Senarai Blog...Geng

Popular Posts

Khamis, Disember 30, 2010

Kes Fitnah II: Hakim Malaysia Turuti Nasihat Hakim Israel?

Oleh Hanipa Maidin   

hanipa2Sekiranya ada pertandingan “apakah perbicaraan yang paling lucu abad ini” mungkin agaknya pembaca akan bersetuju dengan saya sudah tentu juri akan memilih perbicaraan Anwar Ibrahim sebagai juara pertandingan tersebut.

Mana tidakknya ? Sudah menjadi pengetahuan umum boleh dikatakan hampir semua permohonan yang dibuat oleh pasukan peguam Anwar telah ditolak oleh Mahkamah dan jika pun ada rayuan dibuat sama ada di Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan kedua-dua Mahkamah tersebut juga tidak akan bersimpati kepada Anwar.

Yang terbaru kita menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi gagal dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi di sini supaya dibekalkan dengan nota-nota klinikal doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan demikian setelah mendapati Ketua Pembangkang itu gagal memenuhi keperluan perundangan untuk membolehkan mahkamah mengarahkan pasukan pendakwaan membekalkan dokumen terbabit kepada pihak pembelaan.

Anwar telah memohon dibekalkan nota-nota klinikal tiga doktor HKL yang memeriksa bekas pembantu peribadinya itu pada 28 Jun 2008 bagi membuktikan wujud percanggahan dalam keterangan Mohd. Razali di mahkamah dengan catatannya dalam dokumen tersebut.

Memang agak sukar untuk menerima rasional penolakkan Hakim ke atas permohonan Anwar tersebut. Keputusan hakim tersebut sudah tentu menyukarkan lagi usaha pasukan peguam Anwar untuk melakukan pemeriksaan balas secara efektif ke atas saksi pendakwa iaitu doktor pakar HKL yang memeriksa Saiful.

Bagi mana-mana peguam yang mengendalikan perbicaraan jenayah sudah tentu nota-nota klinikal doktor pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jun 2008 adalah dokumen yang maha penting untuk dilihat dan diteliti kerana ia akan membantu kerja peguambela bagi membuat pemeriksaan balas ke atas saksi pakar tersebut dengan lebih efektif. Sekiranya nota-nota klinikal doktor pakar HKL tersebut dibekalkan kepada peguambela Anwar barulah peguam Anwar boleh merujuk nota-nota klinikal tersebut kepada doktor pakar yang Anwar “hire” bagi mendapatkan khidmat nasihat bagi tujuan pemeriksaan balas saksi doktor pakar HKL tersebut

Harus diingat saksi yang pendakwa panggil adalah doktor pakar HKL dan bukannya bomoh HKL. Terdapat perbezaan besar menyoal balas seorang doktor pakar dengan menyoal seorang bomoh.Jika pendakwa di dalam kes Anwar hanya memangil seorang bomoh atau Tok dukun yang memeriksa Saiful, sudah tentu pasukan peguam Anwar tidak perlu bersusah payah mendapatkan nota-nota klinikal kecualilah di dalam Negara ini ada bomoh yang juga mempunyai nota-nota klinikal !!!

Dalam keadaan pendakwa memanggil doktor pakar memberikan keterangan adalah suatu yang tidak boleh diterima bagaimanakah seorang Hakim boleh dengan mudah menolak permohonan Anwar bagi mendapatkan nota-nota klinikal doktor pakar tersebut. Sudah tentu keputusan Hakim menolak permohonan Anwar tersebut tidak boleh dikatagorikan sebagai satu perbicaraan yang adil dan telus sepertimana yang dijanjikan oleh Kerajaan BN kepada masyarakat antarabangsa.

Keputusan Hakim menolak permohoan Anwar bagi mendapatkan nota-nota klinikal doktor pakar HKL tersebut adalah satu dari siri-siri penolakkan permohonan Anwar bagi mendapatkan perbicaraan yang adil ke atasnya. Tidak keterlaluan hatta jika Anwar mendapatkan peguam yang terhebat di dunia seperti QC ( Queen Counsel ) peguam hebat tersebut juga tidak akan sama sekali berjaya membantu Anwar jika perbicaraan dijalankan dalam keadaan mata Anwar ditutup , mulutnya dikunci dan kedua-dua tangan dan kakinya diikat oleh pendakwa dan Mahkamah pula merestui tindakan pendakwa tersebut.

Di bawah ini saya senaraikan , setakat yang saya ingat, senarai permohoan Anwar yang ditolak oleh Mahkamah.

Pertama, Anwar pernah membuat permohonan laporan toksikologi dikeluarkan dari bahan bukti atas alas an ianya telah tercemar namun Hakim menolak permohonan Anwar tersebut . Alasan Anwar membuat permohonan tersebut adalah disebabkan pasukan peguam Anwar mendakwa laporan perubatan itu 'tercemar' kerana Mohd. Razali telah merujuk kepada laporan toksikologi semasa pemeriksaan balas sedangkan laporan berkenaan (toksikologi) tidak diserahkan bersama laporan perubatan yang dibekalkan kepada mereka.

Kedua, Anwar juga pernah membuat permohonan agar kes sodomi II beliau digugurkan ekoran hubungan romantis antara saksi utama kes Saiful Bukhari Azlan dan salah seorang anggota pasukan pendakwa. Bagaimanapuan Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Anwar tersebut. Adalah menarik dicatatkan di sini di dalam afidavit pihak pendakwa, mereka tidak menafikan atau mengesahkan adanya hubungan ini tetapi mengesahkan Farah dan Saiful tidak boleh akses kepada dokumen.

Ketiga Anwar juga pernah membuat permohonan untuk membatalkan kenyataan bertulis pendakwa raya yang menyatakan tiada fakta memihak kepada pihak pembelaan dalam kes liwatnya. Di dalam permohonannya Anwar memohon perintah perisytiharan bahawa kenyataan bertulis yang ditandatangani oleh Timbalan Pendakwa raya dan diserahkan kepadanya pada 24 Jun lalu tidak menepati Seksyen 51A(1)(c) Kanun Prosedur Jenayah, batal dan tidak sah.

Antara fakta yang didakwa Anwar memihak kepada beliau ialah laporan Dr. Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi bertarikh 28 Jun 2008 dan laporan Dr. Khairul Nizam Hassan, Mohd. Razali Ibrahim serta Dr. Siew Sheue Feng dari Hospital. Bagaimanapun Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) memutuskan menolak dengan kos permohonan Anwar tersebut .

Keempat , Anwar juga pernah membuat permohonan Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan keseluruhan keterangan bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada polis dua tahun yang lalu. Peguam Anwar , Karpal Singh membuat permohonan itu selepas Saiful yang mengadu diliwat Anwar memberitahu Mahkamah Tinggi yang dia tetap dengan pendirian bahawa kejadian liwat yang didakwanya itu adalah tanpa kerelaan dia. Saiful berkata demikian semasa disoal balas oleh Karpal yang mengetuai pasukan pembelaan.

Seperti yang diduga permohonan Anwar tersebut juga ditolak oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin. Hakim menyatakan beliau memutuskan untuk menafikan akses kepada dokumen yang dipohon menerusi Karpal Singh kerana tiada percanggahan dalam keterangan Saiful kepada polis dan di Mahkmah

Kelima , Datuk Seri Anwar Ibrahim juga pernah membuat permohonan bagi mendapatkan nota klinikal, laporan, spesimen dan maklumat lain disediakan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang menjalankan pemeriksaan perubatan ke atas bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi pembelaan kes liwatnya. Dalam permohonannya, Anwar turut meminta dibekalkan keseluruhan sejarah perubatan Mohd Saiful ketika diperiksa pada 28 Jun 2008, borang (proforma) dan peralatan penderaan seks digunakan di HKL serta kelulusan akademik ketiga-tiga pakar terbabit. Sekali lagi Hakim menolak permohonan Anwar di atas alasan tiada peruntukan undang-undang dan asas perundangan yang membolehkan pembelaan dibekalkan dengan dokumen, sampel dan peralatan berkenaan.

Permohonan Anwar yang terbaru yang masih belum diputuskan oleh Mahkamah adalah permohonan bagi meminta Hakim Datuk Mohamad Zabidin menarik diri ( recusal ) dari mendengar kesnya. Berdasarkan keputusan Mahkamah ke atas kesemua permohonan yang saya sebut di atas adakah suatu keajaiban akan berlaku di dalam permohonan Anwar terbaru ini.

Mungkin Hakim Datuk Mohamad Zabidin perlu meneliti nasihat dari Hakim Israel iaitu Hakim Ehud Barak yang memberi satu nasihat yang amat berguna kepada para Hakim iaitu “ when we ( judge ) sit to judge , we are in fact being judged.” ( Apabila kita kata ( hakim ) duduk menghakimi hakikatnya kita yang sedang dihakimi.” )SuaraKeadilan


Komen : Kami merayu kepada rakyat malaysia buka mata,teliga anda lihat dan dengar perbuatan jahat dari pemimpin umno yang tamakkan harta dan gila kuasa sanggup melakukan kianat sesama islam... Ayuh!!! tunjukan kebenaran di pihak yang benar!!! Pasti!!! Allah bersama-sama orang yang benar!!!! takbir!!!!!!!!
    

Kit Siang Ulas Isu Lantikan SUK Selangor

Kit Siang: Lantikan SUK langgar semangat perlembagaan Selangor

December 30, 2010
Gambar fail Llim Kit Siang
KUALA LUMPUR, 30 Dis — Pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri tanpa mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sebenarnya telah melanggar semangat perlembagaan Selangor, dakwa Lim Kit Siang hari ini.

Penasihat DAP menyangkal hujah pegawai Istana Selangor bahawa tiada peruntukan yang mengatakan persetujuan Menteri Besar mesti diperlukan apabila pelantikan seumpama itu dibuat.

Justeru kata Lim (gambar), hujah-hujah sedemikian “sangat lemah dan tidak boleh diterima.”
Dari segi tafsiran literal, kata beliau, Putrajaya tidak harus melibatkan Sultan dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri memandangkan tidak ada peruntukan dalam perlembagaan negeri yang mengatakan Sultan mesti dipersembahkan mengenai pelantikan ataupun sebarang perkenan diraja diperlukan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, meskipun tiada peruntukan dalam perlembagaan negeri Selangor mengenai peranan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan sewajarnya perlu “amat berhati-hati” dalam melantik “pegawai yang sangat tidak popular” untuk berkhidmat sebagai pegawai tertinggi dalam pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat.

