KEMAMAN, 4 Dis: Pengantungan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat akan menambahkan lagi sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR), kata Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.
Beliau menegaskan tindakan itu tidak sekali-kali akan menjadikan PR lemah.
Mengulas perkembangan tersebut selepas merasmikan program Himpunan Kebangkitan Rakyat Tertindas (Bangkit) dekat sini, Nasharuddin berkata tindakan mengantung Anwar bakal menambah kemarahan rakyat yang akan melihat ruang demokrasi negara semakin menuju kehancuran.
Kata beliau, rakyat sedang melihat bagaimana tekanan dilakukan kepada media, sekatan ceramah dan larangan berhimpun di premis sendiri dan kali ini (rakyat) sedang menyaksikan sebuah institusi yang dikatakan kebal menyuarakan apa sahaja (Parlimen) oleh ahlinya turut dicabul ruang kebebasannya.
"Dalam Dewan Rakyat hanya dua perkara sahaja yang tidak boleh dibincangkan iaitu isu berkaitan Raja-Raja dan kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah. Perkara-perkara lain bebas untuk dibangkit atau dipersoal oleh ahli-ahli dewan termasuk perkata yang dibangkitkan oleh Anwar itu," katanya.
Tindakan mengantung Anwar dikatakan berkaitan dengan isu pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membayar sebuah firma perunding yang didakwa mempunyai hubungan dengan Yahudi iaitu Apco Worldwide melebihi RM70 juta.
Isu pembabitan apa yang didakwa sebagai anasir Yuhudi dalam pentadbiran kerajaan pernah menjadi perdebatan hangat dalam negara sebelum ini termasuk mengaitkannya dengan idea konsep 1Malaysia selain dikatakan telah meresap dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
Kata Nasharuddin, Anwar mungkin akan digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.
Anwar dalam kenyataanya sebelum ini mengakui keputusan tersebut berkaitan dengan isu Apco yang sepatutnya dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang memerlukan beliau dipanggil untuk memberi keterangan dan membela diri.
Bagaimanapun Anwar mendakwa beliau tidak pula dipanggil untuk memberikan keterangan yang lebih jelas. Begitu juga dengan usul yang dikemukakan oleh beliau untuk membincangkan perkara itu secara khusus sering ditolak oleh Dewan Rakyat.
Felda labor RM23 juta setahun dalam Lim Kok Wing
Sementara itu, ketika berucap merasmikan Bangkit, Nasharuddin berkata kerajaan mengakui Felda melabur sebanyak RM23 juta setahun dalam sebuah pusat pengajian tinggi swasta iaitu Lim Kok Wing untuk membawa anak-anak peneroka belajar di situ.
Mengulas lanjut, Timbalan Presiden PAS itu berkata, kenyataan itu merupakan sata fakta jelas pemimpin Umno yang menerajui negara sebenarnya hipokrik tentang ketuanan Melayu yang dilaung-laungkan.
Katanya, bukan sahaja biasiswa kepada bumiputra ditarik balik, bahasa Melayu dikhianati, membantu pusat pengajian tinggi swasta milik orang Melayu pun mereka (pemimpin Umno) tidak berminat.
"Saya bukan bermasalah dengan Lim Kok Wing, tetapi kalau betul Umno memperjuangkan Melayu kenapa sebuah agensi seperti Felda itu tidak dibawa melabur ke IPT swasta milik orang Melayu, sedangkan seperti kita sedia maklum ada IPTS milik orang Melayu yang daif dan memerlukan suntikan modal," kata beliau.
Malah tambahnya, dengan jumlah sebanyak RM23 juta setahun itu Felda sendiri mampu menubuhkan sebuah IPT miliknya kerana ia sangat mencukupi.
"Soalnya kenapa mereka tidak berbuat demikian? kerana inilah caranya golongan ini mengaut keuntungan dan kekayaan untuk diri sendiri dan kroni," ujarnya.
Sambutan hangat
Program Bangkit yang diadakan sepanjang hari mendapat sambutan mengalakkan khususnya dari kalangan peneroka Felda, Felcra dan individu yang tanah dirampas oleh kerajaaan.
