Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Ahad, Ogos 21, 2011

Isu Ustaz Azmil Mustafa (Ali Setan) : Bodoh ilmu dan jahil agama itu sebab umno ni panas!!

Bodoh ilmu dan jahil agama itu sebab umno ni panas!! bila di tegur..Tak salah Azmil berhujah dengan Al-quran... Kami sudah dengar ceramah dia tak ada yang menyimpan langsung pun... klik sini hayati ceramah dia... 

Orang melayu perlu bersatu bersama islam..


Bekas artis hina Melayu
SUBANG – Tindakan seorang pelakon lelaki terkenal era 1980-an yang didakwa mengkafirkan kerajaan selain menyindir dan memperlekehkan institusi diraja dalam tazkirahnya di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, di sini, mengundang kemarahan kira-kira 300 ahli jemaah menunggu untuk menunaikan solat Terawih di masjid itu malam kelmarin.

Berikutan itu, dua laporan polis dibuat terhadapnya di sini, semalam.

Bilal I Masjid An-Nur, Mohd Shafie Nasib berkata, pelakon itu memulakan sesi tazkirahnya selepas solat Isyak dan berlangsung selama lebih sejam sehingga menimbulkan kegelisahan ahli jemaah termasuk wanita yang menunggu untuk bersolat Terawih.

Bukan itu sahaja, aktor yang menempa nama menerusi filem-filem kisah cinta remaja pada zaman glamornya itu turut menyindir dan memperlekehkan institusi diraja yang dikatakan tidak patut ditaati kerana sewajarnya ditaati hanya ALLAH.

“Selain itu, dia turut melabelkan kerajaan sebagai kafir kerana mengamalkan undang-undang kafir. Menghina Rukun Negara dan menuduh sekolah kerajaan mengikut acuan kafir selain mendakwa tidak wujud sekolah agama Islam yang sebenar di negara ini,” katanya.

Paling mengejutkan, kata Shafie apabila artis itu berulang kali mengecam orang Melayu sebagai bangsa yang bodoh.

“Ini yang menyebabkan semakin ramai orang meninggalkan masjid kerana tidak berpuas hati dengan kata-katanya yang sangat kesat dan menghina itu,” katanya.

Shafie berkata, seorang warga emas turut menjadi mangsa kritikan artis itu apabila pertanyaannya sama ada tazkirah itu sebenarnya program ceramah politik.

“Penceramah itu mempertikaikan solat, zakat dan haji warga emas berkenaan yang menurutnya jadi sia-sia kerana menegur perbuatannya,” katanya.

Ditanya siapa yang me-ngundang artis itu dipercayai tidak mempunyai tauliah daripada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk berceramah, Shafie mengakui dia tidak tahu.

“Saya pun tak sangka sampai begitu sekali,” katanya.SinarHarian

Iklan Penaja
    

2 ulasan:

  1. kenapa guna tazkirah zohor utk compare dgn ceramah beliau malam tu? memang betul beliau sindir melayu dan mengingatkan kepada pentingnya mentaati Allah berbanding manusia.

    saya tak kata ceramahnya tak bagus,tapi memang ramai org yg keluar dan macam marah.saya keluar sebab ada hal nak dibuat malam tu,bukan sebab protes.

    BalasPadam
  2. Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...