“Ketua Setiausaha Negara yang diberikan tanggungjawab perlembagaan untuk membuat pelantikan ini, seharusnya memikirkan bahawa perikatan yang berbeza memerintah kerajaan negeri persekutuan dan Selangor dan (oleh itu) penting untuk memastikan penyandang jawatan boleh bekerja sebagai penghubung ataupun sekurang-kurangnya tidak dilihat sebagai mudarat kepada kepentingan kerajaan negeri Selangor dan begitulah sebaliknya kepada kerajaan persekutuan,” kata Lim dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kata beliau, konvensyen perlembagaan agar diadakan perundingan dengan Menteri Besar berhubung soal pelantikan seharusnya diberi perhatian dengan mengambil kira hubungan persekutuan-kerajaan negeri yang sihat boleh terjejas dengan siri perkembangan seperti ini.

“Artikel 55 Perlembagaan Negeri Selangor mengenai Sultan bertindak atas nasihat menyediakan peruntukan bahawa Sultan seharusnya bertindak atas nasihat Majlis Eksekutif Negeri kecuali dalam keadaan-keadaan spesifik - dan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri bukan salah satu kes yang terkecuali di mana Sultan boleh bertindak berdasarkan budi bicara baginda.

“Sidek seharusnya membetulkan pelanggaran semangat ini,” kata beliau sambil menambah, Ketua Setiausaha Negara sewajarnya mengadakan perundingan bermakna dengan Menteri Besar dalam soal pelantikan ini dan mengelakkan krisis perlembagaan.

Semalam, kerajaan negeri Selangor menyangkal dakwaan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani bahawa ia lewat menghantar senarai calon untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Setiausaha politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, berkata tidak ada peruntukan yang menyatakan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dibuat dalam tempoh masa tertentu.
Beliau berkata kerajaan negeri mengadakan proses pemilihan bagi jawatan tersebut pada 27 November lepas dengan menubuhkan sebuah panel temuduga sejajar dengan nota amalan.

Menteri Besar tidak mahu menggunakan kuasa penentu untuk memilih pegawai tinggi kerajaan,” kata Faekah dalam satu kenyataan.

Kelmarin, Munir dilaporkan berkata Menteri Besar lewat menghantar senarai nama tiga calon yang disenarai pendek bagi mengisi kekosongan jawatan itu.

Khalid sebelum ini dilaporkan berkata pelantikan Khusrin, yang juga Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru belum muktamad kerana beliau tidak pernah dimaklumkan mengenainya.TheMalaysiaInsider
    

Rabu, Disember 29, 2010

Faekah: Tiada Had Tempoh Pelantikan SUK



SHAH ALAM 29 DIS : Kerajaan Negeri Selangor hari ini menyangkal dakwaan kenyataan Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor, Datuk Munir Bani yang mendakwa kononnya Kerajaan Negeri lewat menghantar senarai calon untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Husin menegaskan bahawa tidak terdapat dalam mana-mana peruntukan yang menyatakan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dibuat dalam tempoh atau masa  tertentu.

Tambahan pula katanya, jawatan Datuk Ramli Mahmud selaku Setiausaha Kerajaan Negeri sepatutnya hanya tamat pada 20 Mac 2011.

"Perlu ditegaskan di sini, Kerajaan Negeri telah menjalankan proses pemilihan pada 27 November 2010 dengan menubuhkan Panel Pemilihan yang sejajar dengan Nota Amalan Perkhidmatan Awam.

"Panel yang diketuai oleh Speaker Dewan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim serta dianggotai oleh dua Ahli Majlis Kerajaan Negeri iaitu  Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan  Dr Xavier Jayakumar, telah menemuramah enam calon dari lapan nama yang telah dicadangkan oleh Pejabat Setiausaha Negeri dan Pejabat Sumber Manusia.

Ujar Faekah, panel pemilihan tersebut telah menyenarai pendek calon-calon dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim  pada 17 Disember 2010 telah mempersembahkan nama-nama tersebut untuk pertimbangan Sultan bagi mengisi jawatan tersebut.

"Meskipun penubuhan panel ini bukanlan satu kemestian, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat mahu menyemai satu tatacara yang baik yang mana pelantikan jawatan tinggi perlu melalui proses telus, bebas dan bertanggungjawab.

"Menteri Besar tidak mahu menggunakan kuasa penentu untuk memilih pegawai tinggi kerajaan.
"Pakatan Rakyat Selangor kesal dengan perkembangan mutakhir ini dan merasakan ia adalah tindakan yang didalangi individu tertentu yang mahu menggunakan istana demi kepentingan politik mereka," katanya.

Menurutnya lagi, isu perlantikan Datuk Khusrin Munawi ini timbul sejurus sebelum Umno mengumumkan Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai Ketua Perhubungan Umno Selangor.
Justeru, Pakatan Rakyat Selangor memohon rakyat Selangor bertenang dan tidak mengeluarkan  kenyataan provokasi yang tidak akan membantu dalam mencari  penyelesaian terbaik.

"Pentadbiran ini menggalakkan persatuan dan  pertubuhan masyarakat mengadakan solat hajat di seluruh negeri bagi memberi kekuatan dan kebijaksanaan kepada  Sultan dan pemimpin negeri dalam menangani salah faham ini (miscommunication).

"Begitu juga kepada masyarakat bukan Islam digalakkan menjalankan upacara keagamaan menurut kepercayaan masing-masing," katanya lagi.TVSNEWS

Komen : Sultan selangor perlu bertindak bijak, sebaik mukin dan berhubung dengan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu ini... kalau isu ini diselesaikan dengan baik...kerajaan negeri dapat menjalankan pertahbiran dengan baik... seperti 3 tahun yang lepas.. Terbukti!!!!
    

Saman Fitnah Terhadap Dr Chandra Didengar 23 Feb




KUALA LUMPUR 29 DIS: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 23 Feb depan bagi pengurusan kes saman fitnah RM10 juta yang difailkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tokoh akademik dan Presiden Just World Movement Dr Chandra Muzaffar.
   
Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Anisah Normah Muhammad Nor menetapkan tarikh itu di dalam kamar ketika kes itu dikemukan untuk pengurusan
kes.
   
Peguam Wan Anuar Shaddat Mohamed Amin mewakili Anwar, manakala Dr Chandra diwakili peguam Mohamed Zaharudeen Harun.
   
Pada 6 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Dr Chandra kerana mendakwa ahli akademik itu mengeluarkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya pada satu forum di Menara Star di Petaling Jaya pada 3 Mac 2008, yang kemudiannya
disiarkan oleh akhbar.
   
Dalam kenyataan bela dirinya yang difailkan pada 16 Mei 2008, Dr Chandra Muzaffar menafikan memberi komen yang berniat jahat, palsu atau berbaur fitnah
tentang Anwar, yang didakwa ketua pembangkang itu telah tersiar dalam dua akhbar berbahasa Inggeris pada 5 Mac 2008.
   
Dr Chandra juga mendakwa bahawa walaupun kata-kata yang beliau ucapkan itu berbaur fitnah (tetapi beliau menafikan perkara itu), ia disiarkan dengan
perlindungan bersyarat, tanpa berniat jahat.-Bernama


Komen : Kami harap mahkamah kena berlaku adil dalam membuat keputusan... Jangan di pengaruhi oleh sesiapa.
    

Nizar Dedah Kejahatan Umno!!! Panas!!

Perlantikan Kusrin dibimbangi – Nizar

SHAH ALAM, 28 Dis – Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Nizar Jamaluddin, melahirkan kebimbangannya terhadap perlantikan Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau berkata, tidak mustahil apa yang berlaku semasa rampasan kuasa di Perak akan berulang kembali sehingga menyebabkan runtuhnya Sebuah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, yang diberikan mandat oleh rakyat pada pilihan raya umum ke 12 (PRU-12) lalu.

Nizar menegaskan, jika perlantikan Khusrin ini diteruskan, besar kemungkinan terdapat campur tangan daripada Kerajaan Pusat dalam membuat keputusan Mesyuarat Exco Negeri Selangor.
“Apa saja keputusan yang diputuskan dalam mesyuarat Exco, sepatutnya setiausaha sulit akan keluarkan arahan dan laksanakan, kemudian putuskan dalam mesyuarat.

“Ini tidak, apa yang tak diputuskan dia buat, mesyuarat Exco tak bincangkan masalah ini, dia sendiri akan buat surat dan keluarkan arahan tanpa kita bagi arahan daripada mesyuarat Exco,” katanya.

Sebelum ini, Umno-BN telah merampas negeri Perak dari Pakatan Rakyat (Pakatan) gara-gara tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) nya bertindak lompat parti dan menjadi Adun Bebas. Mereka ini adalah Adun Behrang, Changkat Jering dan Jelapang.

Kelayakan ketiga-tiga Adun ini masih dipertikai kerana ketiga- tiga kerusi Dun itu telah diumumkan kosong oleh Speaker Dun Perak, V. Sivakumar.

Nizar juga mempertikaikan perlantikan Khusrin ini dan menganggap ia sebagai membelakangkan Menteri Besar Selangor kerana keputusan dibuat tanpa meminta pandangan Menteri Besar itu.
“Saya berpendapat bahawa ini adalah satu tindakan yang tidak menghormati kedudukan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar yang dipilih oleh rakyat.

“Sebagai Menteri Besar, beliau patut diberikan peluang untuk membuat keputusan  untuk memilih orang yang boleh berkerja sebagai setiausaha sulitnya, walaupun ada perlantikan daripada Putrajaya tapi pandangan dia mesti dihormati oleh Putrajaya ataupun SPA, jadi ini menunjukkan membelakangkan Tan Sri Khalid dengan hanya menggunakan Tuanku Sultan,” jelasnya.SelangorKini

Komen : Kepada ketua wakil rakyat PR pastikan YB2 PR bersama dan berganding bahu mempertahankan kuasa di selangor negeri yang terkaya di malaysia.... YB PR perlu buat protes di atas perlantikan kusrin... Jangan terjadi seperti di negeri perak... Lawan Tetap Lawan...lawan sampai menang...
    

Isnin, Disember 27, 2010

Pelantikan 'Kontroversi' Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Lantikan SUK S'gor: ADUN harap tiada sabotaj

Pelantikan 'kontroversi' setiausaha kerajaan negeri yang baru diharapkan dapat dibuat dengan telus, beramanah dan bebas daripada sebarang bentuk unsur sabotaj, kata ADUN Kampung Tunku Lau Weng San.