Sepanjang program, rata-rata ahli panel dan pemidato menyentuh masalah peserta tanah-tanah rancangan seperti peneroka Felda yang ditindas dan dinafikan haknya.
Sebanyak dua kertas kerja dibentangkan masing-masing oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ladang , Tengku Hassan Tengku Omar (Perampasan Tanah Rakyat, Suatu Pendedahan dan Tindakan Semasa) dan Peguam Aminuddin (Perjuangan Menuntuk Hak Peneroka Felda).
Slot khas turut diadakan untuk mendedahkan kepincangan pengurusan Felda oleh Pengerusi Alummni Bekas Kakitangan Felda, Khamis Saat yang menceritakan pengalamannya dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Felcra Lubuk Sireh, Perlis, Radzi Musthapa.
Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, manakala sebelah malan ceramah khas oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman.
HarakahDaily
Sabtu, Disember 04, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Senarai Blog...Geng
-
Jangan angkuh, pesan Adun Amanah pada kerajaan Selangor - Malaysiakini Adun Hulu Kelang Saari Sungib mengingatkan kerajaan Selangor supaya tidak angkuh dan memaksa dasar negeri secara kuku besi, khususnya dalam ca...Sejam yang lalu
-
ADA TANDA TANDA KETAKUTAN.... - Jangan ambil mudah isu tanda pagar #KerajaanGagal, Putrajaya diberitahu Faye Kwan - April 21, 2021 Muhyiddin Yassin menghadiri sesi ‘town hall’ Wawasa...2 jam yang lalu
-
25 April Penentu Hayat Kerajaan PN? - Adakah tarikh 25 April ini bakal menentukan hayat kerajaan Perikatan Nasional (PN) apabila Majlis Tertinggi (MT) UMNO dijadual bermesyuarat bagi membi...2 jam yang lalu
-
Asap Tebal Cemar Alam Sekitar Dan Kesihatan, Penduduk Gesa Kerajaan "Bertindak" Terhadap Operasi Sebuah Kilang "Arang" Di Jalan Lepar ! - KUANTAN - Penduduk Kampung Pulau Manis, Jalan Lepar - Muadzam Shah di Lebuhraya Tun Razak dekat sini menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap ...12 jam yang lalu
-
MAHIADDIN, KOMANDER PERANG YANG GAGAL - Banyak bukti dapat disenaraikan satu persatu kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) melawan Pandemik Covid-19. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sebag...15 jam yang lalu
-
Pintu Ajal Belum Terbuka (Sambungan). - *Bab Keempat (ii)* *MULA MENYEDARI TONSIL * AKU mula mengetahui aku diserang tonsil apabila suatu hari selepas makan tengah hari di sebuah restoran nasi...2 hari yang lalu
-
Anwar Ibrahim sudah terima suntikan vaksin - PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di klinik kesihatan Kuala Lumpur pagi t...5 minggu yang lalu
-
Xiaomi Mi 10T Pro 8GB+256GB Official Warranty 2 Year with 6 Months 1 to 1 Screen Crack - BERMINAT BOLEH ORDER DI SINISebulan yang lalu
-
-
-
BUKAN SOAL ANWAR GILA INGIN JADI PERDANA MENTERI, INI SOAL REFORMASI YANG DIA HARUS PIMPIN. - Hari ini saya dan beberapa ahli parti telah menziarahi seorang ahli kami yg kurang sihat. Tambahan pula, keluarganya sedang menghadapi kesulitan kewangan...6 bulan yang lalu
-
Video Tazkirah Ramadhan At-Taubah Ayat 31: Pendewaan Manusia - *WaLlahu 'Alam* *KHALID SAMAD* www.khalidsamad.com11 bulan yang lalu
-
Senarai kerusi berdasarkan parti hasil persetujuan Pakatan Harapan - Kerusi parlimen yg akan ditandingi PPBM 1. Arau 2. Pdg Besar 3. Langkawi 4. Jerlun 5. Kbg Pasu 6. Jerai 7. Pendang 8. Baling 9. Pasir Puteh 10. Bachok 11. J...3 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang yan...3 tahun yang lalu

0 comments:
Catat Komen
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...