengan latihan dan praktikal ibadat puasa itu sendiri yang memberikan pelbagai bimbingan, ilmu dan pengalaman kepada setiap orang dari segi kerohanian. Katanya, pengalaman itu pula tidak terkecuali sama ada yang dikumpulkan dengan hanya melibatkan individu itu sendiri sahaja dan menerusi jemaah, termasuk melalui solat tarawih dan berbuka puasa secara berjemaah.HarakahDaily Komen : Ni dia jawapan kepada puak-puak jahanam yang buat kecoh... Rakyat tidak boleh di bodohkan lagi....!!!!!!!!!! Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Didikkan Agama..!! |
Senarai Blog...Geng
-
Kakak bunuh adik usia 3 tahun, kepala terpisah dari jasad - BHarianonline JAKARTA: Seorang kakak, 21, yang hanya dikenali sebagai KK, disyaki membunuh adiknya, MF, yang berusia tiga tahun di Kabupaten Ketapang, Kali...39 minit yang lalu
-
-
SOLIDARITI PAS, UMNO BAKAL GEGAR PUTRAJAYA - Syabas dan tahniah kepada Pas kerana membuat keputusan yang tepat dan sangat betul untuk bersolidariti bersama Najib Razak pada 6 Januari 2025 akan datan...5 jam yang lalu
-
Kastam Pahang Rampas Rokok, Minuman Keras Bernilai RM1.6 Juta Dalam Tiga Serbuan Di Johor Dan Selangor - *TEMERLOH*: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga ...Sehari yang lalu
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan - *ULASAN* *Melepas jawatan tepat pada masa sesuaipada kerika, kata Samsuri.*PELETAKAN jawatan sebagai Bendahari Agung PN oleh *Ahmad Samsuri Mokhtar* mas...Seminggu yang lalu
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...9 bulan yang lalu
-
TV Islam : AKHIR ZAMAN, BENCANA, PEPERANGAN, AL MAHDI - #SayangIslamSebarkanKebenaranIslam #BilaFahamIslamItulahKemenanganIslam Video pilihan untuk sebar kebaikan Islam....semoga akan ramai yang faham Islam ya...2 tahun yang lalu
-
Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri... - Nak beli domain mudah dan servis terbaik.... * https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778 * klik banner yang kami beri ini... *Testimoni klik s...3 tahun yang lalu
-
Pengkhianat Mandat Rakyat PRU14 yang ke 2 - Jahat orang ini anak didik mahadir orang ini terlibat dengan pengkhianat MANDAT RAKYAT PADA PRU14 lepas.... Ingat!!! jika orang ini bertanding lagi pa...3 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...3 tahun yang lalu
-
-
hiburan : INSOMNIACKS – PULANG - *JOM LAYAN LAGU TENGAH HOT * *SEKARANG INI* *KLIK SINI*4 tahun yang lalu
-
Video:The Dawn of A New Malaysia - *Video courtesy of IBR Asia Group* *-The office of MP for Shah Alam-* www.khalidsamad.com6 tahun yang lalu
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN - MAKA dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami. Rakyat Malaysia berhasrat men...6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...7 tahun yang lalu
Categories
1MDB
Agama
AHLI PAS
AirAsia
Ajaran Sesat
Amanah
Anwar
arak mas
Bantah GST
Bantah GST 1 mei
BantahObama
BebaskanAnwar
Berita Dunia
Berita Hot!!
BERITA PAGI
Berita Semasa
Berita sukan
BERSIH
BERSIH 4.0
CELAKA
CERAMAH
Dakwah..
DAP
Datuk Husam Musa
DEKLARASI RAKYAT
Dunia Islam
Fitnah
Fitnah 2
FITNAH UMNO
G18
GST
Harapan Baru
himpunan
Hudud
Iklan
iNFO PAGI
IS
Isu Semasa
Kajian
keadilan
Kedah
Kelantan
kerajaan
Kerajaan Haram
Khalid Samad
Live
Luar Negara
Malaysiaku
MAT SABU
MB Selangor
MH17
MH370
MINYAK NAIK..
NGO ISLAM
Nik Omar
Pakatan Harapan
Parlimen
PAS
PAS TERENGGANU
PASMA
Pemimpin umno curi duit rakyat
PH
PKR
PR
PR 2.0
PRK
PRK Bukit Gelugor
PRK Kajang
PRK Pengkalan Kubur
PRK Teluk Intan
pru14
Rafizi Ramli
Rakyat
Rasuah
Reformasi 2
Sahabat Anwar
Salahuddin Ayub
SAMM
Sebarkan
Selangorku
SPR
SPR Tipu
Terengganu
TGHH
TGNA
Tokoh
TPPA
Ulama
Ustaz Azhar Idrus
Popular Posts
-
Ahli Jawatankuasa Gabungan Janji, Hishamuddin Rais ...
-
Mat Zain: Isu di Lahad Datu tak ubah seperti kes Sauk Seorang bekas pegawai tinggi polis berkata rakyat sepatutnya menuntut agar k...
-
Kesemua 13 ketua cabang PKR seluruh P.Pinang merayu Nurul Izzah supaya menarik balik keputusan beliau untuk meletak jawatan seba...
-
Mat Sabu: Malaysia & Myanmar The Most Undemocratic In Southeast Asia Iklan Penaja Jawapan Kepada Puak-Puak Umno Yang Kurang Did...
Isnin, Ogos 01, 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...