NONEWakil rakyat DAP itu berkata, kerusi itu harus diisi oleh calon yang betul-betul komited, berupaya dan bebas sahaja.

“Memandangkan setiausaha kerajaan negeri merupakan pegawai utama yang akan bekerja bersama-sama dengan kerajaan negeri Selangor, maka perlantikan ini harus mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri Selangor,” kata Lau (kiri).

Dalam satu kenyataan hari hari ini, Lau juga berkata, pelantikan mengejut dan mengemparkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohd Khusrin Munawi itu tidak sepatutnya diumum sebelum mendapat persetujuan kerajaan negeri.

Beliau berhujah, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara 52 (1), jawatan perlantikan ke jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.

“Oleh itu adalah jelas bahawa perlantikan jawatan setiausaha kerajaan negeri ini tidak semestinya dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, malahan ia boleh dilantik daripada 'Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan' termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Selangor,” katanya.

Lau juga berpendapat, kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa pelantikan Khusrin mendapat perkenan daripada Tuanku Sultan Selangor “mengelirukan”.

Ini kerana, tambahnya, tidak disebut dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 bahawa perlantikan jawatan itu perlu mendapat perkenan baginda.MalaysiaKini

Komen : Umno memang bangsat!! undang-undang ikut suka dia je... Umno nampaknya makin terdesak, rakyat malaysia akan hukum pada PRU13 nanti....tunggu hari akan tiba..
    

Tok Guru Nik Aziz Bidas!! TPM Muhyidin.

Laksana hanya setelah PR berkuasa: Nik Aziz

KOTA BHARU - Resolusi 100 hari yang dikemukakan pembangkang pada konvensyen mereka pada Ahad lalu hanya akan dilaksanakan setelah pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negara, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pakatan Rakyat (PR) tidak akan melaksanakan janji tersebut dalam waktu terdekat melainkan setelah memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

“Kita akan laksanakan bila pakatan dapat memerintah negara... Tunggu dan lihatlah nanti...Jangan nak jadi gangster,” katanya kepada media selepas majlis perkahwinan perdana anjuran kerajaan negeri melibatkan 101 pasangan baru di Pusat Tarbiyah Pas Kelantan (Putik) di sini, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin yang mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melaksanakan kenaikan gaji bagi pegawai-pegawai awam di negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang dahulu sekiranya pembangkang benar-benar prihatin dengan nasib penjawat awam.

Sehubungan itu,Nik Aziz meminta kerajaan Barisan Nasional (BN) menunggu sehingga pakatan pembangkang menerajui negara untuk melaksanakan resolusi itu.

Nik Abdul Aziz berkata, apa yang penting dalam mentadbir negara ialah memerintah untuk rakyat dan menjamin kesejahteraan mereka.

Beliau juga berkata, Pas akan melaksanakan pentadbiran Islam mengikut acuannya seperti yang ditetapkan di dalam Islam.

Mengenai perkahwinan, beliau menasihatkan pihak keluarga wanita mengenakan hantaran atau mas kahwin yang rendah serta berpatutan kepada pihak lelaki dan bukan membebankan mereka.

"Saya kahwin dulu hantaran RM100 sahaja untuk isteri saya. Malahan siapa nak kahwin anak saya, saya minta RM1,000 saja,” katanya.

Beliau berkata, perkahwinan penting bagi mengelakkan gejala sosial buang anak dan zina di dalam masyarakat. SinarHarian

Komen : Sangat tepat ulasan dan libasan tok guru kepada TPM yang tak tahu metamatik.. Rakyat perlu beri dulu kemenangan kepada pakatan rakyat kita tengok macam mana PR uruskan pertabiran negara. Kami percaya dan yakin dengan kepakaran yang ada di dalam PR....Jom ubah..Selamatkan Malaysia..!!
    

Sabtu, Disember 25, 2010

Pakatan Rakyat Perlu Bangkit!!! Dengan Buku Jingga Di Tenang.

Pakatan: SPR ‘tunduk’ desakan adakan pilihan raya kecil hari cuti

December 25, 2010
  KUALA LUMPUR, 25 Dis — PAS mendakwa keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menetapkan penamaan calon dan pengundian pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang pada hari cuti mingguan menunjukkan agensi itu “akhirnya tunduk” kepada gesaan Pakatan Rakyat selama ini.

Sambil menafikan pihaknya tidak berpuas hati dengan pemilihan hari penamaan calon dan pengundian itu kali ini, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar tetap menyifatkan SPR “double standard” sepanjang pilihan raya kecil diadakan.
Hari penamaan calon pilihan raya kecil DUN Tenang adalah pada 22 Januari iaitu hari Sabtu manakala pengundian, jika ada saingan, akan berlangsung 30 Januari yang jatuh pada hari Ahad.

“SPR memang double standard, itu semua orang tahu.
“Tapi akhirnya SPR tunduk kepada tuntutan yang Pakatan Rakyat buat selama ini yang mana kita mahu pilihan raya kecil diadakan pada cuti umum.

“Ini menunjukkan SPR telah tunduk kepada Pakatan Rakyat, ia juga menunjukkan SPR sudah mula mengamalkan demokrasi seperti mana yang sepatutnya,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
PAS akan mewakili Pakatan Rakyat manakala Umno pula membawa cabaran Barisan Nasional di DUN Tenang kali ini.

PAS sedang menghalusi empat nama manakala Umno-BN pula tujuh.
SPR meramalkan peratusan keluar mengundi dalam lingkungan 80 peratus berbanding 74 peratus 8 Mac 2008.

Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandang Datuk Sulaiman Taha, wakil rakyat Umno-BN, 17 Disember lepas.
Ia pilihan raya kecil pertama di Johor sejak Mac 2008, malah ia juga yang pertama sejak pilihan raya kecil DUN Tambatan yang diadakan pada 1989.

DUN Tenang, salah satu daripada dua kerusi negeri dalam Parlimen Labis yang berjirankan kerusi Parlimen Pagoh yang bersempadankan kawasan Parlimen Pagoh di sebelah barat, Parlimen Sekijang di utara dan negeri Pahang di sebelah timur.

Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.
Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, SPR yang dipengerusikan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sentiasa menyusahkan negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat apabila pilihan raya kecil diadakan.

“Bila pilihan raya kecil diadakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat, SPR akan menyusahkan pengundi apabila umumkan ia diadakan pada hari bekerja.

“Tapi bila ia diadakan di negeri Barisan Nasional (BN), SPR umumkan pada cuti umum pula. SPR sahaja nak menyusahkan Pakatan Rakyat,” katanya sambil merujuk dengan beberapa pilihan raya kecil yang telah diadakan sebelum ini termasuk di Bagan Pinang, Galas, Manek Urai dan Kuala Terengganu.
Harakahdaily pula memetik Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa menyifatkan tindakan SPR menetapkan tarikh 22 dan 30 Januari depan iaitu hari cuti sebagai tarikh penamaan dan pengundian bagi pilihan raya kecil DUN Tenang, jelas memperlihatkan sikap “double standard” badan itu.

Beliau berkata, SPR dilihat tidak konsisten apabila pada pilihan raya kecil DUN Galas 4 November lalu, pengundian dibuat pada hari bukan cuti umum sehingga memaksa kerajaan negeri Kelantan pada waktu itu mengumumkan tarikh itu sebagai cuti peristiwa.

Katanya, apabila berdepan pilihan raya kecil di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, SPR dilihat cenderung mengadakan proses penamaan dan pengundian pada hari bekerja sedangkan apabila di kerusi BN, tindakan sebaliknya dilakukan SPR.

Kerusi DUN Tenang mempunyai 14,753 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.
Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus) dan lain-lain 11 orang (0.07%).
Mengikut pecahan umur, seramai 3,271 pengundi berusia antara 30 hingga 39 tahun, 3,602 (40-49 tahun), 2,788 (50-59 tahun), 1,897 (60-69 tahun), 1,188 (70-79 tahun), 268 (80-89 tahun) dan lebih 90 tahun pula 70 orang.TheMalaysiaInsider

Komen :  SPR adalan cawangan umno yang kita semua tahu....Yang penting Pakatan Rakyat perlu turun berhabis-habisan memberi penerangan dan masa untuk menyerang balas.Kami pasti sekiranya maklumat tentang "buku jingga" Pakatan Rakyat sampai kepada pengundi, PR akan menang di Dun Tenang ini dan memberi tamparan hebat kepada umnobn.....
    

Jumaat, Disember 24, 2010

Cikgu-Cikgu Ayuh!!! Ambil Perluang Terbaik Ini.

PR beri imbuhan setelah memerintah 100 hari
SHAH ALAM – Pakatan Rakyat berjanji akan memberi imbuhan kepada golongan pendidik sekiranya memerintah negara ini, sebagai satu insentif dan penghargaan terhadap peranan guru sebagai pembina negara.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, berhasrat untuk memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 kepada semua pegawai dan guru yang bertanggungjawab di dalam sistem pendidikan kita.
Anwar turut mempertahankan inisiatif imbuhan khas pendidik bulanan RM500, dijanjikan Pakatan Rakyat, tidak akan menyebabkan negara muflis sebagaimana didakwa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

“Saya kesal dengan kenyataan Menteri Pendidikan baru-baru ini yang memperlekehkan peranan guru sebagai pembina negara.

“Beliau menyebut bahawa tindakan memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap orang setiap bulan akan menyebabkan Malaysia muflis,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurutnya, imbuhan ini hanya akan menelan belanja RM3.2 bilion setahun yang merupakan jumlah ini adalah kecil berbanding pembaziran yang kini berleluasa di bawah Barisan Nasional (BN).

“Kos perbelanjaan semua lawatan Perdana Menteri ke luar negara setakat ini sebanyak RM8.7 juta boleh menanggung imbuhan bagi 1,450 orang guru.

“Bayaran kepada Apco sebanyak RM77 juta bagi tahun 2009 boleh menampung imbuhan bagi 12,800 orang guru iaitu keseluruhan tenaga kerja yang membangunkan profesionalisme keguruan,” katanya.

Menurutnya, PR telah meneliti kesan kewangan dari pelaksanaan ini. Kita mengambil kira bahawa terdapat 537,221 jawatan di dalam perkhidmatan pendidikan termasuklah pengurusan kementerian (24,153), dasar dan pembangunan pendidikan (4,059), operasi pendidikan (498,399) dan pembangunan profesionalisme keguruan (10,610).

Beliau berkata, PR percaya bahawa tindakan utama yang perlu diambil untuk memulihkan kualiti pendidikan negara adalah dengan menjaga kebajikan guru secara berterusan dan bertanggungjawab.

“Oleh itu, jumlah RM3.2 bilion setiap tahun bukanlah jumlah yang terlalu besar demi masa depan anak-anak Malaysia,” katanya.

Anwar berkata, kos perbelanjaan semua lawatan Perdana Menteri ke luar negara setakat ini sebanyak RM8.7 juta boleh menanggung imbuhan bagi 1,450 orang guru.

Menurutnya, bayaran kepada APCO sebanyak RM77 juta bagi 2009 boleh menampung imbuhan bagi 12,800 orang guru iaitu keseluruhan tenaga kerja yang membangunkan profesionalisme keguruan.SinarHarian

Komen : Menteri umno memang tak tahu matematik..... Yang dia tahu hanya curi duit rakyat. Cikgu-cikgu dan pegawai-pegawai ayuh ambil peluang terbaik ini dari pakatan rakyat jangan tunggu 5 tahun lagi... Sudah 50 tahun lebih telah banyak menghampakan rakyat malaysia...Sudah sampai masanya untuk berubah...Selamatkan malaysia...untuk masa depan anak-anak.
    

Nazri Aziz cuba lari dari menjawab persoalan asas

Dr Aziz Bari : Nazri Selindung Kebenaran


SHAH ALAM 23 DIS : Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz cuba lari dari menjawab persoalan asas kenapa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen menghukum  Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa memberikan beliau peluang untuk membela diri bersabit isu Apco.
Pensyarah Undang-Undang Professor Dr Abdul Aziz Bari  berkata tindakan Nazri tiba-tiba muncul dengan dua surat penjelasan daripada Apco bersabit isu itu tidak boleh dijadikan alasan  menafikan  Ketua Pembangkang  itu hak  membela diri.  
Aziz berkata maklumat daripada syarkat pro-Zionis itu menafikan ia terbabit dalam slogan One Israel  bukan benda baru.

"Surat yang dihantar oleh Apco dan didedahkan oleh Nazri sama sahaja, (kerana) sebelum ini kita diberitahu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Razak bahawa Apco dan 1Malaysia merupakan idea beliau dan bukannya daripada luar.

"Yang  kita hendak dengar sekarang ialah bukti secara terbuka dan telus dari Ketua Pembangkang bahawa dia ada bukti Apco  ada hubungan dengan rejim Yahudi, dan ini yang (beliau) tidak diberikan kesempatan dan peluang... dan terus digantung (enam bulan).

"Perkara ini yang perlu diberi perhatian oleh pihak BN dan bukan soal surat Apco, atau soal itu dan ini. Pada saya, ini tidak sedikit menjejaskan atau menjawab soal Ketua Pembangkang di Parlimen,"  kata Aziz Bari. 
Aziz berkata Nazri dan Ahli Parlimen Muar Razali Ibrahim yang menganggotai jawatankuasa itu memberikan pelbagai alasan  menghalalkan tindakan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menggantung Anwar selama enam bulan tanpa dipanggil untuk membela diri.

Namun akibat dicemuh oleh rakyat, Nazri kini tampil secara tiba-tiba mengumumkan bahawa Apco telah memberikan surat yang kononnya membuktikan Anwar berbohong kepada Parlimen.
"Surat itu tidak berguna kerana ianya datang daripada pihak yang dituduh  , jadi kerajaan boleh kata apa sahaja untuk melepas diri dan menunjukkan mereka betul," kata Aziz.

Nazri  semalam  mengemukakan dua bukti dokumen, iaitu surat daripada Apco dan kenyataan notari berkanun oleh Robert Shrum, perunding politik yang menggubal konsep One Israel.
Kedua-dua dokumen itu hanya dikemukakan setelah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan menggantung Anwar selama enam bulan, Tiga ahli parlimen lain iaitu Karpal Singh, Sivarasa Rasiah dan Azmin Ali turut digantung enam bulan bersabit isu sama.

Anwar sebelum ini menyatakan kesediaan untuk mengemukkan dokumen dan keterangan bersabit hubung kait Apco dan slogan IMalaysia.
Beliau turut mengaitkan syarikat pro Zionis itu kepada  rejim Tel Aviv yang menggubal slogan One Israel dalam tahun 90an.
Bagaimanapun Jawatankuasa Hak dan Parlimen terus menghukum Anwar tanpa memanggilnya untuk member keterangan.  Barisan Nasional kemudian menggunakan kelebihan majoriti  di Parlimen untuk memperakukan hukuman itu.TVSNEWS

Komen : Terima kasih dan syabas!! kepada Dr Aziz kerana memberi pandangan yang sangat jelas lagi terang.. Kepada Nazri tunggu!! PRU13 rakyat akan hukum kamu di atas perbuatan kamu dan kucu-kucu... Rakyat malaysia harus buka mata dan gunalah satu-satunya kuasa yang ada pada anda, dengan mengundi Pakatan Rakyat pada PRU13 ni... ayuh berubah!!!! Selamatkan Malaysia"
    

Khamis, Disember 23, 2010

Pengarah Besar Felda Memujuk Peneroka Jangan Saman

Felda 'rayu' jangan saman


Khairil Abdul Rahim

BANDAR JENGKA, 23 Dis: Sudah terhantuk baru terngadah. Begitulah yang diibaratkan kepada pekeliling daripada Pengarah Besar Felda Datuk Dzulkifli Abd Wahab yang disifatkan memujuk peneroka supaya tidak menggunakan saluran undang-undang bagi menuntut hak mereka.


Naib Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Aris Fezul Ismail, menyifatkan risalah bertajuk ‘Penyelesaian masalah, Isu atau Pertelingkahan Melalui Kaedah Timbang Tara’ yang diedarkan kepada peneroka-peneroka serta dibacakan isinya di masjid-masjid di sini seolah-olah melambangkan keresahan Felda menghadapi kebangkitan peneroka.


Antara lain, risalah dua helai itu menyatakan tindakan saman oleh peneroka terhadap agensi pembangunan tanah itu didakwa telah menyebabkan wujud suasana yang tidak harmoni antara peneroka dengan pengurusan Felda.


Kandungan risalah tersebut turut membangkitkan, surat perjanjian asal antara peneroka dengan Felda telah memperuntukkan bahawa sekiranya terdapat perselisihan antara kedua belah pihak perlu dirujuk kepada Penimbang tara iaitu Perdana Menteri selaku menteri yang bertanggungjawab kepada Felda.


Aris yang juga Setiausaha Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pusat mempertikaikan, kenapa baru kini iaitu selepas peneroka menang saman di Felda Kemahang 3 dan Felda Sungai Koyan timbul tawaran menyelesaikan lambakan permasalahan peneroka melalui kaedah Timbang tara.


“Sebelum ini Anak sendiri pernah menghantar memorandum kepada Pengerusi Timbang tara iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi jangankan kata penyelesaian, respons pun tidak ada. Bahkan kalau kita dengar baru-baru ini bagaimana PM dengan angkuhnya menempelak siapa kata Felda bankrap adalah pengkhianat. Bolehkah orang seperti ini mahu dirujuk sebagai penimbang tara?


“Bukan itu saja, baru-baru ini Anak telah menyerahkan memorandum 20 perkara berkaitan masalah peneroka kepada Timbalan Menteri yang menjaga Felda Datuk Ahmad Maslan yang konon katanya nak selesaikan dalam tempoh dua minggu. Tapi sekarang dah hampir dua bulan, respons pun tak dengar.


“Di Pahang ini sendiri, Exco yang menjaga Felda Datuk Tan Aminuddin. Apabila peneroka membangkitkan hak mereka yang diceroboh pada satu ketika dulu, beliau bingkas mencabar mana-mana peneroka yang tak setuju dengan Felda boleh keluar dari tanah rancangan. Pada saya ini satu kenyataan angkuh seolah-olah peneroka-peneroka ini menumpang dan mengemis sedangkan mereka tuan tanah,” hujahnya.


Tambah Aris, suasana yang tidak harmoni dicetuskan sendiri oleh pengurusan Felda. Contohnya dalam kes Felda Kemahang apabila Ketua Hakim Negara berkata Felda terbukti menipu peneroka dalam kes kadar perahan gred (KPG) sawit, Felda masih tidak mengaku kesalahan malah enggan membayar ganti rugi kepada peneroka.


“Begitu juga dengan kes peneroka Felda Sungai Koyan yang mana mahkamah telah putuskan peneroka layak menerima wang tabung tanam semula (TTS) tetapi menterinya kata Felda memang nak bayar sedangkan dalam mahkamah peguam mereka bermati-matian berusaha supaya Felda tidak mahu bayar. Pada saya sikap seperti ini semua tidak membawa keharmonian,” katanya.


Mengenai saranan Pengarah Besar Felda agar peneroka mengemukakan sebarang aduan dan permasalahan kepada pengurusan rancangan melalui blok, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Gabungan Pertubuhan Wanita (GPW) dan pertubuhan belia, Aris berkata ia hampir mustahil kerana semuanya dilantik oleh Felda dan bukan dipilih oleh peneroka malah dikuasai parti politik kerajaan.


“Barangkali Datuk Dzulkifli tidak turun ke bawah melihat bahawa kebanyakan pemilihan ketua-ketua blok yang mewakili 24 orang ahli dipilih berdasarkan mana yang Felda suka, bukannya pilihan peneroka secara mutlak. Naib Pengerusi JKKR yang sepatutnya dipilih melalui mesyuarat agung, tapi hanya ditentukan oleh Felda. Jadi dia mewakili Felda, bukan suara peneroka. Sebab itu dapat dilihat bagaimana sikap mereka terhadap peneroka tanam sendiri iaitu seperti anak tiri yang melakukan satu kesalahan besar.


“Pertubuhan belia pula hanya ada pada nama saja. Mesyuarat agung pun tak pernah sehingga tak tahu siapa AJK. Mana perginya peruntukan kewangan? Sama jugalah dengan AJK masjid, bukan dilantik melalui mesyuarat agung,” jelasnya.HarakahDaily

 Komen : Saman saja jangan bagi bagi muka lagi kepada felda...sudah banyak penipuan yang dilakukan baru terheges-heges nak bincang..wahai rakyat felda berilah peluang kepada pakatan rakyat untuk menguruskan pertabiran negara pada PRU13 ni...
    

Rabu, Disember 22, 2010

Ekonomi negara jahanam, Apco untung

Gantung: Ekonomi negara jahanam, Apco untung
Abdul Aziz Mustafa   
KUALA LUMPUR, 22 Dis: Tindakan menggantung Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga yang lain akhirnya akan menjahanamkan ekonomi negara dan menguntungkan Apco Worldwide, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Katanya, Anwar (PKR-Permatang Pauh), Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) adalah sebahagian dari Ahli Parlimen yang merupakan penggubal dasar dan undang-undang negara.

"Pasaran dan masyarakat perniagaan tempatan dan antarabangsa melihat sendiri bagaimana penggubal dasar dan undang-undang negara pun dizalimi dan dianiaya dengan mengetepikan undang-undang, peraturan dan prinsip asas keadilan," kata beliau.
Menurut Mahfuz, perkara itu boleh mengakibatkan terancamnya rasa selamat mereka untuk menjalankan perniagaan dan pelaburan di negara ini.

"Jika penggubal dasar dan undang-undang negara pun dizalimi dan dianiaya dengan mengetepikan undang-undang, peraturan dan prinsip asas keadilan, ia boleh menyebabkan masyarakat perniagaan dan para pelabur dihantui kebimbangan bahawa mereka juga boleh dizalimi sedemikian dan perkara itu dengan sendirinya menghakis serta menjejaskan rasa selamat mereka untuk menjalankan perniagaan dan pelaburan di negara ini," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.
Umno dan Barisan Nasional (BN), katanya, sanggup mensabotaj ekonomi negara semata-mata untuk memuaskan kehendak mereka.

"Akhirnya, apabila ekonomi negara menghadapi krisis kepercayaan dan keyakinan masyarakat perniagaan antarabangsa terhadap sistem keadilan negara ini jatuh merudum, Apco jugalah yang akan mendapat untung kononnya dengan melaksanakan usaha-usaha perhubungan awam dan komunikasi untuk memulihkan keyakinan masyarakat perniagaan antarabangsa dan para pelabur," katanya.

Mahfuz yakin, rakyat negara ini akhirnya akan sedar bahawa kebanyakan tindak-tanduk Umno BN akhirnya hanya menguntungkan firma Yahudi Zionis itu.HarakahDaily

 Komen : Setuju sangat dengan Datuk Mahfuz Omar.. ayuh turun bagi penerangan kepada rakyat malaysia di kampung2 khasnya orang2 melayu....
    

Selasa, Disember 21, 2010

Isnin, Disember 20, 2010

Respon Chegubard terhadap lantikan Timbalan Setiausaha Agong

18Dis,kira-kira 11pg Saya dimaklumkan melalui telefon oleh salah seorang Naib Presiden KEADILAN menyatakan ada kemungkinan saya akan dilantik satu jawatan kemungkinan Timbalan Setiausaha Agong Parti. Selepas itu dalam sidang media Konvoi Anak Muda Malaysioa yang diadakan pada hari yang sama jam 330ptg saya dimaklumkan oleh wartawan bahawa. Presiden KEADILAN telah pun mengumumkan nama saya selaku Timbalan Setiausaha Agong.

Pertamanya saya berterima kasih dan amat hargai lantikan presiden tersebut. Saya menganggap ia sebagai satu penghormatan.

Namun saya ditegaskan saya belum memutuskan untuk menerima atau tidak jawatan tersebut. Walau apapun jawatannya saya tetap mengganggap ia satu amanah besar.Saya bukanlah manusia yang menganggap jawatan itu sebagai matlamat yang harus dikejar hingga sanggup menapulasi segalanya termasuk melakukan penyelewengan demokrasi, tetapi setelah memegang jawatan tidak mampu nelakukan apa-apa.Sehubungan itu saya hanya akan membuat keputusan selepas berbincang dengan semua teman-teman, keluarga dan seumpamanya. InsyaAllah paling awal saya akan umumkan dalam 26 Disember 2010.

Di kesempatan ini juga ingin saya nyatakan bahawa saya masih menanti hasil penyiasatan dan tindakan terhadap aduan - aduan yang saya dan teman-teman ajukan mengenai Pemilihan KEADILAN 2010. Saya akur dengan nasihat YB Setiausaha Agong agar sabar menanti dan jangan buat bukan-bukan tetapi saya juga meminta beliau ingat dengan kenyataannya yang memberi jaminan hasil siasatan akan diperolehi dalam 2minggu. Janji ini diungkap ketika Kongres 2010 berlangsung.

Namun juga saya ingin pertegaskan saya akan terus berjuang memperkasakan rakyat demi perubahan negara. Jadual saya saban hari masih penuh dengan aktiviti parti dan bersama rakyat mendesak peubahan.

Sumber : http://chegubard.blogspot.com/2010/12/respon-terhadap-lantikan-timbalan.html#comment-form 

Komen : Kami rakyat malaysia berharap kepada chegubard agar menerima jawatan Timbalan Setiausaha Agong Parti. Kami yakin chegubard mampu mengalas dan membawa perubahan dan memperbaiki kelemahan Parti PKR yang di sayangi rakyat malaysia sekarang. Dengan jawatan ini chegubard bakal merubahkan politik malaysia amnya rakyat malaysia untuk menyokong Pakatan Rakyat pada PRU13 nanti. yang iklas dari Penyokong Chegubard.
    

Dr Asri dulu kena masuk PR, PKR@PAS.

Asri akan umum parti pilihannya apabila PRU-13 dipanggil

December 19, 2010

Mohd Asri Zainul Abidin (kiri) bersama Mohd Nizar Jamaluddin selepas majlis perasmian Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di Kepala Batas pagi tadi.
KEPALA BATAS, 19 Dis — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan membuat keputusan parti politik yang beliau hendak sokong apabila pilihan raya umum ke-13 dipanggil, yang disebut-sebut akan diadakan awal tahun depan. 

“Pilihan raya umum pun belum dipanggil, dan apabila pilihan raya umum diadakan, saya akan menyatakan parti yang saya akan sokong nanti,” kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di sisi Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di sini hari ini.

Mohd Asri menghadiri majlis perasmian Konvensyen Pakatan Rakyat yang diadakan Dewan Millenium di sini dan dilihat menghabiskan masa sehingga tengah hari tadi mengikuti perjalanan konvensyen.

Ketika ditanya sama ada keputusan itu bermakna akan menyertai mana-mana parti kelak, Mohd Asri berkata, “tengok dulu. Saya sedang melihat..”

“Perkara itu saya masih memikirkan, saya sedang melihat perkembangan politik, iklim dan cuaca politik negara ini,” kata pensyarah Universiti Sains Malaysia ini dengan senyuman.
Ini kali pertama beliau menghadiri konvensyen Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun Mohd Asri bukan asing dalam majlis-majlis anjuran Umno dan PAS. Beliau pernah menghadiri muktamar agung tahunan PAS yang diadakan di Kota Baru Jun lalu. Akhir Jun lalu, Mohd Asri menegaskan, beliau tidak menyertai mana-mana parti politik buat masa sekarang dan “tidak bercadang untuk memilih jalan itu” walaupun disebut-sebut akan memasuki Umno.

“Ingin saya tegaskan kepada rakyat Malaysia bahawa saya sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik,” kata beliau ketika itu. Ulama yang dilihat sebagai aliran pemikiran ‘progresif’ ini menjadi tumpuan aktif Umno dan PAS sejak lebih setahun lalu.

Beliau telah memberi bayangan sedang memikirkan perkara tersebut sejak akhir tahun lalu. Bagaimanapun pada pertemuan hari ini, Mohd Asri memberitahu The Malaysian Insider, beliau masih berharap Kelantan akan kekal ditadbir oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada pilihan raya umum ke-13.

“Kelantan mesti ditadbir oleh Datuk Nik Aziz, PAS sebab beliau sudah membuktikan pentadbiran Kelantan sebagai pentadbiran contoh, yang harus diamalkan oleh mana-mana parti yang memerintah negara ini,” katanya.

Nik Aziz genap 20 tahun memimpin Kelantan, yang jatuh ke tangan PAS pada pilihan raya umum 1999. “Malah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri sudah membersihkan beliau daripada dakwaan rasuah... beliau telah memberikan kita satu kerajaan contoh,” kata Mohd Asri sambil menambah, Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan telah menunjukkan sikap bersopan santun.

Mengenai kehadiran pada konvensyen Pakatan Rakyat hari ini, Mohd Asri berkata, beliau memutuskan untuk melihat perkembangan perikatan tiga parti itu dari dekat. “Urus setia konvensyen menjemput saya datang, jadi menerima jemputan untuk melihat dengan dekat, memahami secara langsung selepas hampir tiga tahun (Pakatan) bergerak,” katanya.

Sehubungan itu kata Mohd Asri, beliau melihat beberapa idea yang dibangkitkan dalam Buku Jingga, antaranya isu rasuah dan ketirisan memang sesuatu yang baik. Buku Jingga adalag agenda Pakatan yang menggariskan perincian dasar dan langkah yang berlandaskan Dasar Bersama untuk merealisasikan cita-cita Pakatan Rakyat membina sebuah negara yang makmur dan adil.
Intipati Buku Jingga dibentangkan oleh Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa, Ketua Pemuda DAP Anthony Loke dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.

“Ada banyak idea menarik yang dibangkitkan, macam yang dikatakan oleh YB Anthony Loke, tetapi persoalannya adakah Pakatan Rakyat boleh melaksanakannya.

“Oleh itu, Pakatan Rakyat perlu menyakinkan bahawa ia boleh melaksanakan apa yang disebutkan, contoh isu ketirisan dan rasuah... perkara ini semua orang cakap dan sudah tahu, tetapi apakah Pakatan Rakyat boleh meyakinkan orang ramai dengan melaksanakannya. Ini persoalan yang perlu dijawab oleh Pakatan Rakyat.

“Orang ramai akan tertarik dengan parti yang boleh meyakinkan mereka dengan program pelaksanaan,” kata beliau lagi.TheMalaysiaInsider

Komen : Kepada Dr Asri untuk rakyat menyakinkan ia boleh dilaksanakan... Dr Asri dulu kena masuk PR PKR@PAS...kami yakin dengan kemasukan Dr Asri ke PR memberi keyakinan kepada rakyat malaysia dan melaksanakan apa yang di rancang oleh Pakatan Rakyat..
    

Ahad, Disember 19, 2010

Konvensyen Pakatan: Umum program 100 hari

Mesej di konvensyen kedua Pakatan Rakyat di Kepala Batas hari ini adalah jelas: Tiada masa lagi yang harus dibazirkan untuk menyelamatkan negara daripada kerosakan yang dilakukan Umno dan beri mandat kepada Pakatan untuk mengambil alih Putrajaya dan memulihkan keadilan dan demokrasi di Malaysia.

pakatan 2nd convention 191210 04Dalam ucapan mereka, tiga pemimpin utama Pakatan - setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyentuh tentang dasar-dasar untuk negara di bawah pentadbiran gabungan tersebut.


Dalam ucapannya, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang, mengumumkan program 100 hari untuk rakyat melalui reformasi tulen yang boleh dilaksanakan di bawah pentadbiran Pakatan.

Program itu merupakan resolusi sepuluh perkara yang menggariskan secara terperinci bagaimana Pakatan akan mentadbir negara untuk kebaikan semua rakyat Malaysia.

pakatan 2nd convention 191210 03Pemimpin Pakatan akan menandatangani dokumen tersebut, yang dijangka akan dijadikan manifesto gabungan itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Sebelum itu, Lim memberi amaran supaya jangan membiarkan Umno 'merampas' Perlembagaan Persekutuan untuk terus memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Katanya, Umno sering memetik Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan
mengenai kedudukan istimewa orang Melayu sebagai justifikasi kepada pendekatan rasis mereka.

Namun, tegasnya, Umno selalu gagal untuk menyebutkan Perkara 153 juga menyatakan bahawa kepentingan yang sah masyarakat lain, juga mesti dilindungi.

pakatan convention eve ceramah 191210 anwar speechLim, yang juga setiausaha agung DAP berkata, adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Borneo dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara tersebut.

Antara pemimpin Pakatan yang hadir di konvensyen itu ialah ketua
umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh dan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Menteri Besar Kedah, Datuk Azizan Abdul Razak dan wakil mursyidul am PAS, yang juga menteri besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Kira-kira 1,800 orang menghadiri konvensyen sehari itu, yang dijangka berakhir jam jam 6 petang.

pakatan convention eve ceramah 191210 crowdMalam tadi, Anwar bersama-sama dengan para pemimpin Pakatan, mengadakan ceramah di Balik Pulau, sebagai pemanas kepada konvensyen hari ini.

Sebelum konvensyen bermula, pemimpin dan para perwakilan dihiburkan dengan beberapa persembahan kesenian seperti persembahan silat, tarian singa dan silamban (senibela diri dari selatan India).

Turut dipersembahkan ialah tayangan mengenai prestasi kerajaan negeri Pulau Pinang dengan berlatarbelakang irama lagu popular P Ramli 'Getaran Jiwa'.

pkr announce new line up 181210 wan azizahSementara itu, Wan Azizah, dalam ucapannya, memberi amaran mengenai serangan berterusan terhadap Pakatan oleh Umno-BN, dengan menegaskan bahawa ia jelas bertujuan untuk mewujudkan kekeliruan di kalangan rakyat dan penyokong Pakatan.

Katanya, mereka berbisik kepada orang Melayu bahawa DAP akan menjual kepentingan Melayu, supaya orang Melayu mencurigai DAP.

Menurutnya, mereka juga berbisik kepada bukan Melayu bahawa PAS menentang mereka, supaya mereka bimbang terhadap PAS.

Mereka juga, tambahnya, memberitahu seluruh Malaysia bahawa PKR dan Anwar mempunyai masalah dengan Pakatan untuk meningkatkan kecurigaan di kalangan rakyat.

pas seminar 071109 hadi awangWan Azizah berkata Umno tidak akan pernah bosan menyebarkan propaganda terhadap Pakatan bagi memecah belahkan gabungan tersebut.

Sementara itu, Hadi pula berkata, PAS akan terus menjadi pemegang amanah melindungi Islam sebagai agama rasmi persekutuan, manakala agama lain dibenarkan untuk diamalkan secara aman.MalaysiaKini




Komen : Ayuh rakyat malaysia sama-sama kita membuat perubahan pada PRU13 ini..Beri undi kepada calon Pakatan Rakyat.
    

Semangat demokrasi Dewan Rakyat ‘sudah simpang-siur’, kata Aziz Bari

December 17, 2010
 
KUALA LUMPUR, 17 Dis — Keputusan digantung enam bulan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat lain menunjukkan sistem demokrasi Malaysia “sudah simpang-siur”, kata pakar perundangan Prof A. Aziz Bari.

“Penggantungan ini menunjukkan sistem demokrasi kita sudah simpang-siur, sekejap boleh (gantung) dan sekejap tidak.

“Sekarang Speaker (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) pula bakal dibawa ke mahkamah apabila semangat demokrasi di Dewan Rakyat serta dahulu di DUN Perak tidak dihormati dan dilanggar oleh wakil rakyat yang tidak faham undang-undang,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Sehubungan itu, soal Aziz (gambar), memandangkan Anwar bersedia mendedahkan mengenai bukti-bukti dakwaannya sebelum ini mengapa Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen tidak membenarnya membuat penjelasan.

“Mengapa terus digantung selama enam bulan sedangkan tindakkan itu tidak memberi kebaikan kepada sebuah Dewan yang mementingkan demokrasi,” kata beliau.
Oleh itu katanya lagi, adakah Umno hendak menggunakan Parlimen untuk melarikan diri daripada isu APCO dan konsep 1 Malaysia, yang kebanyakan orang awam mengaitkannya dengan slogan One Israel kerana itulah anggapan yang terus cuba dinafikan di Dewan Rakyat.

Malah menurut Aziz, walaupun ada ketetapan untuk seseorang Speaker Dewan Rakyat menggunakan peruntukan Peraturan Mesyuarat 44, tetapi Ketua Pembangkang di Parlimen tarafnya harus dilihat seperti “ketua kerajaan”, yang bertindak sebagai semak dan imbang serta melaksanakan prinsip demokrasi.

“Apakah semangat ini mahu dibunuh dalam Dewan Rakyat juga,” katanya.
“Persoalannya sekarang, mengapa di Dewan Rakyat hari ini, seseorang wakil rakyat boleh terus digantung oleh seorang Speaker sedangkan di Perak sebelum ini tidak boleh.

“Tetapi dibawa ke mahkamah walaupun tidak harus sebenarnya satu-satu urusan di DUN atau Dewan Rakyat diputuskan semula di mahkamah,” katanya lagi.
Semalam, sejurus selepas mereka dikenakan hukuman digantung dari Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz berkata, cadangan tindakan mahkamah oleh pakatan pembangkang terhadap Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak akan berjaya.

Nazri, menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Parlimen, yakin sekiranya perkara itu dibawa ke mahkamah ia akan ditolak oleh mahkamah kerana Parlimen mempunyai “kekuasaan” yang tersendiri.

“Saya beri jaminan, jika mereka membawa perkara ini ke mahkamah, ia akan ditolak. Karpal belajar undang-undang apa? Peguam kelas ketiga.
“Apa yang kami putuskan kekal, anda perlu belajar undang-undang perlembagaan mengenai kekuasaan Parlimen,” katanya.

Karpal yang juga peguam terkenal memberitahu cadangan pihaknya untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Pandikar Amin berhubung perkara itu.
Selain Anwar, turut digantung enam bulan ialah tiga lagi anggota Parlimen pembangkang iaitu Karpal, R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) kerana menghina dewan.
Nazri berkata gaji serta elaun empat anggota Parlimen yang digantung itu masih berjalan dan tidak akan dihentikan.

“Gaji dia tetap ada. Keempat-empat MP masih mendapat elaun mereka kerana kami mengikut perintah mahkamah selepas (Anggota Parlimen Puchong) Gobind (Singh Deo) membawa perkara itu ke mahkamah.

“Memandangkan keputusan mahkamah ia tidak mengikut perlembagaan kita ikut. Sebenarnya pakatan pembangkanglah yang tidak mengikut perintah mahkamah,” katanya.
Nazri berkata Barisan Nasional hanya mempunyai 137 kerusi di Dewan Rakyat dan tidak cukup untuk meminda sesuatu perlembagaan.

“Pada sebarang masa untuk meminda perlembagaan, kamu mesti mempunyai 148 anggota Parlimen bagi menyokong di dalam dewan. Jika tidak, ia tidak boleh dipinda,” katanya.TheMalaysiaInsider
    

Sabtu, Disember 18, 2010

Senarai Lantikan Majlis Pimpinan Pusat

SENARAI LANTIKAN MAJLIS PIMPINAN PUSAT
PARTI KEADILAN RAKYAT

18 DISEMBER 2010
KETUA UMUM: YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
PRESIDEN: DATO’ SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL
TIMBALAN PRESIDEN: YB MOHAMED AZMIN ALI
SETIAUSAHA AGUNG: YB SAIFUDDIN NASUTION*
NAIB PRESIDEN: YB NURUL IZZAH ANWAR
YB CHUA TIAN CHANG (TIAN CHUA)
YB FUZIAH SALLEH
YB DATO’ HAJI MANSOR OTHMAN
DATO’ CHUA JUI MENG*
BARU BIAN*
N. SURENDRAN*
KETUA WANITA: YB HAJJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
KETUA ANGKATAN MUDA: SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
BENDAHARI AGUNG: YB WILLIAM LEONG*
KETUA PENERANGAN: DR MOHD NOR MANUTY*
PENGARAH KOMUNIKASI: YB NIK NAZMI NIK AHMAD*
PENGARAH STRATEGI: RAFIZI RAMLI*
PENGARAH GUAMAN: LATHEEFA KOYA*
PENGARAH JAWATANKUASA DISIPLIN: DATO DR TAN KEE KWONG*
AHLI BIRO POLITIK (LANTIKAN): YB SENATOR DR. SYED HUSIN ALI*
YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM*
YB SIVARASA RASIAH*
YB DR XAVIER JAYAKUMAR*
DATIN PADUKA DR TAN YEE KEW*
AHLI BIRO POLITIK (LANTIKAN) /: MUSTAFFA KAMIL AYUB*
PENGARAH LATIHAN
TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG: BADRUL HISHAM SHAHARIN*
T. KUMAR*
STEVEN CHOONG*
IGNATIUS DARELL LEIKING*
TIMBALAN KETUA PENERANGAN: YB SIM TZE TZIN*
HAJJAH ANIMAH FERRAR*
IR MUTHIAH*
* merupakan lantikan yang dibuat pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN pada 18 Disember 2010
Sumber : http://anwaribrahimblog.com/2010/12/18/senarai-lantikan-majlis-pimpinan-pusat/
    

Apco Power!!!! Di Malaysia

Apco kebal, bagai tidak boleh disentuh langsung: Anwar


PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan sikap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang didakwa seolah-olah tidak membenarkan mana-mana pihak menyentuh sebarang isu yang membabitkan Apco Worldwide Bhd (Apco) di negara ini yang dikatakannya mempunyai kaitan dengan Israel.

Menurutnya, perkara ini menjadi persoalan kerana Apco yang ada kaitan kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak boleh disentuh dan seperti mempunyai kekebalan atau dijaga pihak tertentu.


”Siapa mereka ini (Apco)? Dewa kayangankah sampai tidak boleh disentuh? Mengapa Apco dianggap begitu berkuasa?


”Apa yang menghairankan, Apco mendakwa mereka ini badan profesional bebas tetapi kenapa terbabit dalam kempen politik Malaysia?


”Ini yang menjadi persoalan. Kita (Pakatan Rakyat) mahukan mereka memberhentikan kempen terbabit.


"Apa yang anda semua lihat sekarang disebabkan Apco, empat Ahli Parlimen, termasuk saya, digantung tanpa ikut peraturan,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, semalam.


Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa, beliau dinafikan hak oleh jawatankuasa untuk memberikan penerangan berhubung usul yang dibawa bahawa 1Malaysia mempunyai kaitan dengan One Israel yang diuruskan Apco.


Anwar berkata, apa yang mengecewakan adalah bahawa UMNO dan kerajaan menuduh beliau mempunyai kaitan dengan Yahudi, tetapi sebaliknya kerajaan sendiri ada hubungan dengan Israel melalui Apco.


"Saya ada segala perjanjian mengenai hubungan itu," tegasnya.


Kelmarin, Dewan Rakyat menggantung Anwar daripada tugas Ahli Parlimen selama enam bulan berikutan dakwaan beliau mengenai isu kaitan Apco dengan gagasan 1 Malaysia.


Turut digantung ialah Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) yang digantung kerana melanggar peruntukan Peraturan Mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan siapa jua sebelum panel itu membentangkan laporannya.SINAR HARIAN
    

Penggantungan MP bukti pencabulan kuasa Oleh UmnoBN

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi membidas Umno yang didakwanya menyalahgunakan kuasa degan menggantungnya daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat untuk selama enam bulan.

“Saya lihat tidak ada sebab untuk tergesa-gesa menggantung saya. Ini adalah pencabulan kuasa secara terang-terangan. Saya rasa mereka tidak sabar lagi untuk menjawab isu yang ditimbulkan,” katanya.

NONEPada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pagi ini, ahli parlimen Permatang Pauh MP itu berkata dakwaan ke atasnya itu adalh 'hiprokrasi Umno'.

"Saya ulangi 12 tahun lalu sampai sekarang saya dituduh agen Yahudi. Umno guna kempen ini di kampung-kampung. Tapi saya buktikan mereka guna bukan sahaja syarikat Yahudi, tapi juga syarikat yang berpangkalan di Israel.

"Saya buktikan dalam jawapan kepada mereka, Apco Worldwide ditubuh sebelum Najib jadi Perdana Menteri (PM), maka soal 1Malaysia One Israel tidak berbangkit,” katanya dengan nada marah.

Menurut Anwar, ahli parlimen Gombak, Azmin Ali pula dihukum semata-mata kerana menyentuh mengenai surat Apco.

NONE"Dia tidak menyiarkannya pun. Apa Apco ini? Dewata Raya ke? Bahkan Apco tidak ditegur kerana tidak dapat sertai jawatankuasa.

"Mengapa Apco terlibat dalam politik negara? Apco jangan bersekongkol dengan Umno. Mereka harus jawab, harus bertanggungjawab, kerana sebab merekalah empat ahli parlimen digantung tanpa proses yang wajar," katanya.

Dewan Rakyat semalam meluluskan usul menggantung Anwar daripada menghadiri persidangan selama enam bulan kerana membuat kenyataan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.

Turut digantung Karpal Singh, R Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) di atas beberapa kesalahan.

NONEKarpal dan Sivarasa didakwa telah melanggar peruntukan Peraturan mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh sesiapa jua, sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis (Dewan Rakyat).

Azmin, pula, melalui pemberitahu bersurat bertarikh 6 Dis 2010 di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) didakwa telah menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Dis 2010.MalaysiaKini
    

Jumaat, Disember 17, 2010

Karpal Singh berkeras bahawa Pakatan Rakyat akan mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah

Karpal: Saya kelas ketiga tapi Nazri tiada kelas
 
Ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh berkeras bahawa Pakatan Rakyat akan mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah berhubung penggantungan empat ahli parlimen pembangkang, termasuk dirinya.

NONEMenurutnya, mereka akan mengemukakan saman “secepat mungkin” sambil menolak kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa keputusan di Dewan Rakyat tidak boleh dicabar di mahkamah.

“Dalam kes (ahli parlimen Puchong) Gobind Singh Deo, kita telah heret speaker ke mahkamah dan kita menang,” kata Karpal yang merujuk hukuman gantung enam bulan tanpa gaji di mana mahkamah memutuskan penahanan gaji ahli parlimen itu tidak sah.

“Dalam kes krisis perlembagaan Perak, ia menujukkan bahawa sidang dewan undangan negeri boleh dipersoalkan.
Perlembagaan paling tinggi

“Perkara ini akan dibawa ke mahkamah dan kami adalah serius,” katanya pada sidang media Pakatan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

NONE“Dalam negara kita Parlimen bukan yang paling tinggi, Perlembagaan yang paling tinggi. Keputusan yang dibuat Parlimen mesti berdasarkan Perlembagaan.

“Ketika saya digantung pada 1994 kerana menghina Yang di-Pertuan Agong, ayat yang digunakan sangat jelas, digantung daripada perkhidmatan di dalam Dewan,” kata Karpal.

Mohd Nazri pada sidang medianya semalam, melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker ke mahkamah.

Katanya, mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat.

“Ini adalah kedaulatan Parlimen dan kuasa Parlimen. Ada tahi lembu di kepala mereka.

Tiada kelas

“Saya beri jaminan jika, ini dibawa ke mahkamah, ia akan ditolak. Undang-undang apa yang Karpal (Singh) belajar? Beliau adalah peguam kelas ketiga,” kata Nazri sambil ketawa.

NONE"Apa yang kami putuskan kekal, anda perlu belajar undang-undang perlembagaan mengegani kekuasaan Parlimen," katanya.

Bagaimanapun Karpal, yang juga seorang peguam membidas menteri yang bertanggung jawab mengenai hal undang-undang negara itu.

“Nazri panggil saya peguam kelas ketiga. Saya mungkin kelas ketiga tetapi dia tidak ada kelas,” katanya sambil disambut gelak ketawa oleh ahli-ahli parlimen pakatan lain yang turut hadir.

Bagaimanapun, Karpal bersetuju dengan Nazri, di sebalik penggantungan itu, BN masih tidak mempunyai majoriti dua pertiga - syarat yang diperlukan sebelum perlembagaan boleh dipinda termasuk untuk persempdanan semula kawasan pilihan raya.

“Mengikut peraturan dewan, majoriti dua pertiga bermakna dua pertiga daripada semua 222 ahli parlimen dan bukannya mereka yang tidak mengundi pada masa itu.

“Angka itu tetap tidak berubah kecuali mereka memberi tafsiran sendiri mengenai peraturan itu,” kata Karpal.MalaysiaKini
    

Pakatan Rakyat cadang heret Speaker ke mahkamah

Pakatan Rakyat bercadang mengheret Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah berhubung tindakannya menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga lagi ahli parlimen pembangkang selama enam bulan daripada menghadiri
persidangan Dewan Rakyat.

NONEAhli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang antara digantung itu berkata keputusan berkenaan berikutan mereka tidak diberi peluang untuk memberi penjelasan ketika perbahasan usul penggantungan.

"Kita mungkin bawa ke mahkamah. Ada satu duluan dalam kes Gobind Singh di mana, sebenarnya, kita bawa Speaker, Pandikar Amin sendiri…? Mahkamah memutuskan bahawa dalam keadaan tertentu, terutama apabila peraturan keadilan asasi tidak dipatuhi, waktu itu mahkamah mempunyai bidang kuasa.

Terang-terangan

"Ia secara terang-terangan, dan tindakan Speaker, dalam apa jua cara ia tidak boleh dipertahankan. Kita mahu perintah kehakiman dan kami tidak akan biarkan dia terlepas. Kita tidak mahu ini menjadi satu duluan pada masa depan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

NONEAnwar pula berkata beliau akan menggunakan Konvensyen Pakatan Rakyat yang dijadualkan di Pulau Pinang, Ahad ini untuk menjelaskan kepada orang ramai mengenai penggantungannya dan tiga lagi ahli parlimen pembangkang.

"Kita saksikan tadi cara Speaker mengendalikan sidang. Usul Bukit Gelugor agar speaker berundur kerana percanggahan kedudukan beliau dalam beberapa contoh termasuk pencelaan kepada Bukit Gelugor kerana dibuat secara langsung pertelagahan dalam mesyuarat di antara Bukit Gelugor dan Speaker.

"Tidak wajar Speaker yang buat laporan, dia yang siasat dan dia yang hukum. Dia enggan ambil keputusan yang tegas dalam hal ini maka kita juga enggan teruskan. Bagaimanapun dalam sidang tadi saya bangun untuk meneruskan ucapan tapi dia kata tak ada orang nak berucap.

NONE"Jadi sebenarnya saya nampak dia begitu 'bias'. Jadi kita ambil pendirian keluar membantah proses ini kerana tidak ada keadilan dan cara Umno BN yang begitu ganas dan rakus menjalankan kuasa, memperolokkan proses dan menghina Parlimen," kata Anwar.

Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) pula berkata, Pandikar harus berundur dari mempengerusikan dewan kerana beliau sudah tidak mendapat kepercayaan daripada ahli parlimen lagi.

Terima arahan menteri

Ini tegasnya jelas terbukti apabila Pandikar menerima arahan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz untuk membuat keputusan.

NONE"Jelas sebelum kita keluar tadi kita melihat bagaimana speaker menerima arahan daripada menteri. Kita lihat pertukaran nota berlaku dari meja menteri kepada Speaker dan di sini jelas menunjukkan Speaker kita bukanlah seorang individu yang bebas membuat keputusan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh mana-mana undang-undang ataupun peraturan mesyuarat.

"Di sini mengiyakan lagi bahawa apa yang berlaku hari ini ialah Speaker gagal untuk melaksanakan tugasnya daripada awal minggu hingga hujung minggu ini kerana arahan yang diterima daripada BN," katanya yang juga timbalan presiden PAS.

NONESehubungan itu tegasnya, integriti Pandikar sebagai Speaker sudah hilang dan beliau harus berundur.

Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menggantung Anwar (PKR-Permatang Pauh)
daripada menghadiri persidangan selama enam bulan kerana membuat kenyataan mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.

Turut digantung Karpal Singh, R Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) di atas beberapa kesalahan.

Karpal dan Sivarasa didakwa telah melanggar peruntukan Peraturan mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh sesiapa jua, sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis (Dewan Rakyat).

Azmin, melalui pemberitahu bersurat bertarikh 6 Dis 2010 di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) didakwa telah menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Dis 2010.MalaysiaKini
    

Khamis, Disember 16, 2010

Najib Hancurkan Sistem Parlimen Negara


KUALA LUMPUR 16 DIS : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak harus dipertanggungjawabkan kerana menghancurkan sistem Parlimen Negara.

Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Jui Meng mengatakan beliau tidak pernah melihat tonggak legislatif negara dilacurkan seperti yang disaksikannya hari ini.

"Sistem Parlimen di bawah Speakar telah gagal. Parlimen yang gagal. Sistem legislatif yang gagal,"kata Jui Meng, mengulas situasi yang berlaku dalam Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Jui Meng, beliau tidak pernah melihat keadaan seteruk ini apabila prinsip demokrasi dicabul dengan sewenang-wenangnya.

"Dua puluh dua tahun di dalam Dewan Rakyat, saya tak pernah nampak peristiwa yang begitu hodoh dan bodoh.

" Hodoh kerana telah mencemarkan prinsip demokrasi dan keadilan, di mana sesiapa yang dituduh harus diberi peluang untuk pertahankan diri," kata Jui Meng, ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Pemimpin veteran politik tanahair itu juga menambah, rakyat adalah sebaik-baik hakim apabila sistem negara tidak lagi memihak kepada mereka yang menuntut kepada keadilan.

" Sekarang kita tahu kalau pergi mahkamah tiada harapan. Kalau pergi Parlimen lebih teruk dari kehakiman. Mana lagi? Kepada rakyat," kata Jui Meng.

Hari ini menyaksikan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar Dewan Rakyat apabila Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia enggan berganjak dari pendiriannya untuk tidak membenarkan Anwar membela dirinya dari hukuman gantung selama enam bulan.

Wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat bingkas bangun menuntut penjelasan, namun permintaan mereka tidak dilayan. Placard(sepanduk) dibawa masuk ke dalam Dewan, menuntut proses keadilan dipulihkan.TVSNEWS
    

Rabu, Disember 15, 2010

Pembunuhan Altantuya: PM dicabar kemuka bukti





Datuk Seri Najib Razak cuba mempertahankan kerajaan BN yang dipimpinnya daripada tumbang kerana bimbang didakwa di mahkamah, terutamanya berhubung dakwaan skandal pembabitan pembunuhan perempuan Mongolia, Altantuya Shaaribuu seperti yang didedahkan dalam laman WikiLeaks, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

pkr wangsa maju ceramah 141210 audience 02Sehubungan itu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mempersoalkan media arus perdana yang sengaja "memadam" menyiarkan dakwaan skandal berkenaan seperti yang didedahkan oleh WikiLeaks.

"Sebab apa Najib mahu mempertahankan Putrajaya (kerana) takut didakwa (di mahkamah) kemudian hari... Mengapa media padam perkara (dakwaan) ini (daripada disiarkan)," katanya ketika menyampaikan ceramah di tapak pasar malam Taman Melati di Wangsa Maju malam semalam.
"Saya akan mempertahankan diri saya dan integriti saya. Saya mahu tanya Najib, adakah awak boleh mencabar Singapura agar membuktikan dakwaan itu. Itu sebabnya media Umno tidak berani melaporkan perkara itu.

"Apabila saya dituduh, saya akan melawan, tetapi apabila Najib dituduh apa beliau kata? Ini hanya perkara kecil," kata Anwar.
Dihantui Altantuya

Dalam ceramah itu, Anwar membaca petikan laporan pendedahan dalam WikiLeaks yang mendakwa masa depan Najib dihantui dengan skandal pembunuhan Altantuya.

NONEBerikutan laporan dalam laman web berkenaan, Anwar juga mencabar Najib mengemukakan bukti berhubung dakwaan tersebut.
“Adakah kamu fikir saya ini bodoh untuk memasuki perangkap apabila tahu ia perangkap? Jangan cabar saya terlalu berlebihan! Saya akan dedahkan kes pembunuhan yang telah dilakukan dan cuba ditutup rapat.”

Dalam ceramahnya juga, Anwar turut menyelar bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew seperti yang didedahkan oleh WikiLeaks bahawa pegawai perisikan Singapura dan Australia percaya beliau memang terlibat dengan perilaku dalam tuduhan liwat yang sedang dihadapinya.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh - dalam ucapannya selama kira-kira 40 minit itu - menyifatkan perkara berkenaan sebagai "fitnah" dan mencabar pemimpin kanan itu mengemukakan bukti berhubung dakwaannya itu.

pkr wangsa maju ceramah 141210 anwar 02"Ada bukti? Saya minta peguam saya menjawab. Ada bukti?... Lee Kuan Yew (boleh) bawa ke mahkamah (dan) jadi saksi kepada Najib di mahkamah," katanya.
Menurut akhbar Australia, The Sun-Herald, kabel Jabatan Negara Amerika yang bocor mendedahkan bahawa pegawai perisikan Singapura dan menteri kanan Lee Kuan Yew telah memberitahu pejabat Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang dihadapinya'."

“Wikileaks, apa bukti kamu, bawa Lee Kuan Yew ke mahkamah. Saya tidak peduli, kamu fikir saya buat atau tidak. Itu bukan urusan saya. Kamu ada rakaman video atau catatan doktor, bawa ke mahkamah.
"Ia fitnah kepada saya dan saya akan mempertahankan (diri). Ada bukti, keluarkan video, keluarkan... Bawa (bukti) ke mahkamah. Saya akan mempertahankan kehormatan saya. Ini cara saya," katanya sambil mendapat sorakan daripada kira -kira 1,000 orang di ceramah berkenaan.
Kurang ajar sangat!
Selain itu, Anwar juga membaca isi kandungan seperti yang didedahkan dalam WikiLeaks yang mendakwa Najib adalah seorang yang "suka mengambil kesempatan". Beliau juga meminta Singapura supaya tidak masuk campur mengenai urusan Malaysia.

pkr wangsa maju ceramah 141210 audience"Ini bukan soal kamu... Kita (Pakatan Rakyat yang) lawan Najib.... Jaga negara kamu, jangan sombong dan (jangan) kurang ajar sangat," katanya.

Dalam ceramah itu juga, Anwar turut membidas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melahirkan rasa ragu-ragu bahawa beliau adalah sasaran 'perangkap seks oleh musuhnya'.

"Dia sudah umur 80 tahun, jangan gaduh dengan dia. Jangan kacau... Orang dah umur 80 tahun, (sepatutnya) istighfar sudahlah," sindir Anwar sambil mendapat sorakan daripada hadirin.

azlanSebelum mengakhiri ucapannya, Anwar menegaskan bahawa beliau tidak risau dengan apa yang berlaku berhubung pendedahan dakwaan yang disiarkan dalam laman WikiLeaks.

"Saya tidur masih nyenyak. Makan makanan enak. Isteri masih cantik dan setia. Alhamdulillah. Mereka mahu melemahkan kita, lagi banyak kita diserang, Alhamdulillah lagi banyak rakyat datang kepada kita.
Laungan reformasi dan takbir

"Kita ada komitmen dan keyakinan untuk membawa perubahan," katanya sambil melaungkan perkataan "reformasi dan takbir" sebanyak tiga kali yang kemudiaannya disambut oleh para hadirin.

pkr wangsa maju ceramah 141210 anwar 03Majlis ceramah malam semalam - yang bermula jam 9 malam - turut dihadiri antaranya Naib Presiden PKR Tian Chua; ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad, Exco Kerajaan Selangor Teresa Kok dan Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin.

Tian Chua (bawah, kanan) dalam ceramah itu berkata, pihaknya sedang berusaha supaya laporan WikiLeaks ini dibincangkan di Dewan Rakyat. Satu usul telah dibentangkan bagi membincangkan hal berkenaan.

“Kita mahu Dewan Rakyat bincangkan laporan terhadap Anwar dan juga dakwaan terhadap Najib berkaitan dengan pembunuhan terhadap Altantunya yang juga disebutkan dalam dokumen WikiLeaks ini,” katanya.
pkr wangsa maju ceramah 141210 tian chuaSebelum itu, semua penceramah yang hadir meringkaskan ucapan mereka untuk memberi laluan kepada Anwar memberi penjelasan berhubung isu-isu semasa yang dikaitkan dengan beliau setelah polis membenarkan waktu ceramah hanya sehingga jam 10.30 malam.
Kira-kira 100 anggota polis dikerahkan untuk memantau keadaan dan seawal jam 9.15 malam, mereka mula berkeliaran di pentas mengingatkan penganjur supaya mematuhi kebenaran masa yang ditetapkan. Tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan.
Semalam, peguam Anwar mengumumkan pihaknya akan menyaman Lee Kuan Yew dan juga Dr Mahathir yang berkata beliau yakin pemimpin Singapura itu tahu Anwar melakukan liwat brkenaan.

Anwar mula menjelajah ke seluruh negara mulai semalam bagi menerangkan isu yang dihadapinya itu kepada rakyat. Esok, 16 Disember, beliau dijadualkan berada di Dataran Muhibbah, Kampung Ismail, Ampangan, Negeri Sembilan dalam siri Ceramah Perdananya sehinggalah berakhir di Pulau Pinang pada 19 Disember ini. MalaysiaKini